Berdasarkan pengalaman PKP1.0 dahulu sedikit sebanyak telah mengajar dan membuatkan kita lebih bersedia untuk sekali lagi melalui detik sukar ini. Tidak menunggu lama memikirkan nasib mereka yang terjejas, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri tampil dengan inisiatifnya tersendiri untuk membantu peniaga kecil yang terjejas susulan pengumuman PKP 3.0 berkuatkuasa hari ini hingga 14 Jun.

A post shared by Nina Sabrina Ismail Sabri (@ninaismailsabri)

Kredit Foto: IG Nina Sabrina Ismail Sabri

Menerusi perkongsian di IG Story juga status yang sama di IG Feed, Datin Nina mengambil pendekatan untuk membantu mempromosikan perniagaan khususnya peniaga kecil, instashops, restoran bahkan sesiapa sahaja yang mahu berniaga di IG Story peribadinya. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang mempunyai bisnes kecil-kecilan dan tidak mempunyai khidmat penghantaran makanan boleh daftarkan perniagaan seperti yang dinyatakan.

Kredit Foto: Google

Terbukti, dengan pengaruh dan ‘kekuatan’ yang ada di media sosial jika dimanfaatkan dengan cara yang betul pasti memberi pulangan yang jauh lebih lumayan berbanding dengan nilai wang ringgit. Bantulah dengan apa cara sekalipun selagi termampu dan terdaya mengikut keupayaan masing-masing. Moga inisiatif Datin Nina ini menjadi cetusan inspirasi buat lebih ramai individu berpengaruh di luar sana supaya tampil sama-sama membantu. Nescaya ada ganjaran lebih besar menanti buat kita dalam mendepani waktu sukar ini.