Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
gaya hidup

Happy Hypoxia – Tak Tunjukkan Gejala, Pembunuh Senyap Pesakit Covid-19? Hadam Huraian Doktor Ini.

Huda Hussain 10/08/2021 | 04:55 MYT
Kes kematian yang sudah mencecah tiga angka sejak kebelakangan ini semakin menakutkan. Apatah lagi dengan peningkatan jumlah pesakit Covid-19 yang positif setiap hari, penularan varian baharu memburukkan lagi keadaan. Dan hakikat berita kematian semakin dekat, berlaku dalam kalangan kita, insan yang rapat dan dikenali kian membimbangkan.
Kredit Foto: Facebook KKM
Terdahulu, Pakar Bedah Telinga Hidung Tekak Surgeri Kepala & Leher Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Tengku Ezulia Tengku Nun Ahmad berkongsi muat naik mengenai terma Happy Hypoxia dan mengapa perlunya ada Oximeter dirumah lebih-lebih lagi dalam waktu sukar ini. Tulisnya:
Happy Hypoxia dan Pulse Oximeter
Hari ni saya nak share sikit kesedaran mengenai 'Happy Hypoxia' dalam kalangan pesakit Covid-19 yang menjadi pembunuh senyap. In fact, lately ni banyak sangat kes brought-in-dead (BID) di mana pesakit-pesakit Covid-19 meninggal sebelum sempat ke hospital.
Biasanya pesakit Covid-19 ada gejala sukar bernafas, pernafasan menjadi laju dan sebagainya. Tetapi perkara sebaliknya berlaku kepada pesakit Covid-19 yang mengalami Hypoxia. Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.
Keadaan ini dinamakan ‘Happy Hypoxia’ iaitu pesakit Covid-19 nampak ceria, normal dan tidak menunjukkan gejala sukar bernafas walaupun sebenarnya tahap oksigen dalam badan berkurangan. Kalau ‘Happy Hypoxia’ ini tidak dikesan awal, ia boleh pembunuh secara senyap.
Kadar oksigen dalam badan yang normal ialah 96%-100%. Disarankan setiap isi rumah memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah, 'Pulse Oximeter' atau Smart Watch supaya dapat mengesan awal penurunan oksigen dalam badan dan mengelakkan kematian.
Kredit Foto: Facebook KKM
#COVID-19 #Happy Hypoxia
;