Highlights

Hari ke-4 PKP — Angka Kematian Terus Meningkat Tapi Kubur Sepi Tanpa Keluarga...Allahu, Lindungi Kami Ya Rabb

gempak
Huda Hussain
21/03/2020
12:00 MYT
Sponsor Banner
Hari ke-4 PKP — Angka Kematian Terus Meningkat Tapi Kubur Sepi Tanpa Keluarga...Allahu, Lindungi Kami Ya Rabb
Sehingga artikel ini ditulis, angka kes positif Covid-19 telah meningkat ke 153 bagi kes baharu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,183 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 1,065 sedang menerima rawatan di semua hospital seluruh negara dan seramai 114 pesakit dilaporkan sembuh.
Kredit Foto: Google
Walaupun tidak punya ahli keluarga mahupun kenalan yang disahkan positif, tetapi entah mengapa hati ini saban kali dihimpit gundah gulana. Kerisauan itu seakan tiada hentinya. Apabila membaca pelbagai posting di media sosial, whats app group dan medium lain mengenai bahaya jangkitan Covid-19 ini membuatkan kita tertanya-tanya sampai bilakah ia akan berlanjutan. Apatah lagi banyak pihak membuat perbandingan dan andaian apakah Malaysia bakal berhadapan dengan situasi sama seperti Itali? Adakah selepas berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (jika tidak dilanjutkan) kita akan menerima khabar berita peningkatan kes positif kluster pembelian panik, balik kampung, balai polis dan lain-lain? Allahu… Sungguh, berat rasa hati ini.
Kredit Foto: Google
Kita yang berada di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor sudah pasti tidak senang duduk memikirkan ibu ayah dan keluarga yang berada di kampung. Kerana golongan warga emas adalah antara kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai sejarah penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis. Dan juga barisan hadapan negara seperti petugas KKM yang khabarnya sejumlah 19 orang positif manakala lima petugas dari fasiliti swasta dijangkiti Covid-19 dan seorang dirawat di Unit Rawatan Rapi.
Bermula esok, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula dikerahkan turun padang bagi meneruskan pemantauan agar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus dipatuhi segenap lapisan masyarakat. Seboleh mungkin kita tidak mahu berlakunya insiden atau kekecohan ditimbulkan dalam kalangan rakyat walaupun ada yang masih berdegil dan ingkar mengikut arahan. Hinggakan masih terdapat segelintir masyarkat yang enggan memberi kerjasama untuk duduk diam-diam di rumah. Namun jika dengan kekerasan dan tindakan serius perlu dijalankan, maka sewajarnya biarlah ia dilaksanakan supaya dapat memberi peringatan dan pengajaran kepada semua.
Kredit Foto: Google
Bagaimana Harus Kita Membantu Tangani Penularan wabak Covid-19? Sekecil-kecil peranan dan tanggungjawab kita adalah dengan memastikan langkah berikut sentiasa dipatuhi:
  1. Duduk di rumah dan hanya keluar ketika perlu.
  2. Kerap membersih dan mencuci tangan (sama ada menggunakan sabun atau hand sanitizer)
  3. Guna topeng muka sekiranya anda batuk atau bersin juga ketika keluar rumah.
  4. Pastikan penjarakan sosial (1 meter).
  5. Elakkan berkumpul beramai-ramai.
  6. Elakkan berjabat tangan.
  7. Elakkan makan di luar (bungkus atau masak dirumah lebih baik)
  8. Jujur dan berikan kerjasama terbaik ketika menjalani ujian awal saringan dan pemeriksaan.
  9. Minum air secukupnya.
  10. Makan makanan berkhasiat.
  11. Jangan sebar berita palsu.
  12. Hubungi talian CPRC jika mempunyai gejala seperti demam berlarutan, batuk dan kesukaran bernafas.
Selain mematuhi langkah asas diatas, sebagai umat Islam kita disarankan untuk terus berdoa, menunaikan solat hajat dan lain-lain memohon kepada Allah SWT agar kita semua terus dilindungi dan negara kita bebas daripada ancaman wabak ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live