DILAHIRKAN pada 1 November 2017 yang lalu, baby Jeanelle Nika Mandagie merupakan permata hati sulung hasil perkahwinan pereka fesyen terkenal Malaysia, Jovian Mandagie dengan Nina Sabrina Ismail Sabri yang merupakan kakak kepada penyanyi, Dafi.

Kalau sebelum ini Jovian pernah berkongsikan foto-foto ‘babymoon’ mereka berdua sebelum kelahiran Jeanelle Nika, kali ini Jovian dan isteri sepakat mengabadikan perkembangan harian baby Jeanelle Nika menerusi akaun Instagram @princessmandagie.

Sewaktu artikel ini ditulis, akaun Instagram tersebut telah berjaya mengumpulkan seramai 71.4 ribu pengikut.

Apa yang menarik adalah momen-momen 'OOTD' comel baby Jeanelle Nika yang dirakam hampir setiap hari. Ada-ada saja helaian cantik lagi comel yang digayakannya.

Tidak syak lagi, baby Jeanelle Nika bukan sahaja bakal mewarisi sealmari penuh pakaian-pakaian baby paling cantik yang dikumpul ayahanda dan ibundanya dari negara-negara yang pernah mereka jelajahi. Malah, sudah tentu Jeanelle Nika akan menjadi penyambung nadi empayar fesyen ayahandanya Jovian Mandagie. Semasa proses itu berlaku, kami sangat pasti Jeanelle Nika akan menjadi antara baby girl paling fashionable di Malaysia!

12 Foto 'OOTD' Terbaik Princess Mandagie Untuk Tatapan Anda