Konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 9 (GV9) bakal menyaksikan 12 bintang beraksi berdasarkan lagu-lagu pilihan netizen.

Menerusi undian yang dibuka sejak dua minggu lalu, lagu-lagu yang tersenarai untuk dipersembahkan malam ini adalah undian terbanyak untuk setiap bintang yang bertanding.

Daripada 12 lagu, empat daripadanya merupakan lagu-lagu dangdut!

Jom semak senarai penuh lagu-lagu konsert minggu ketiga GV9:

1. Hukum Karma (Wings) - Tomok

2. Fatwa Pujangga (Said Effendi) - Hazrul Nizam

3. Secangkir Madu Merah (Amelina, Iwan, Sheeda) - Shila Amzah

4. Dari Sinar Mata (BumiPutra Rockers) - VE

5. Perawan Atau Janda (Cita Citata) - Jac

6. Cinta Gila (Juliana Banos) - Pat

7. Zalikha (Floor88) - Bob Yusof

8. Laksamana Raja Di Laut (Iyeth Bustami) - Dina Nadzir

9. Yang Penting Hepi (Jamal Mirdad) - Asheed

10. Goyang Inul (Inul Daratista) - Tom

11. Gadis Melayu (Othman Hamzah) - Fuad Rahman

12. Nang (Iman Troye) - Haida

GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.

Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.