Highlights

Faraid, Hibah dan Wasiat – JANGAN Ambil MUDAH, JANGAN Buat MAIN! Berlaku ADIL Kepada Waris, Kasihan Arwah Di Sana…

gempak
Huda Hussain
21/02/2020
12:00 MYT
Sponsor Banner
Faraid, Hibah dan Wasiat – JANGAN Ambil MUDAH, JANGAN Buat MAIN! Berlaku ADIL Kepada Waris, Kasihan Arwah Di Sana…
Sungguh, apabila berbicara mengenai pembahagian harta, harta pusaka, wang ringgit yang ditinggalkan Almarhum pasti mencetus perebutan dan pergelutan. Ada yang sanggup putuskan tali silatutrahim semata-mata berebut harta peninggalan si mati. Benar, ia bukan isu baru malah seringkali terjadi dalam kalangan masyarakat kita. Sama ada melibatkan pengurusan harta arwah ibu, ayah, isteri, suami dan adik-beradik tidak semua berakhir dengan baik. Ada yang berpanjangan hingga memakan masa berbulan mahupun bertahun. Tidak kurang juga yang berlarutan hingga memerlukan campur tangan mahkamah demi menuntut harta.
Kredit Foto: Google
Dan tatkala isu faraid hangat diperkatakan, sama ada sedar atau tidak; ramai yang cuma tahu tentang hak. Namun demikian tidak ambil kisah tentang tanggungjawab. Hal ini kerana, faraid melibatkan kedua-dua aspek hak dan tanggungjawab. Benar, dalam pembahagian faraid dinyatakan hak setiap waris, tetapi hendaklah diingat bahawa harta yang dibahagikan tersebut datang bersama-sama tanggungjawab.
Sebagai contoh, apabila si mati ada meninggalkan isteri dan anak-anak bawah umur yang masih kecil, waris-waris lain yang turut menerima bahagian faraid harta pusaka si mati haruslah ingat bahawa mereka turut bertanggungjawab menjaga kebajikan isteri (balu) dan anak-anak yang ditinggalkan si mati.
Kredit Foto: Google
Apa Itu Faraid?
Dari segi bahasa, ia bermaksud ketetapan. Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang beragama Islam yang telah ditetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (anak, isteri, suami, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-piutang pewaris sama ada bentuk agama (zakat, nazar dan lain-lain) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan syarak.
Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:
  1. Tanah, bangunan (rumah, kilang, gudang dan lain-lain);
  2. Barang kemas (emas, perak dan lain-lain);
  3. Insurans, saham, bon, wang tunai, dan lain-lain ( sama ada dilabur atau tidak);
  4. Tanah, kebun, ladang dan lain-lain.
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dan lain-lain.
Kredit Foto: Google
CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA
Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.
1. Ashabul-Furud
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.
2. Asabah
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu: (a) Asabah Binafsih (b) Asabah Bil Ghoir (c) Asabah Maal Ghoir.
ASABAH BINAFSIH
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.
ASABAH BIL GHOIR
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.
ASABAH MAAL GHOIR
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).
3. DHAWIL-ARHAM Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu:Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.
(a) HIJAB NUQSHON
Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.
(b) HIJAB HIRMAN
Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.
Sumber: http://kelantan.jksm.gov.my/
Kredit Foto: Google
Apa Itu Hibah?
Pada istilah syarak ia adalah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya. Pemberian secara hibah bukan bertujuan untuk mengharapkan pahala dan bukan bertujuan untuk memuliakannya, tetapi hibah adalah lebih kepada pemberian yang berbentuk kasih sayang.
Ciri-ciri hibah:
  1. Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
  2. Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
  3. Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
  4. Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah.
  5. Akad hibah dibuat secara sukarela tanpa paksaan.
  6. Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang.
Kredit Foto: Google
Apa Itu Wasiat?
Pemberian atau sumbangan seseorang kepada orang atau pihak lain setelah dia meninggal dunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan atau tidak. Dalam mazhab Syafie, wasiat ialah pemberian suatu hak yang boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan menggunakan lafaz atau tidak. Fuqaha’ mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk dimilik oleh penerima wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat. Di bawah Seksyen 2(1) Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, wasiat ialah iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan hukum syarak, selepas dia mati.
Berdasarkan kepada definisi-definisi di atas jelas bahawa wasiat yang dibuat oleh seseorang hanya berkuat kuasa selepas berlakunya kematian pewasiat. Dengan ini juga, wasiat adalah berbeza dengan hibah. Justeru itu, wasiat dianggap selesai apabila adanya ijab (penawaran) daripada pewasiat, sedangkan qabul (penerimaan) tidak diperlukan semasa pewasiat masih hidup dan ia hanya diperlukan selepas pewasiat meninggal dunia.
Mengikut pendapat mazhab sunni yang empat, wasiat tidak diwajibkan ke atas setiap orang yang mempunyai harta dan tidak juga difardukan untuk kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang tidak menjadi waris, akan tetapi hukumnya adalah bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu, contohnya seperti berikut:
  1. Wajib – Jika terdapat tanggungjawab syarie yang perlu dilaksanakan seperti zakat, haji dan hutang-hutang lain dan dia bimbang harta berkenaan habis jika tidak diwasiatkan.
  2. Sunat – Jika berwasiat untuk kaum kerabat yang memerlukan sedangkan mereka tidak berhak mendapat harta pusaka. Begitu juga berwasiat kepada orang miskin dan untuk tujuan kebajikan pada jalan Allah.
  3. Harus – Jika berwasiat kepada sahabat handai atau orang kaya yang mana mereka bukan dari golongan yang berilmu dan beramal soleh.
  4. Makruh – Jika pewasiat seorang yang kurang berada dan mempunyai waris-waris yang ramai serta memerlukan harta.
  5. Haram – Jika berwasiat kepada perkara yang haram.
Sumber: https://wasiat.com.my/
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024