gaya hidup

Hampir Setiap Hari Kes Positif Covid-19 Catatkan Empat Angka. Kita Dah Terlalu Selesakah Hingga Ada Yang Lupa SOP?

gempak
Huda Hussain
12/12/2020
13:24 MYT
Sponsor Banner
Hampir Setiap Hari Kes Positif Covid-19 Catatkan Empat Angka. Kita Dah Terlalu Selesakah Hingga Ada Yang Lupa SOP?
Keluar apabila benar-benar perlu, terus patuhi SOP, jaga penjarakkan fizikal antara ‘skrip’ yang sudah terakam dalam pemikiran kita. Namun hakikatnya, adakah kita benar-benar beringat dan berwaspada untuk terus mematuhinya? Jika tidak, mengapa dalam perkongsian dan sidang akhbar MKN masih ada lagi yang ingkar SOP?
Sungguh, tidak dinafikan ada dalam kalangan kita yang mulai bosan, tertekan dan menganggap semua ini perkara biasa. ‘Alah, nak tunggu habis Covid, sampai bila pun takkan habis’. Sudahnya muncullah segala jenis kluster baharu yang berpunca daripada majlis perjumpaan sosial seperti majlis keraian, reunion, family gathering dan sebagainya. Hinggakan jika anda melihat muat naik Tan Sri Dr Noor Hisham, pada jam 4 pagi dua hari lalu, beliau ada memuat naik satu status mengenai kebimbangannya terhadap kemungkinan peningkatan kes akibat perhimpunan sosial.
Kredit Foto: Google
Jangan Salah Guna Kebenaran Rentas Daerah, Negeri Kebenaran merentas daerah dan negeri telah diberikan (walaupun kes sedang memuncak). Segalanya kini terpulang kepada kepatuhan masyarakat terhadap SOP semasa menghadiri perhimpunan sosial. Jujurnya, kebimbangan ini membangkitkan kerisauan semua barisan hadapan diseluruh negara. Sudah lesu dan kering peluh tubuh dek balutan PPE yang membungkus mereka sepanjang hari. Sudah kering tekak untuk memberi nasihat dan saranan.
Dalam kalangan netizen dan masyarakat, ramai yang menyuarakan pelbagai keluhan. Kata mereka KKM sudah sedaya upaya memberikan khidmat yang terbaik. Namun dek kerana campur tangan politik dan ekonomi keadaan kembali meruncing bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ia jauh lebih teruk berbanding semasa tempoh penguatkuasaan PKP dahulu.
Pertembungan Aspek Kesihatan Dan Ekonomi Adanya pertindihan dan pertembungan antara keperluan kesihatan dan ekonomi. Ya, kita kasihankan frontliners yang tidak henti-henti bekerja, membantu dan memberikan khidmat terbaik mereka sejak kes pertama Covid-19 dilaporkan. Tetapi ada juga yang bersimpati dengan mereka yang terpaksa diberhentikan kerja sekali gus hilang mata pencarian. Lantaran itu mereka perlu lakukan sesuatu untuk meneruskan hidup. Ya, kita kasihan kepada mereka.
Kredit Foto: Google
Dan melihat laporan juga kemas kini yang sering diterima menerusi telegram MKN ada yang bagaikan acuh tak acuh. Tetapi apabila melihat angka kes positif mencatatkan sebanyak 2,188 bulan lalu dan buat pertama kalinya ia adalah angka tertinggi direkodkan sejak penularan Covid-19 di Malaysia.
Contohi Thailand Jika trend masih sama, Malaysia dijangkakan akan melepasi China dalam bilangan kes minggu hadapan. Ini berdasarkan laporan yang penulis cerap dari laman Facebook Public Health Malaysia (PHM). China merupakan negera pertama yang melaporkan kes ini. Masih tiada tanda buat masa ini kita akan pulih daripada gelombang ketiga ini. Adakah ini tandanya kita sudah letih? Penat? Putus asa? Adakah kaedah kawalan buat masa ini tidak lagi berkesan? Laporan empat digit kes setiap hari seperti sudah biasa dan tidak lagi kisah. Jawapan tersebut hanya ada pada diri sendiri.
Kredit Foto: Google
Thailand adalah contoh yang sangat baik bagaimana pendekatan menyeluruh pemerintah, seluruh masyarakat, komprehensif, virus ini dapat dibendung - bahkan tanpa vaksin. Untuk makluman, Thailand adalah negara pertama di luar China yang melaporkan kes COVID-19. Sehingga kini Thailand telah melaporkan lebih dari 4.000 kes dan hanya 60 kematian, dengan populasi 70 juta dan salah satu bandar terbesar dan paling ramai di dunia.
Apa yang utama adalah kejayaan untuk mengawal sempadan negara dari di bolos pendatang tanpa izin seperti mana yang berlaku di Sabah. Penularan jangkitan tempatan dihentikan dan sempadan negara dijaga dengan baik.
Kredit Foto: Google
Situasi politik di Thailand juga tidak begitu stabil. Terdapat beberapa insiden protest di Bangkok tetapi tidaklah sampai berkempen sakan pilihanraya. Selain itu, kejayaan Thailand turur disumbang oleh jaringan lebih daripada 1 juta sukarelawan kesihatan dikalangan komuniti , yang merupakan mata dan telinga sistem kesihatan dalam masyarakat yang memainkan peranan penting dalam memberikan respons,
Thailand juga telah mengambil pelajaran dari masa lalu, termasuk pengalaman dengan SARS pada tahun 2003. Selain itu, budaya masyarakat setempat yang tidak bersentuhan apabila bertemu juga menyumbang kepada penularan jangkitan terhenti.
Kredit Foto: Google
Peranan Kita Sesungguhnya, kepada Tuhan kita berserah. Benar, telah sedaya upaya kita berikhtiar dan berusaha namun hasilnya masih belum memuaskan. Rujuk intipati berikut kerana jika kita lihat ada relevannya SOP yang sering diingatkan kepada kita dengan ajaran dan sunnah Nabi Muhammad SAW dari perspektif Islam. Kita mesti melakukan yang terbaik dan percaya kepada Allah SWT. Insya Allah
1) Penjarakan Fizikal “Mereka yang mempunyai penyakit berjangkit harus dijauhkan dari mereka yang sihat." Hadis Riwayat Bukhaari (6771) dan Muslim (2221)
2) "Memakai Pelitup Muka " ‘Nabi Muhammad SAW sambil bersin, akan menutup wajahnya dengan tangan atau pakaiannya’ Hadis Riwayat Abu Dawud; Tirmidhi (Buku 43, Hadis 2969), Sahih
Kredit Foto: Google
3) Membasuh Tangan Setiap Kali Memasuki Rumah Nabi Muhammad SAW bersabda: "Kebersihan adalah separuh dari iman." Hadis Riwayat Muslim (223)
4) Larangan Merentas Negeri Walaupun tidak dinyatakan secara terperinci tetapi pendekatan ini terpakai dengan situasi sekarang. “Jangan memasuki negara di mana wabak (penyakit berjangkit) merebak; jangan pergi dari tempat penyebarannya" Hadis Riwayat Bukhaari (5739) dan Muslim (2219)
5) Jangan Menyebabkan Jangkitan Kepada Orang Lain , Jika Anda Mempunyai Simptom Nabi Muhammad SAW bersabda: “Jangan menimbulkan bahaya atau membalas." Sunan Ibn Mājah (2340)
6) Duduk Di Rumah “Mereka yang tinggal di rumah untuk melindungi diri mereka sendiri dan orang lain berada di bawah perlindungan Tuhan." Musnad Ahmed, Saheeh
Kredit Foto: Google
7) Kuarantin di Rumah “Pesakit luar yang tinggal di rumahnya dengan sabar dan mengharapkan pahala, mengetahui bahawa tidak ada yang menimpanya selain ketetapan Tuhan akan mendapat pahala atau mati syahid" Musnad Aḥmad, Sahih juga Bukhaari (2829) dan Muslim (1914)
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Setiap penyakit ada penawarnya. Sekiranya penawar digunakan untuk penyakit ini, ia akan lega dengan izin Tuhan. " Hadis Riwayat Muslim (2204)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live