Highlights

Hari-Hari Hadap Lauk RAYA, Biskut, Kena Pula Time PKP – Nasib Kaulah Badan! Cuba TIPS Ini, Mana Tahu Berjaya.

gempak
Afiza Kamarulzaman
29/05/2020
10:31 MYT
Sponsor Banner
Hari-Hari Hadap Lauk RAYA, Biskut, Kena Pula Time PKP – Nasib Kaulah Badan! Cuba TIPS Ini, Mana Tahu Berjaya.
10 Helah dan Tips Untuk Elak Makan ‘Non Stop’
  1. Buatlah puasa enam selekasnya. Ini antara amalan terbaik untuk menggandakan pahala di bulan Syawal. Selesai enam hari puasa, mengapa tidak diteruskan dengan puasa ganti pula.
  1. Jauhkan kuih dan biskut Raya daripada dirimu. Letakkan di tempat yang susah untuk dicapai dan dilihat untuk mengurangkan gejala mengudap tanpa henti.
Kredit Foto: Google
  1. Banyakkan buah-buahan di dalam peti ais sebagai ganti kepada snek yang tidak berkhasiat tadi.
  1. Jangan simpan banyak atau lengkap stok bahan masakan di dapur yang membolehkan kamu masak apa saja yang kamu suka setiap kali teringin. Contohnya santan, kerisik, rempah-ratus dan sebagainya. Jika kamu tidak ada bahan ini, pasti kamu tidak teruskan niat untuk membuat rendang atau kari, bukan?
  1. Usirkan daripada minda bahawa bulan ini masih bulan Syawal. Nyahkan prinsip raya sebulan. Laluilah hari-hari ketika PKP ini seperti hari-hari biasa sahaja.
Kredit Foto: Google
  1. Kurangkan atau jangan ambil terus minuman bergula untuk elak kamu jadi lebih ketagih kepada air berperisa. Gantikan dengan teh hijau atau sesekali ambillah stevia atau gula tiruan. Tapi, jangan selalu ya!
  1. Selalulah timbang berat badan untuk memberi peringatan kepada diri agar sentiasa muhasabah.
  1. Elakkan melihat resipi-resipi atau ruangan masakan di media sosial bagi mengelakkan rasa teringin yang tidak terkawal itu.
  1. Minum banyak air masak setiap kali keinginan untuk makan itu datang.
  1. Jadikan satu hari dalam seminggu sebagai ‘cheat day’ atau hari untuk meraikan diri dengan membenarkan perut menikmati makanan yang digemari. Namun, bukan selalu ya, sehari sahaja. Dan, selepas itu lakukan banyak aktiviti fizikal untuk membakar kalori.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024