Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Highlights

“Hargai Pasangan, Jangan Selalu Gaduh, Ajal Kita Tak Tahu...” – Farah Redha Dengan Pemergian Suami...

Afiza Kamarulzaman 09/01/2020 | 13:53 MYT
Walau sudah hampir tiga bulan anak kepada pelakon Fauziah Nawi dan suami kepada Farah Ahmad iaitu Pitt Hafiz meninggal dunia akibat lemas ketika memancing, namun kisahnya masih dikuti oleh sesetengah orang yang rapat dengannya. Ketika Farah hadir ke set program Currhat untuk tayangan Astro Prima baru-baru ini, InTrend berkesempatan menemubual beliau yang kelihatan tenang dan sopan dengan jubah dan selendang hitam. Senyuman sentiasa terukir di bibirnya. Tiada riak kesedihan menyelubungi zahir, namun batinnya tiada siapa yang tahu.
Sepanjang perbualan ini dirakam, Farah tidak sekali pun menitiskan air matanya. Kerana baginya, inilah suratan takdir yang sudah ditentukan buatnya dan anak-anak. Tiada kekesalan yang menghimpit jiwa, hanya rasa pasrah dan damai melalui ujian ini. Walau seisi studio sudah bertakung air mata, dia kekal tersenyum membuatkan orang lain rasa kagum dengan ketabahan dan sikap positif yang dipamerkan beliau.

20.12.2019 Hanya bacaan yassin & al-fatihah hadiah dari kami. Tapi hadiah dari Allah untuk awak sangat tak ternilai hingga farah dan anak2 dapat nikmatnya. Iaitu redha dan kekuatan awak masih di hati kami. Moga kerinduan ini takkan hilang kerana kerinduan ini menjadi kekuatan kami. Redha kami baru bermula dan perjalanan redha kami masih panjang. Dan pasti dugaan baru aknan datang menyapa. Ya Allah, Kekalkan senyuman kami di kala marahnya hati walaupun sakitnya badan. Tenangkanlah kami dengan senyuman redhamu. Biarlah air mata kami hanya untukmu Ya Allah. Insyallah kami akan dilindungi oleh Yang Maha Esa. Aamiin Awak tidurlah dengan lena di bawah jagaanNYA. Alhamdullilah dengan hadiah ini. AL-FATIHAH MOHD FIRDAUS BIN MOHAMAD HANIF. ❤ AWAK #prayforpitthanif #mrmrspitt #tottiespoppies #iflife #corentansikerinting ?Tq @0.168cm @mhiadiva @lil_thia

A post shared by Farah Ahmad @artbyfarahahmad (@ifarahahmad) on

at 8:00am PST

Pesanan Akhir Arwah Hanya di Whatsapp...
Menurut Farah, arwah sempat mengirimkan sepotong ayat menerusi Whatsapp kepada anak-anaknya sehari sebelum kejadian dengan tulisan, “ Assalamualaikum nyawa-nyawa Ayah...” Dan lain-lain kiriman Whatsapp itu antara arwah dan anak-anak secara peribadi yang sehingga kini akan kami simpan dalam hati. Menurut Farah, arwah seorang bapa yang baik dan tidak garang dengan anak-anak. Dia sentiasa tenang dalam perbualan bersama anak-anak. Dengan rakan-rakan pun begitu.
Hikmah Apabila Arwah Ajar Kami Berdikari
“Sebagai orang yang terlibat dalam industri, kami memang sibuk sehingga ada kala jadual kerja bertembung menyebabkan kami jarang dapat bersama. Kalau dulu, memang ada merungut kalau dia susah untuk memberi komitmen kepada kami. Namun, apabila diingatkan kembali, inilah hikmah yang Allah titipkan kepada saya dan anak-anak apabila arwah tiada kami dapat menguruskan kehidupan dengan baik. Anak-anak juga sudah dididik untuk belajar berdikari.”
Namun, kata Farah rindu tetap ada. Tipulah kalau tidak merindui orang yang hidup dengan kita berpuluh tahun. Apa pun rindu itu harus diubati dan dibiarkan berlalu dengan sendiri.

Pitt ur nyawa kat sini waiting for you. Semua pakai baju & jaket topi awak. Keep praying keep positive hope for the miracle. Only Allah knows. We need you our superhero #prayforpitthanif

A post shared by Farah Ahmad @artbyfarahahmad (@ifarahahmad) on

Momen Farah Turun Ke Sungai...
Ketika diminta diimbas kembali saat Farah turun ke sungai mencari jasad arwah. Kata, Farah awalnya dia tidak ada perasaan untuk turun kerana menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada bomba dan pasukan penyelamat untuk melakukan tugasan mereka. Namun, selepas beberapa hari usaha mencari masih gagal dengan pelbagai kaedah alternatif digunakan, Farah terbuka hati untuk turun sendiri mencari jasad suami. Itu pun setelah diusulkan oleh abang dan pihak bomba.
“Ketika turun ke sungai itu, suasana amat tenang dan saya dapat rasakan yang arwah memang sudah tiada. Entahlah, sukar untuk saya gambarkan suasana waktu itu tapi ia akan kekal segar dalam ingatan. Saya sentuh air sungai dari atas bot, rasa sejuk dan tenang saja. Saya cakap sendirian, “abang muncullah diri...” kerana bagi saya sekali pun arwah sudah tiada, setidak-tidaknya janganlah terus menghilangkan jasad diri...”
Dan, tidak beberapa lama selepas itu, berlaku keajaiban Tuhan, jasad arwah ditemui oleh pihak bomba. Ya Allah, hanya beberapa ketika. Terus saya berseloroh kepadanya, “Abang ni, nak juga Farah turun sendiri datang bawa Abang balik ya. Maklumlah waktu hidupnya dulu, dialah yang selalu jemput kita. Dan, apabila dia pergi, dia pula mahu kita menjemputnya untuk yang pengakhirannya. Macam orang bercinta pula,” cerita Farah sambil ketawa kecil.

27/10:Subuh yg sayup, pagi itu sedih tp tenang,alam turut rs sm sepertiku.Aku mnanti tindakan phk SAR,Mrk diberi taklimat& mneruskan pcarian pagi itu.Pgawai JPAM mdekatiku minta izin mbuat petua dr phk mrk.Aku ok ajer janji x myekutu pciptaku.Kami ke tgh jambatan, aku dsuruh genggam 7 batu & selawat & baca bbrp surah yg dipimpin bacaannya & batu itu dibaling ke arah utara barat timur selatan dgn laungan Allahuakbar. Slps selesai aku minta izin utk duduk disitu sketika. En Firdaus jom kita lepak bsama lagi. Tenang bila ddk disitu, farah th pitt ada, ada dlm hati farah " i still need u ".Anak2 aku sampai bsm my sil. @0.168cm @mhiadiva @lil_thia happy nak cr & jumpa ayah.Sggh kuat puteri2 En Firdaus. Terus aku bwk anak2 ke tgh jambatan.Aku tjk mereka dimn tempat kejadian. kuatnya ank2 .Cousinku @ajiboy7 & boy tiba bwk psalinan & breakfast xpa dsuruh krn aku dtg shelai spinggang mybff bwk psalinan jg @miss_arename @cahayamaarif &suami & Farid kwn kecik arwah, Mak aku @mknoorhayati abg sulungku Farid & adikku @farahqueen.ahmad & cik tima sampai. Peluk adikku "I still need him" kataku. Pbgai miracle dr Allah. Pbagai petua dr ustaz aku buat h kali ni baling bj arwah.Yg ini aku panggil anak2 ku msk kereta utk slow talk." U guys know that we only hv 50% miracle from Allah yg we don't know what kind of miracle samada jumpa ayah tp ayah xbnyawa or ayah alive means 2nd chance we live with ayah with more love.50% lg ayah mmg xjumpa.tarik nafas panjang anak2 dgn tangisan yg sgt halus.Mama nk baling bj ayah ni ke sungai utk ptukaran..lg sedih mereka.Mn th kita jumpa ayah kesian ayah dh lama kat dlm sungai.Nk ikut jgn nangis.kalau nangis stay dlm kereta.we must be strong, utk ayah strong jumpa kita.Come & hug me.Ayah always in our heart kan.Let's we selfie dgn bj ayah buat kenangan.Memandang semua mmg pakai pakaian ayah,kami selfie utk simpan smangat ini sampai bila2.Ya Allah kuatnya nyawa2 awak En Firdaus.Nampak kejam pdekatanku tp itu cr tbaik utk anak2ku kenal redha Allah. sb aku th slg xjumpa redha itu slg itu kita xjumpa arwah. 11:45am Aku pun pimpin anak2ku mcm semut ke tgh jambatan..#part13 tq Shahira @501awani #prayforpitthanif #tottiespoppies #coretansikerinting

A post shared by Farah Ahmad @artbyfarahahmad (@ifarahahmad) on

Jasad Arwah Sangat Indah...
Pertama sekali yang dilakukan Farah sebaik jasad suami dibawa naik ke darat, Farah mahu melihat wajah arwah. “Subhanallah cantiknya suamiku. Sungguh, wajahnya tidak tercela walaupun sudah beberapa hari lemas. Siap berkiam tangannya, sungguh sempurna seperti hidupnya. Malah, pihak bomba sendiri mengakui pertama kali melihat jasad sebegini sempurna walaupun puncanya mati lemas.”
“Jadi, kenapa saya perlu bersedih? Jika Allah sendiri memberikan taraf yang baik kepada hambaNya itu, siapa saya untuk berasa sedih, seolah-olah saya tidak bersyukur dengan kurniaan Allah itu. Walaupun suami saya bukanlah insan terpilih yang sempurna amalnya dulu, tetapi itulah kan... hati manusia hanya Allah yang dapat menilai hitam dan putihnya. Bahagian dia diberi pengakhiran sebegini baik. Saya hanya mampu bersyukur...”
Sayangi dan Hargai Selagi Ada Jasadnya
Ketika penulis selesai menemubual dan berjalan keluar bersamanya, Farah sempat menitipkan nasihat, “Ingat, hargai pasangan kita. Setiap detik itu harus kita simpan baik-baik. Elakkan bergaduh selalu. Kita tidak tahu selama mana kenangan kita bersamanya mampu tercipta...”
SALAM TAKZIAH. SEMOGA FARAH DAN ANAK-ANAK TABAH SELALU.
AMIN...

Abang pandang2 Pandang2 Siapa Kalau pada Adik Mata kail jawabnya HahahHaha - itu version perempuan Kalau version lelaki Adik pandang2 Pandang2 siapa Kalau pada abang Kilat petir jawapnya HahHaha #iflife #farahahmad #pittfarah

A post shared by Farah Ahmad @artbyfarahahmad (@ifarahahmad) on

#Farah Ahmad #Kehilangan #Pitt Hafiz
;