Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Ayai, Zamani & Aishah Di Paras Bahaya, Alamak Tok Ram Dah Warning Semua Bintang!

gempak
Mya Amri
09/10/2023
02:56 MYT
Sponsor Banner
All Stars Gegar Vaganza: Ayai, Zamani & Aishah Di Paras Bahaya, Alamak Tok Ram Dah Warning Semua Bintang!
Konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (GV10) menyaksikan tiada penyimgkiran berlaku.
Bagaimanapun tiga nama yang berada ditangga terbawah adalah Ayai Illusi, Zamani dan Datuk Aishah.
Minggu ini juga menyaksikan beberapa bintang menerima komen yang agak pedas daripada juri tetap GV10 iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Dalam pada itu, Datuk Ramli MS (Tok Ram) juga sudah memberikan ‘warning’ kepada semua bintang untuk melakukan persembahan lebih baik di konsert keempat memandangkan minggu tersebut mereka bakal berduet dengan artis undangan.
Malah kata Tok Ram, juri juga akan menjadi lebih tegas berbanding minggu sebelumnya.
Berikut merupakan recap minggu ketiga GV10:
1. Jaclyn Victor - Bole Chudiya (76.00%)
Hetty Koes Endang: “Awak memang sudah faham bahawa kompetisi harus mencabar diri sendiri, bukan peserta lain tetapi diri sendiri. Ada part kamu harus lebih sedikit beralun,”
2. Liza Hanim - Pantun Janda (74.75%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Liza hanim ni kan bagi sahaja apa dia akan makan, dia tak kasi can. Liza sangat pandai, dia tukar pada elemen melayu, ada sedikit tempo lambat di bahagian yang berulang. Satu saya nak minta dari awak, tapi boleh tak awak tunjukkan nada rendah, itu yang awak tak tunjukkan pada kami lagi,”
3. Naqiu - Santai (74.50%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Saya suka persembahan ni, pandai main karakter. Menyanyi, bercakap adalah satu teknik nyanyian berbeza dan bukan sesuatu yang mudah. Awak buktikan itu adalah satu keistimewaan. Saya sibuk tengok muka you, sebab dia pandai mainkan peranan tu, nampak cute, pandai bercerita. Syaa risau dengar awak nyanyi sebab saya rasa awak perlu jaga suara. Saya harap awak jaga suara dengan baik, saya rasa awak seorang yang cerdik, range tak berapa besar tapi pandai mengolah persembahan,”
4. Noryn Aziz - Kemelut Di Muara Kasih (66.00%)
Hetty Koes Endang: “Memang hari ini peserta semua dicabar, ada yang lagu simple, ada yang memang berat tapi kompetisi tetap kompetisi. Kamu menunjukknan emosi yang sangat baik, sesuai dengan isi cerita lagu. Bagus sekali. Untuk nada tinggi memang kamu makan tapi hati hati nada rendah tetap harus fokus sebab ada flat. Nada tinggi tembakan tepat. Isi cerita lagu masuk apa yang kamu smpaikan. Sukses,”
5. Aliff Aziz - Kasih (66.00%)
Hetty Koes Endang: “Rupanya kamu tampilkan malam ini menurut bunda keroncongnya sudah dapat. Stail kualiti kamu masa pertama muncul tadi bukan kerana ini lagu saya tapi menurut bunda kamu berhasil,”
6. Nikki Palikat - Canggung (65.75%)
Datuk Ramli MS: “Etnik part banyak problem sebab dia bukan dalam melodi yang sama. Ada part cnatik ada part unstable, untuk penyanyi macam kamu menyanyi lagu macam ini, saya perlu bagi kredit. Tapi tak sampai ke nada sepatutnya. Memang susah lagu begini. Anda memang Hang Jebat sukakan cbaaran,”
7. Hady Mirza - Lemak Manis (65.00%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Biasa tengok nyanyi power, Hady ada powerfull voice. Tapi kali ni dapat lihat sisi berbeza Hady, lemah lembut yang manis daripada Hady. Itu adalah elemen dalam lagu Melayu. Lenggok masih boleh diperbaiki. Saya faham lagu tradisional bukan mudah untuk dinyanyikan kalau tak biasa. Overall saya enjoy,”
8. Siti Nordiana - Temberang (62.75%)
Hetty Koes Endang: “Nampak mudah tapi perlu stamina bagus, lagu ini pendek pendek rapat rapat. Kasi ekspresi lagi, bukan hanya menyanyi sahaja. Perlu lebih genit. Yang lain okay,”
9. Tomok - Cinta Tak Karuan (61.00%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Itu saya suka sebab awak sentiasa nak fikir liar daripada orang lain. Cuma saya kurang pasti dengan tema awak pada hari ini kena atau tidak, saya nampak agak messy. Nampak macam pelik dan tak kena, lenggok agak keras, dangdut kena lembut sedikti, bila rap tadi saya suka. Lenggok tu tak cukup cantik, tak cukup lembut tetapi idea kreativiti saya berikan pada Tomok,”
10. Ezad Lazim - Zapin Rindu Rinduan (58.00%)
Datuk Ramli MS: “Suara kamu macam tak minum air, serak sangat tekak. Terlalu banyak , lay back, macam sangkut. Kami cuma nak dengar satu benda yang unpredictable, rythnm kamu tak gel,”
11. Azharina - Sayang Di Sayang (58.00%)
Hetty Koes Endang: “Menyanyikan lagu keroncong dengan pop itu tentunya ada perbedaan. Cumanya begini, menyanyi lagu keroncong tetap lirik kena harus tahu kemana ceritanya. Kamu yang menyanyi, betul Tok Tam irama boleh. Pembawaan bukan Tok Ram, Tok Ram bukan penyanyi, kamu penyanyi, jangan terjebak dengan irama. Ingat, lirik lirik itu harus diperhatikan. Kamu jangan terlalu mendayu tetapi lagu ini diperlukan kamu mendayu,"
12. Datuk Aishah - Pematah Hati (57.25%)
Datuk Ramli MS: “Lagu ni lagu orang muda, saya tak ada masalah dengan tone suara cuma tempo, feel dan penyampaian. Tak forward, kena tekan lagi, so feel tu tak sebati sangat, suara saya okay,”
13. Zamani - Yang Sedang Sedang (53.75%)
Datuk Syafinaz Selamat: “Saya nampak menghafal lirik itu, saya faham masalah kitu terutamanya orang orang berusia macam kita. Untuk GV anda tak boleh selesa untuk hiburkan peminat. Anda harus sahut cbaran dan buat yang lain sedikit. Saya hargai usaha malam ni. Saya raa ini cabaran yang abang dah sahut, satu kelainan sebab kita tak pernah lihat Zamani gelek. Tapi malam ini awak menyanyi sharp, maksudnya dia menyanyi lebih pada nada yang sepatutnya,”
14. Ayai - Donde
Datuk Ramli MS: “Untuk umur mcm ni okay lah. Tapi persembahan kamu mendatar. Anyway itu lagu budak-budak sekarang, but it’s a good try,”
BACA: GV10: Ayai Illusi Terselamat, Tiada Penyingkiran Konsert Ketiga! Tok Ram Warning Nyanyi Elok-Elok Next Week
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024