Highlights

Follower Ramai Tapi Sayang Tak ‘Monetize’. Lelaki Ini Bagi TIPS Buat Duit Dengan IG, FB, Youtube, Tik Tok...

gempak
Afiza Kamarulzaman
13/03/2020
15:21 MYT
Sponsor Banner
Follower Ramai Tapi Sayang Tak ‘Monetize’. Lelaki Ini Bagi TIPS Buat Duit Dengan IG, FB, Youtube, Tik Tok...
Ia bukanlah skim cepat kaya atau perniagaan MLM, namun pulangannya pasti ada jika dilakukan dengan cara yang betul dan konsisten. Lihatlah berapa ramai individu hari ini yang berjaya bergelar jutawan dan sukses dalam bidangnya hanya dengan menggunakan platform media sosial. Ada antara mereka tidak belajar hingga ke universiti pun, apa yang penting ilmu berkaitan dengan pemasaran media sosial itu sendiri. Jika dikendalikan sebaik mungkin, pasti memberikan keuntungan di luar jangkaan.
Pengarah Video Maukerja.com dan Pakar Industri Komunikasi dan Video, Hakimi As’Ari berkongsi bagaimana untuk memanipulasi akaun media sosial yang kamu ada untuk membawa keuntungan? Hakimi telah menghasilkan ratusan video dan muat naik yang viral untuk syarikatnya. Malah, pernah berkhidmat untuk beberapa usahawan dan infleuncers dalam membantu mereka memantapkan media sosial mereka. Ada yang mampu memberi keuntungan berlipat kali ganda setelah mengikut teori yang dihasilkan Hakimi.
Namun, menurut Hakimi, semua ini juga bergantung pada rezeki dan tuah seseorang. Ia umpama untung sabut timbul. Ada perancangan dan strategi yang dilakukan menjadi, ada juga yang tidak tepat mengenai sasaran. Apa pun, jangan pernah berhenti mencuba. Tidak salah untuk melakukan kesilapan pertama jika hasilnya diperoleh pada percubaan kedua atau seterusnya. Jom, dengarkan tips dan strategi beliau dalam megendalikan akaun media sosial dengan menukarkan satu muat naik kepada RM.
Kredit Foto: IG Hakimi_Tajulasari
Cara Untuk Uruskan Media Sosial Bagi Tujuan Pemasaran
Kalau dulu media sosial dianggap tempat buang masa dan data semata-mata, namun kini ia bagaikan sebuah lubuk terkandung emas dan wang asalkan kamu bijak mengeskploitasinya. Sekarang, adalah zaman semua orang boleh jadi terkenal sekelip mata. Dengan adanya platform seperti Facebook, Instagram, Youtube, Twitter dan Tik Tok ini merupakan ‘medan perang’ bagi golongan muda untuk ‘jual diri', cuba pasarkan penjenamaan diri sendiri untuk menjana pendapatan yang luar biasa.
Namun, apa yang kita nampak sekarang ini kebanyakan orang menjadikan media sosial sebagai platform yang sia-sia sahaja. Sekadar untuk suka-suka dan ada pula yang menjadikannya sebagai tempat menyebarkan energi negatif. Ada individu yang memiliki ratusan ribu followers tetapi tidak tahu untuk monetize dan raih untung besar. Apabila ditanya, katanya, “Ala buat untuk suka-suka je. Asalkan dapay banyak like and comment cukuplah! Alahai, sayangnya...
Kredit Foto: Google
Cara Raih RM2,550 Sebulan Guna Youtube dan Adsense
Sebenarnya di Youtube, ada satu platform pengiklanan yang cukup popular yang dikenali sebagai Adsense. Setiap iklan yang terpapar di video kamu adalah peluang untuk menjana pendapatan. Kamu akan dibayar oleh Google mengikut cara yang ditentukan sendiri oleh Google. Sebagai contoh, ia dikira melalui respon penonton kepada iklan dan jumlah view video kamu. Makin ramai yang view, makin tinggi bayaran yang diterima. Jadi, jangan terkejut apabila seseorang yang sudah kaya pun sanggup merintih-rintih orang ramai untuk subscribe Youtubenya.
Kredit Foto: Google
Bagaimana Google Membayar Youtuber?
Cara kiraan Youtube adalah seperti: Anggaran RM17 untuk setiap 1,000 viewers tapi langkah pertama kamu perlu memiliki sekurang-kurangnya 1000 subscribers untuk ‘diduitkan’. Cuba bayangkan jika kamu ada lebih daripada 150 video sebulan dengan setiap video mampu meraih 1000 views, maka kamu akan mendapat pulangan setiap bulan sebanyak RM2,550! Wow, banyakkan? Bunyinya mungkin sedikit memeningkan, namun jika selalu dipraktikkan ia akan menjadi mudah dan membuatkan kamu ghairah untuk melakukannya.
Iklan penaja akan dipaparkan pada video di Youtube. Kemudian sebahagian keuntungan akan diberikan kepada kamu. Semakin banyak view yang menonton video kamu, semakin tinggi peluang untuk buat duit dengan Youtube-Adsense. Platform Facebook, Instagram dan Twitter bolehlah dijadikan sebagai landasan pemasaran video Youtube kamu. Kongsikan LINK Youtube di platform media sosial kamu yang lain. Daripada situlah, kamu boleh memanfaatkan followers yang ramai itu untuk menyumbang views pada saluran Youtube kamu.
Ingat pesanan ini; jadilah pengguna media sosial yang bijak. Manfaatkan platform ini untuk tujuan yang betul. Janganlah hanya pandai bergelek tarian Tik Tok dan meraih jutaan penonton tanpa sebarang keuntungan. Tiada ruginya jika kita gunakan akaun media sosial sebagai akaun tabungan duit dan sebarkan kandungan yang berguna untuk generasi akan datang.
Kredit Foto: Google
Jenis Perniagaan Yang Bagus Untuk Media Sosial
Jujurnya, dikongsikan di sini, jika dilihat daripada segi trend semasa, orang kita menyukai produk yang hasilnya dapat dimiliki dengan cepat, cantik dan ‘segera’. Pada zaman 2020 ini, rata-rata isi rumah yang sibuk bekerja,m mereka memerlukan sesuatu yang memudahkan kehidupan harian mereka dan tidak merumitkan.
Empat ciri-ciri mujarab diambil kira ketika memilih perniagaan online:
  • Produk yang mampu memberikan penyelesaian kepada masalah pengguna
  • Produk yang nampak mahal
  • Produk laku keras
  • Produk senang jual
Bagaimana Dengan Soal Harga?
Menurut pengalaman saya, saya yakin rakyat Malaysia tiada masalah tentang berapa harga sesebuah produk itu? Jika tidak, masakan jenama tudung mewah boleh ‘sold out’ dan terjual laris biarpun harga sehelai mencecah hingga RM400. Asalkan kualiti produk terjamin bagus dan labelnya disukai, ia pasti menjadi buruan, setuju? Namun, jika dijual secara online, peniaga harus menitikberatkan soal harga postage atau kos cash on delivery (COD) juga agar pakej kamu diminati dan diseangi pelanggan.
Sejujurnya, teori bisnes ini mudah. Juallah apa sahaja, tetapi jika gerakan pemasaran tidak didukung dengan strategi yang bagus, hasilnya mungkin bisnes anda akan ke laut juga. Yakin dengan produk dan perniagaan yang dijalankan. Nasihat saya agar pilihlah mentor bisnes kamu kerana dia boleh menjadi panduan berguna untuk kamu berniaga dengan lebih baik. Selamat berjaya!
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live