gaya hidup

Halim, Linda Dan Kudsia Nasihat, “Bukan Senang Nak Jadi DJ Yang Disayangi, Dibenci Sekelip Mata” – Buat Shuk Terkedu

Afiza Kamarulzaman
04/06/2021
15:25 MYT
Siapa tidak kenal mereka ini, merekalah lagenda radio yang mengungguli siaran radio satu masa dulu. Menjadi antara bintang paling gemilang di Radio Era sebagai pelopor untuk stesyen rentak muzik terkini, yang membawakan satu fenomena baru dalam dunia siaran radio.
Ketika ditemukan dalam program Rumah No 107 semalam, banyak celoteh mereka yang sangat dirindui, mendengarkan saja mereka melontarkan suara terasa seperti berada pada era awal 2000 yang membesarkan kita dengan siaran radio Era setiap hari, tak kira di dalam kereta atau berteman radio lama di rumah sendiri.
Ditanya bagaimana mereka mula mencintai dunia siaran radio ini. Kongsi Halim, “sejak kecil saya memang mempunyai impian itu kerana saya suka mendengar radio. Lagi pula dulu kita tak ada televisyen, hanya radio lama itu sajalah sebagai penghibur. Dan, saya suka mengikuti siaran radio Singapura waktu itu dan saya ingin menjadi seperti DJ radio itu.”
Celah Linda, “Linda juga memang bercita-cita dari kecil untuk menjadi penyampai radio. Sama seperti Halim suka mendengar radio Singapura dan Linda akan rakamkan suara penyampai radio itu dalam pita rakaman, sampai abang Linda pun pelik. Apabila Linda beritahu yang Linda ingin tiru suara mereka, abang kata kenapa? Linda seharusnya ada stail sendiri. Dari situlah Linda berlatih bercakap seperti DJ radio.”
Kredit Foto : Astro Prima
Pelawak Jadi DJ – Komen Linda dan Halim?
“Fenomena ini menghilangkan originality penyampai radio itu. Tugas penyampai radio adalah menyampaikan di samping adalah berlawak gelak sikit-sikit tetapi tidaklah keseluruhan program buat lawak dengan bingit bising sehingga menghapuskan peranan asalnya. Saya tidaklah marah tetapi inilah haikatnya. Dan realitinya, saya harus terima inilah yang pendengar dan stesyen radio mahukan hari ini,” komen Linda jujur.
Bagi Halim pula, katanya humor itu penting tetap harus diingat berada di radio bukanlah tentang melawak semata-mata. Ia harus selaras dengan semua elemen yang diperlukan oleh pendengar.
Apabila ditanya antara menjadi pengacara televisyen, pelakon dan DJ radio, yang mana lebih memberi kepuasan kepada mereka. Kedua-duanya sepakat mengatakan menjadi DJ radiolah perkara terbaik yang pernah dilakukan dalam hidup mereka.
“Linda juga pernah berlakon atas saranan Kak Habsah Hassan dulu tapi bagi Linda, Linda tiada jiwa sebagai pelakon dan berlakon ini sangat memenatkan. DJ radio juga yang lebih Linda suka kerana ia tidak perlu persediaan yang beria seperti kita muncul sebagai pengacara TV, cukuplah dengan persediaan suara dan diri kita saja untuk bersama pendengar.”
Dan, Halim juga pernah popular sebagai pengacara Roda Impian yang menaikkan namanya sebagai antara pengacara televisyen terbaik negara malah tagline ‘saya putar Halim’ juga menjadi trademark yang sentiasa disebut-sebut sesiapa saja di zaman kegemilangan rancangan itu dulu.
“Jujurnya, ya menjadi DJ radio tidak perlu fikir banyak, kita hanya perlu fokus pada kerja kita sahaja, tak perlu nak mekap ke jaga baju ke. Saya sendiri pernah ke konti tanpa mandi kerana kesuntukan masa. Ingat tak masa saya bersiaran selama 48 jam tanpa henti, dan memecah rekod negara waktu itu. Mana ada saya mandi pun sepanjang bersiaran tu, hahaha...” ujarnya mengimbas kembali rekod yang dicipta tahun 2000 itu.
Kredit Foto : Astro Prima
Nak Disuka Mudah, Disayangi Susah Tapi Dibenci Sekelip Mata
Eksklusif juga malam itu Rumah No 107 turut mengundang bekas bos radio Era yang juga bos kepada Linda dan Halim, Kudsia Kahar. Seronok mendengar celoteh mereka mengimbas kembali detik kegemilangan radio Era di tangan mereka bersama rakan seperjuangan yang lainnya.
“Pada mula Era diwujudkan bukan mudah kerana kebanyakan pihak pengiklanan tidak berapa yakin dengan stesyen radio Melayu sehinggalah akhirnya kita berjaya meraih sehingga enam juta pendengar. Alhamdulillah, kemana Era pergi sentiasa menjadi tumpuan orang, malah ketika kemunculan DJ Era di Stadium Bukit Jalil ketika awal pembukaannya juga menyaksikan satu keadaan luar biasa apabila stadium penuh dengan penonton,” imbas Kudsia.
Sempat juga ditanya bagaimana untuk menjadi DJ yang disukai ramai?
“Kami di Era sangat mementingkan disiplin DJ kami kerana itu saya sentiasa mengingatkan mereka untuk menjaga diri walau di luar konti,” ujar Kudsia lagi.
Dan ketika sesi perbualan itu, Shuk juga berada di situ hanya mampu tersipu-sipu membuatkan seisi studio ketawa melihat gelagatnya yang seperti cacing kepanasan.
Sampuk Linda, “Untuk disuka mudah, tapi disayangi yang susah tapi untuk dibenci sekelip mata saja. Tapi yalah, dulu kita tidak ada media sosial tapi kita ada surat khabar setiap hari Ahad yang akan menghentam kita jika buat hal. Jadi, memang kena jagalah diri tu. Jangan berlebih-lebih mencetuskan kontroversi,” nasihat Linda sambil mengerling ke arah Shuk.
Dan Shuk terus terkedu. Hahaha...
Kredit Foto : Astro Prima
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

JPN Dedah Permohonan Pembetulan Maklumat Sijil Lahir Myra Natasha Ikut Prosedur

gempak
15/05/2024
00:55 MYT
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan permohonan pembetulan maklumat di sijil kelahiran pelakon, Myra Natasha adalah mengikut prosedur.
Hiburan

“Saya Tak Nak Burukkan Nama Anak Saya” - Halim Othman

gempak
13/05/2024
02:55 MYT
Penyampai radio, Halim Othman enggan mengulas lanjut mengenai isu penukaran maklumat di surat beranak dan anak tidak sah taraf membabitkan anaknya, Myra Natasha.
Hiburan

“Saya Hanya Mahu Ayah Mohon Maaf Dan Tukar Balik Maklumat Kat Surat Beranak” - Myra Natasha

gempak
12/05/2024
11:55 MYT
Anak kepada penyampai radio, Halim Othman, Myra Natasha menggesa bapanya untuk tampil beri penjelasan mengenai isu penukaran nama di surat kelahirannya.
Hiburan

Panas Isu Gaji Penyampai Radio, Linda Onn Nafi Dibayar RM45,000 Sebulan!

gempak
18/01/2024
04:48 MYT
Penyampai radio popular Linda Onn menafikan tuduhan meraih pendapatan sehingga RM45,000 sebulan sepanjang berkhidmat di Suria FM.
Hiburan

“Kejayaan Kadangkala Tak Sentiasa Dibalas Dengan Keindahan” - Linda Onn Titip Pesanan Untuk Tyzo Xander

gempak
14/01/2024
02:55 MYT
Nasihat berguna daripada Linda Onn