Hari Ini Genap 5 Tahun ARWAH MEMEN Tinggalkan Mamanya Linda Rafar Kerana KANSER Burkitt Lymphoma — Al-Fatihah
MAAF kerana membawa Linda masuk semula ke terowong masa yang amat pedih dan menyakitkan. Tetapi sebagai iktibar dan peringatan buat kita yang masih hidup, kami mohon Linda ceritakan semula — bila dan bagaimana kisah perjuangan Memen bermula?
Saya tidak pernah mengesan sebarang simptom, perubahan atau kelainan yang aneh-aneh pada Arwah Memen. Dia merupakan anak paling aktif, paling ceria dan paling sihat antara semua. Tak pernah sakit, tak pernah masuk hospital. Arwah cergas berbola sepak, bahkan kuat bersukan.
“Sakit sangatkah?” Tanya saya lalu menggosok-gosok perutnya dengan minyak angin.
“Taklah sakit sangat, ma. Sakit sedap,” sambut Memen, merujuk kepada ‘sedap’ untuk melepaskan hajat besar. Saya bergegas bawa dia ke klinik, tapi jawapan doktor, “Tak ada apa-apa ni puan, perut kembung masuk angin ni,” ujar doktor sesudah menekan-nekan perutnya. Memen diberi ubat, dan kami pulang meneruskan kehidupan seperti biasa.
Masuk bulan Mac, Memen mengadu lagi sakit perut. Saya mula sangsi, apa lagi yang tak kena? Lalu kami berulang lagi ke klinik swasta. Selepas itu saya pilih untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan pula. Di sana, doktor menyarankan Memen ditahan wad, “Kita perlu jalankan prosedur Kolonoskopi, baru kita tahu lebih jelas, apa masalah anak puan,” doktor mengusulkan.
Selesai prosedur, Memen pulang ke rumah, tetapi doktor masih belum dapat mengesan punca sakit perut Memen. Temu janji berikutnya, scope dimasukkan melalui mulut pula. Jawapan tetap serupa – doktor masih gagal mengesan punca sebenar sakit Memen.
Saya rasa tak sedap hati. Mengapa sakit Memen berulang-ulang? Sekejap-sekejap perutnya sakit. Apabila sakit perut menyerang, dia duduk terkedu, tak lagi melompat-lompat nakal seperti kelaziman. Lalu saya dan bekas suami (Keifli Othman) kemudiannya bersepakat membawa Memen ke hospital swasta untuk jalani MRI.
Al-fatihah? Rindunyaa anak syurga mama ni dah nk masuk 3x puasa&Raya tanpa men... @rezaimen_keiflin #prayformemen #menunggumudipintusyurga #memenahlisyurga #rezaimenkeiflinbinazlinda
A video posted by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on
Sumber: @lindarafar
“Puan Linda...” Doktor terhenti di situ, keputusan MRI Memen tidak terlucut dari tangannya. “Tuan Keifli dan Tuan Syed...” doktor menuturkannya dengan perlahan, saya renung mata doktor yang berbalam-balam. Sesaat pun tidak saya lepaskan daripada pandangan. “Kami mengesan ketumbuhan di dalam perut anak puan dan tuan-tuan,” sambungnya perlahan.
Hati saya bagaikan dipanah halilintar yang maha dahsyat. Tetapi hati saya masih berkata-kata, tak ada apa-apa, tak ada apa-apa, everything will be fine, everything will be alright... Saya menyedapkan hati sendiri. Mantra itu berdengung-dengung dalam kepala saya.
“Besarkah ketumbuhannya doktor?” Sekonyong-konyong saya terpaksa bertanya, dengan hati paling berat. “Besar juga, puan. Berdasarkan saiznya, kami anggarkan berat ketumbuhan di dalam perut anak puan sudah mencapai satu kilogram.”
Allah Yang Maha Besar, mengapakah ini yang Kau datangkan kepadaku?
Saya cuba membayangkan betapa azabnya kesakitan yang ditanggung Memen, dengan ketumbuhan sebesar itu menyendati perutnya. Aduhai Memen, maafkan Mama!
SelamatMalamSemua..IngatLaaWahaiUmatMuhammad.. Dugaan dunia dasyat..bukak mata je ada je dugaan yg dtg...tp tu laa pengajaran..kena banyak sabar n sabar ye..Moga Allah Ampunkan dosa kita semua dan jauhkan kita drp azab kubur..ameen. #alfatihahformemen #menunggumudipintusyurga #memenAhliSyurga Ameen?
A photo posted by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on
Sumber: @lindarafar
Memen menangis ketakutan apabila berita ketumbuhan di dalam perut, sampai ke telinganya. “Kenapa dengan Memen, Mama?” Kenapa??” Dia menangis ketakutan.
Hati saya sangat sedih dan merusuh, tetapi ya, untuk Memen — saya harus berlakon dan berpura bahawa semuanya baik-baik belaka, “Ish, tak ada apa-apalah sayang,” saya menenangkannya, “Ketumbuhan biasa sajalah sayang.”
Gelora yang geruh, berpusar-pusar di dalam hati. Hanya Allah SWT yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Sumber: @lindarafar
Pembedahan membuang ketumbuhan seberat satu kilogram itu dianggarkan berlangsung empat jam sahaja. Tetapi bayangkanlah, sudah sembilan jam berlalu dan Memen masih belum diusung keluar dari dewan pembedahan. Jika ini yang terjadi kepada anda, dapatkah anda membayangkan kesengsaraan penantian itu? Apakah yang terjadi di dalam kamar bedah? Mungkinkah doktor menghadapi kesulitan? Apakah Memen akan kembali semula ke pangkuan saya dalam keadaan bernyawa?
Memen akhirnya diusung keluar — kaku, wajahnya pucat lesi, bibirnya biru, dia tertidur tidak sedarkan diri. Hati saya bagai disiat-siat melihat tiub berlingkaran, di hidung, di tangannya, di mulutnya.
Bangunlah anakku Memen, bangunlah cepat nak. Mama tunggu Memen.
Sumber: @lindarafar
Jantung saya berdebar-debar bukan kepalang. Bibir saya kering. Telapak tangan saya sejuk. Kaki saya ngilu.
“Berita baiknya, syukur alhamdulillah, macam yang puan lihat, pembedahan kami berjaya walaupun memakan masa sembilan jam dan ada sedikit komplikasi. Tapi, saya mohon puan jangan menangis dengan berita kedua ini.”
Ya Rabb!
Saya meraung, kehabisan tangis. Kaki saya lembik. Dalam fikiran yang berputar-putar, gelap lagi menyesatkan, saya cuba membayangkan, apakah bentuk kehidupan yang akan Memen tempuhi selepas ini, apabila duduk-letak ususnya tidak lagi seperti manusia biasa?
“Untuk berapa lama doktor?”
“Setahun.”
Allahu Akbar! Sesaat pun tiada saya sanggup melihat Memen menderita kesakitan. Inikan pula menyaksikan ususnya dibongkar keluar dari perutnya selama 365 hari? Mampukah saya menjadi kuat? Kuatkah saya memimpin Memen menempuhi satu demi satu ujian luar biasa ini?
By @lindarafar "Al-fatihah...KenanganBersamaArwah @rezaimen_keiflin & abg @rezarilkeiflin .. . #PrayForMemen #AlfatihahForMemen #memenAhliSyurga #menuggumudipintusyurga . Selamat malam.. baru lps baca yassin...
A photo posted by BEAUTY FROM HEAD TO TOE (@linaakhsani) on
Sumber: @lindarafar
“Ma, kenapa dengan perut Memen?? Kenapa ada plastik kat luar perut Memen??”
Al-fatihah #rezaimenkeiflinbinazlinda Mama miss u so much ?..Hanya allah shj yg tau perasan ma skrg ni.. #allahkuatkanAku #MemenAhliSyurga #Allahuakbarrr #5/7/2014?
A photo posted by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on
Sumber: @lindarafar
Air mata saya tidak pernah sederas itu. Tetapi tidak di hadapan Memen. Saya ibunya. Kalbunya bersarang berdegup di dalam rahim saya selama sembilan bulan sembilan hari, maka saya sebagai induknya harus kuat. Tidak saya benarkan air mata saya mengalir di hadapan Memen.
Ya Allah, jika saya sudah tewas di sini — hari ini — dari mana lagi Memen mampu kutip kekuatan, kecekalan dan keberanian, melintasi terowong takdir yang amat menyakitkan ini?
Ya Rabb, kirimkanlah kami sedikit kekuatan-Mu, meski ia sebesar bintik debu.
Al-fatihah syg mama #memenAhliSyurga #alfatihahformemen #GonnaLoveUNMissUForeverBabyBoyMemen #AllahMahaMengetahui #Allahmahabesar ??
A photo posted by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on
Sumber: @lindarafar
Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
(Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau bebankan kepada kami, bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau pikulkan kepada kami, apa yang kami tak terdaya memikulnya.
Allahuakbar..MamaRinduSgt2Ni? .yaAllahKuatkanAkuYaAllah.. #alfatihahformemen #memenAhliSyurga ??
A photo posted by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on
Sumber: @lindarafar
Apa terjadi selepas itu, Linda?
Sebagaimana dijanjikan, doktor memanggil kami sekeluarga untuk temu janji lanjut, mengesahkan bahawa Memen memang benar diserang kanser, tahap empat. Ia adalah Burkitt Lymphoma, sejenis kanser yang amat agresif, ia membesar setiap tujuh jam. Dikatakan juga, bilangan sel kanser Burkitt Lymphoma menjadi berganda pada hari 1, 3, 5 dan seterusnya, bayangkanlah! Dan pada tahap empat, kanser Burkitt Lymphoma berkemungkinan akan (atau sudah) merebak ke sum sum tulang atau otak.
Apa lagi yang Linda faham tentang risiko penyakit Memen?
Berdasarkan penerangan doktor dan apa yang Linda baca di internet, Lymphoma merupakan kanser sel darah putih yang disebut sebagai limfosit-B (sel B). Sejenis kanser yang melibatkan kelenjar. Sel ini boleh menggandakan dirinya dengan cepat sekali, sehingga terbentuknya tumor. Jadi apabila sel kelenjar berkembang tanpa kawalan, maka itulah jawapannya, mengapa tumor tumbuh dengan lebih banyak. Dan itulah juga jawapannya, apakah sebenarnya yang sedang berkerajaan, bermaharajalela di dalam perut Memen.
Saya seperti orang sasau. Ya Allah, apa harus kami buat? Jalan mana harus kami pilih?
“Jangan buat kemo. Kalau you buat kemo, lagi cepat anak you pergi." Begitu ramai famili dan sahabat-handai menegah. Hati saya sangat berbelah-bahagi.
Jika kemoterapi kami putuskan sebagai pilihan paling baik buat Memen, terdayakah fizikalnya yang kecil itu menanggung sebab dan akibatnya nanti?
Al-fatihah #Throwback MissUSyg ? #MemenAhliSyurga #menungguMuDiPintuSyurga?
A photo posted by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on
Sumber: @lindarafar
Kami berikhtiar sekuat hati. Namakan apa sahaja saluran dan kaedah perubatan — cara tradisional, berjumpa ustaz, perubatan Cina, herba, air rebusan akar kayu, ya segalanya — sehinggalah saya bertemu dengan seorang profesor pakar kanser yang memberikan harapan dengan sejenis pil khas, berharga RM27,000. Kami nekad meleburkan duit yang ada. Alhamdulillah, Memen kembali segar dan ceria! Malah kami sempat membawanya bercuti ke Port Dickson walaupun ususnya tergantung di luar perut. Selama 44 hari Memen ceria, kami menjaganya di rumah dengan hati paling bahagia.
Namun pada hari ke-44 itu, Memen sakit kembali. “Ma, cuba Mama rasa perut Memen, cuba Ma tekan kat sini,” dia meletakkan tapak tangan saya ke perutnya yang sejuk, “Ada ketulan lagilah Ma...”
Allah, Allah, Allah!
By @lindarafar "Arriq Miss Arwah Abg Memen #alfatihahformemen #memenahlisyurga #syedarriq ?????" via @PhotoRepost_app @farhanaattaqwa @bukuonlineattaqwa @percetakanattaqwa @doorgiftattaqwa
A video posted by Buku Online At Taqwa0132795592 (@farhanaattaqwa) on
Sumber: @lindarafar
Maha Suci Allah!
Jz Sharing?...Anak syurga sy sentiasa zikir beribu kali &Baca yassin sebelum hembus nafas terakhir...Bagaimna pengakhiran nyawa kita?? Pernahkan anda semua terpikir?? Ya Allah ampunkan semua followers sy...dan sampaikan salam dan doa rinduku pd anak syurgaku..amiin #rezaimenkeiflinbinazlinda #MemenAhliSyurga ?
A video posted by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on
Sumber: @lindarafar
Kekesalan saya, tidak saya tahu di mana mula, dan di mana hujungnya. Adakah kerana kanser ini tidak dikesan lebih awal? Adakah saya kesal kerana menolak rawatan kemoterapi seperti yang disaran doktor sebelum ini? Apakah juga saya kesal kerana Allah SWT memilih Memen untuk meranjau ujian sebegini luar biasa, kerana hati saya menangis setiap waktu? Memen tidak mampu lagi menanggungnya.
Ya, Allah, jawablah. Jawablah Ya Allah.
“Tak, tak sayang, Memen tak salah,” saya usap kepalanya, lalu kucup dahinya kuat-kuat, dan saya berdoa kepada Allah SWT, pinjamkanlah saya sedikit lagi kekuatan agar air mata ini tidak terburai di hadapannya.
Saya kucup mata Memen, berkali-kali, dalam rembas air mata dan dunia yang sudah gelap gelita.
Semuga rohnya tenang disana bertemu Ya Allah. Salam takziah buat @lindarafar & keluarga. Allah lebih menyayangi nya.... #lindarafar #memein #Allahmahabesar #ramadhan
A photo posted by BEAUTY FROM HEAD TO TOE (@linaakhsani) on
Sumber: @lindarafar
Saya bantu Memen meneguk air dua kali, dan di hadapan mata saya, degupan jantungnya bertukar kencang, dan beberapa saat selepas itu, degupan jantungnya terhenti. Dadanya datar, tidak lagi bergelombang.
MEMEEENNNN!!!!!
Alhamdulilah , syukur padamu Ya Allah adik memen @rezaimen_keiflin telah selamat disemadikan di tanah perkuburan seksyen 21 Shah Alam pada pagi tadi...terima kasih semua yang mendoakan serta kiriman takziah buat keluarga @syedaiman75 @lindarafar Syurga tempatmu Adik Memen. #prayformemen ALFATIHAH
A photo posted by M.A.S.C Official (@masc2012) on
Sumber: @lindarafar
Saya terdengar suara bekas suami ceria menyapa doktor dan jururawat di luar pintu, tidak lama selepas Memen menghembuskan nafasnya yang terakhir. Nada suara Keifli girang sekali. Tak sabar mahu mengambil giliran menjaga Memen (saya menjaga dari pagi hingga tujuh malam, dan bekas suami menjaga dari tujuh malam hingga keesokan pagi). Bekas suami bergegas ke pintu masuk ICU, “Memeeeen!” panggilnya seperti selalu. Dan kelazimannya, Memen pasti menyahut, “Ya, Daddyyyy!”
Tidak dia ketahui bahawa yang menunggunya pada tujuh Ramadan itu, di perbaringan, adalah sekujur tubuh kecil yang telah kaku, dilangsiri selimut putih.
Keifli jatuh lembik di muka pintu ICU. Saya tidak pernah menyaksikan Keifli kalah sebegitu dahsyat dengan perasaannya. Dia jatuh terjelepuk, meraung di situ. “Memen...” Dia mengongoi, “Kenapa Memen tinggalkan Daddy?? Please Memen, bangunlah,” katanya sambil menggoncang-goncangkan tubuh Memen yang sudah kaku, “Please Memen, Daddy nak dengar Memen kata Memen sayang kat Daddy, please Memen, tolonglah bangun Memen...”
Tangisan Keifli tidak pernah sepilu itu.
By @officialhlive "Takziah untuk Linda rafar @lindarafar di atas pemergian permata hatinya, Reizman Keiflin, 12 yang meninggal dunia petang semalam akibat ketumbuhan kronik dalam perut." via @PhotoRepost_app Takziah @lindarafar , Keifli @syedaiman75 @nellyishak & family
A video posted by Event 4U Malaysia (@event4u) on
Sumber: @lindarafar
Apa hajat terakhir Memen?
Ya, rupa-rupanya tak sempat saya sampaikan hajat Memen yang ingin menyambut raya di rumah ibu saudaranya (kakak saya), di sebuah banglo lot tepi tiga tingkat. “Rumah mak cik best, ada kolam renang, raya nanti Memen nak main buga api kat sana, ya Ma?”
Memen pernah menyuarakan hasratnya semasa dia sakit dulu. Alangkah pedih hati saya.
Takdir Allah SWT, jenazah Memen telah ditunggu lautan manusia di rumah kakak saya. Hampir tiga ribu orang menanti kepulangannya. Dato’ Aznil, Dato’ AC Mizal, Nora Danish, Fasha Sandha, Norman Hakim, Neelofa, Abby, Azza, Lan Pet Pet, ya Allah, ramai sekali, maaf jika saya tak dapat sebut satu persatu nama sahabat-sahabat artis di sini. Manusia bertali-temali, tak putus-putus, berganti-ganti membaca Surah Yassin buat jenazah. Kemudian berganti pula dengan ayat-ayat suci Al-Quran alunan kumpulan anak-anak tahfiz sampai ke pagi.
Aduhai, begitu indah rezeki Memen.
Sewaktu jenazah Memen diturunkan ke liang lahad, seorang ustaz memanggil, “Linda, mai sini, tengok sini.” Antara yang turut mengiringi sampai ke tanah perkuburan adalah Mazlan Pet Pet. Dia yang kuat berseloroh menegur saya, “Ehh, relakslah Linda, apa hang nak nangis-nangis? Kau tengok kubur anak kau ni. Kuasa Allah! Kuburnya luas dan besar... Sepuluh orang kat dalam ni, Linda!” Lan Pet Pet melaung dari dalam liang lahad.
Ya Rahim, Ya Muhyi, Ya Mumit!
Ya Allah ya Tuhan Kami, Yang Maha Pengasih, Maha Menghidupkan, Maha Mematikan...
Ternyata benar sekali, kuburnya terlihat sungguh luas dan besar dan lapang sekali!
Hati saya reda akhirnya.