gaya hidup

Harta Pusaka – Usahakan Ada Harta Sendiri Kalau Tak Mahu Bertelagah Sesama Keluarga. Dah Banyak Terjadi, Beringatlah.

gempak
Huda Hussain
30/03/2021
06:07 MYT
Sponsor Banner
Harta Pusaka – Usahakan Ada Harta Sendiri Kalau Tak Mahu Bertelagah Sesama Keluarga. Dah Banyak Terjadi, Beringatlah.
Seringkali penulis terbaca di media sosial mengenai pelbagai kisah tentang perihal harta pusaka. Ya, soal harta pusaka bukan isu asing dalam mana-mana institusi kekeluargaan di negara kita. Dan kebanyakannya tidak berkesudahan dengan baik. Bukanlah seperti cerita yang punya ‘happy ending’ dipenghujungnya. Baik kelompok kayangan mahupun rakyat marhaen, perebutan dan pergaduhan tetap berlaku. Jalan ceritanya mungkin berbeza tetapi konfliknya tetap sama.
Kredit Foto: Google
Sedikit fakta mengenai harta pusaka, menurut laporan kebanyakan akhbar dan media tempatan hampir RM70 bilion nilai harta pusaka dengan majoritinya milik orang Melayu di negara ini tidak dituntut sejak merdeka hingga kini. Dan bergaduh sesama waris, kurang kesedaran juga sikap ambil mudah menjadi faktor permasalahan ini berlarutan.
Kredit Foto: Google
Apa yang dinukilkan Fuyyoopictures menerusi perkongsian di Facebook Pakar Diari Hati ada kebenarannya tentang perihal harta pusaka. Kerana realitinya ia berlaku disekeliling kita. Tulisnya: Pesan kat adik-beradik kita. Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri, beli rumah, beli tanah, beli aset. Bagi ada harta dengan nama sendiri. Jangan direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nanti. Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka, bertelagah..
Kredit Foto: Google
Tak guna...
Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yang lain ke, jangan fikir, jangan berharap.. jangan letak target yang kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak harta..
Jangan..
Sebab nanti bila tak dapat, kita mula la nak marah, nak bergaduh dan nak menuntut.. walhal ketika "harta" tu ada, bukan kita yang jaga, bukan kita yang usahakan, bukan kita yang berbakti...tup-tup bila harta tu dah tiada pemiliknya, kita nak sangat-sangat "hak" kita...
Kredit Foto: Google
Hak apa yang kita nak? Hak apa yang kita tuntut? Kita berhak ke?
Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita-cita kita...yang lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa-apa dari mereka...
Kredit Foto: Google
Ini tak, kita buat mereka seperti bola.. sekejap pass sana, sekejap pass sini.. Kita sebagai anak yang perlu bagi "sesuatu" kepada orang tua kita dan bukannya menunggu dan berebut "sesuatu" hasil penat lelah mereka.
Kalaulah kita berebut menjaga orang tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung orang tua kita kan. Tapi banyak yang jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama "harta pusaka". ‘Time’ sakit tak nak jaga, ‘time’ dah tiada datang menuntut pula.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live