Fokus Dengan Hijrah dan Istiqamah Dulu, Usah Leka Untuk Dijadikan CONTENT – Hati Kita Sangat Rapuh
Afiza Kamarulzaman
08/09/2021 04:30 MYT
08/09/2021 04:30 MYT
Syukur. Ramai orang kita sekarang semakin mengejar bekalan akhirat. Ramai yang mula sedar betapa dunia ini hanya pinjaman, hanya yang cerdik dapat berfikir akhiratlah destinasi utama dalam kehidupan ini.
Dapat dilihat tidak kira siapa, sama ada dia tokoh ternama, selebriti, influencer atau orang biasa, masing-masing berusaha untuk membaiki diri menjadi hamba Allah yang lebih baik. Ramai mula mencukupkan solat, belajar mengaji, ke kelas usrah, bersedekah dan sebagainya.
Ini satu hijrah yang harus dipuji dan diberi sokongan agar mereka terus bersemangat dan kekal dengan momentum yang sudah dimulakan. Syabas buat mereka yang semakin hari menjadi insan yang semakin baik di sisi Nya.
Sesuatu yang perlu diingat juga, dalam perjuangan kita menjadi ‘baik’, sesuatu yang perlu diawasi adalah iman kita yang pasti ada turun naiknya. Semakin kita dekat dengan kebaikan, semakin gala iblis dan syaitan cuba menggoda.
Inilah kelemahan yang sangat kita bimbangkan. Di mana datangnya hasutan ini? Di mana-mana saja, walah dalam sesaat kita terleka. Apa yang selalu buat orang sekarang terleka? Yang paling ketara adalah media sosial dan pujian-pujian manusia yang buat kita leka.
Ali bin Abi Thalib pernah mengatakan, ''Barang siapa menghisab dirinya, maka dia beruntung. Barang siapa lalai terhadap dirinya, dia merugi.'' (Kitab Biharul Anwar).
Maka, jika kita dalam perjalanan untuk berhijrah dan baru untuk memulakan langkah mendekati Islam, lakukanlah dengan cara paling baik dan manis. Fokus yang paling utama, mantapkan dahulu iman, kemudian nanti kita boleh mendorong orang lain pula.
Yang menyedihkan hari ini apabila kebanyakan hijrah yangn dilakukan orang sekarang lebih kepada mencipta ‘content’ di media sosial. Ya, kita tidak boleh meneka niat seseorang itu. Tapi, dikhuatiri tindakan itu memberi impak negatif dalam hijrah yang ingin dilakukan.
Apa impak negatifnya? Jika kita terbuai perasaan dek puji-pujian manusia, terlalu mengejar ‘like’ sehingga kita lupa niat utama mencari reda Allah dengan seikhlas hati kerana sibuk memikirkan ‘content’ untuk mencuri hati manusia.
Dan lagi, kita bimbang juga kekuatan hati kita dalam mempertahankan iman. Iman kita senipis kulit bawang teman-teman. Hari ini kita upload gambar berjubah bertudung labuh dengan kapsyen islamik, tiba-tiba esok kita upload gambar tudung keluar ‘jambul’ dengan kapsyen merapu.
Tidakkah ini mencalar imej Islam itu sendiri. Di mana konsistensi dalam beribadah? Di mana fokuksnya? Kenapa begitu sekali cacamarbanya perjuangan orang Islam untuk dirinya sendiri? Maka, sembunyikanlah untuk kamu muhasabah dan benar-benar mengenal manisnya ibadah.
Semoga kita semua diberi kekuatan iman dan kesucian hati dalam membawa hala tuju hijrah diri yang sebenar tanpa sepalit rasa ghairahnya memburu penghargaan di dunia. Insya Allah. Saya doakan anda, anda doakan saya.
Amalkan doa Rsulullah SAW ini;
‘Wahai Tuhan yang mampu membolak-balikkan hati manusia, tolonglah daku wahai Tuhan, tetapkan hati ini di atas jalan agama.”