Penyanyi rock Bandi Amuk menjadi bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) keempat yang tersingkir pada konsert minggu ketujuh yang bersiaran secara langsung pada Ahad.

Bandi mendapat markah 53.8% gagal meneruskan perjuangan pada minggu yang berbaki cuma tiga konsert.

Bandi yang menyanyikan lagu I Want To Break A Free (Queen) gagal memuaskan hati juri.

“Minggu ke minggu if ada perkara untuk diperbaiki, we have to tell you. Pada saya abang kena dengar terbuka sedikit untuk pendengaran pada intonasi,” kata Datuk Syafinaz Selamat.

Nikki Palikat pula menjadi bintang yang menjuarai konsert mingguan ketujuh dengan markah sebanyak 72.3%.

Bertemakan 'Kelentang Kelentong’, persembahan bintang pada konsert ketujuh dinilai oleh juri tetap GV8, Datuk Ramli Ms, Datuk Syafinaz, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala Datuk M Nasir selaku juri jemputan.

Berikut merupakan markah penuh peserta:


Sementara itu, di awal konsert Adibah Noor diumumkan sebagai pemenang Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi manakala Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak pula milik Suki Low selepas dibolot lima kali oleh kumpulan duo Sa.Ya.

GV8 Konsert minggu keenam kembali dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.