Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Highlights

Hargailah Isteri Yang Selalu Ada DUIT SELIT di Hujung Bulan. Saat Suami Kesempitan, Merekalah Memberi Cahaya!

Afiza Kamarulzaman 02/07/2020 | 15:45 MYT
Walaupun orang perempuan selalu dikaitkan dengan sikap boros dan suka membeli itu ini, namun hakikat yang selalu berlaku dalam rumah tangga; isterilah yang selalu menjadi akauntan terbaik buat suami. Setuju? Tidak kiralah isteri itu sama-sama bekerja atau tidak, kebanyakan mereka tahu bagaimana mengatur perbelanjaan. Dapat apa yang diinginkan dalam masa yang sama ada duit ketika kecemasan.
Sikit yang mereka ada, sikit itulah yang dibelanjakan. Sikap suka meletakkan duit selit ini sudah diamalkan oleh mak dan nenek kita dulu-dulu lagi. Penulis sendiri pernah melihat Emak yang selalu mengeluarkan wang yang dilipat kecil dari celah dompet kecilnya. Apabila ditanya, katanya supaya tidak terpakai dan hanya digunakan apabila betul-betul diperlukan sahaja. Begitulah cermatnya ibu-ibu kita dulu dalam mengenggam duit.
Kredit Foto: Google
Isteri Perlu Ada Rahsia Sedikit
Dalam bab duit simpanan, para isteri dinasihatkan untuk menyimpan sedikit rahsia daripada suami. Bukan niat berbohong tetapi dengan niat membantu suami apabila diperlukan. Rahsiakan sedikit jumlah simpanan yang kamu miliki, jangan diberitahu keseluruhan jumlah yang ada. Ini bertujuan mengelakkan wang itu digunakan untuk perkara yang tidak benar-benar perlu.
Para suami bukanlah bersikap suka ambil kesempatan, namun ada kala mereka lebih suka bertindak segera tanpa memikirkan jangka masa panjang. Jika diketahui jumlah sebenar yang dimiliki dalam simpanan rahsia isteri pasti akan di mindanya sentiasa terpahat bahawa “tak mengapa, isteri aku ada.” Maka, rahsia itu penting untuk keperluan suami juga nanti. jika benar-benar dalam kesempitan, wang selit inilah penyelamatnya.
Jangan kata Isteri Kedekut
Jika suami memiliki isteri seperti ini, hargailah. Jangan dilabelkan mereka sebagai kedekut tetapi anggaplah mereka sebagai penyelamat dirimu pada saat sulit. Wang selit ini jangan difikir-fikirkan kerana akan menyebabkan kamu menjadi tidak berdisiplin dalam berbelanja. Ada suami apabila sekali sudah diberikan kejutan dengan wang selit ini, mulalah naik tocang. Maka, bulan depan ditanyanya lagi.
Dan, isteri haruslah bijak mengawal situasi di atas. Pastikan wang selit ini tidak selalu memunculkan diri. Jika tidak, ia tidak lagi dipanggil duit selit, sebaliknya, duit sedekah buat suami. Hati-hati ya!
#Suami Isteri #Berjimat #Duit Selit
;