gaya hidup

Hati Ibu Mana Tak Tersentuh Saat Anak Daranya Ke Tangan Orang lain – Duhai Lelaki Pegang Amanah Ini Sebaiknya.

gempak
Afiza Kamarulzaman
04/01/2021
15:00 MYT
Sponsor Banner
Hati Ibu Mana Tak Tersentuh Saat Anak Daranya Ke Tangan Orang lain – Duhai Lelaki Pegang Amanah Ini Sebaiknya.
Sesiapa yang pernah melalui detik pernikahan pasti tidak dapat melupakan detik sebak melihat riak wajah ibu di sisi. Ada ibu yang spontan akan mengalirkan air mata, ada ibu yang mungkin tidak menangis tetapi hatinya sangatlah pilu. Ada ibu yang menzahirkan dengan seribu kata-kata dan pesanan tak berhenti.
Itulah susuk yang bernama ibu, yang sentiasa menganggap anak perempuannya kekal menjadi ‘baby’nya untuk selama-lamanya. Anak perempuan pastinya menjadi anak paling rapat kepada ibunya. Dialah permata mata. Dialah pembantu di rumah. Dialah teman ke mana-mana. Dia juga pendengar setia dan tempat berkongsi apa saja.
Rumah menjadi ceria dengan adanya anak perempuannya. Jika tiada kelibat si gadis, suasana tidak sama. Terasa tidak lengkap. Apa lagi jika sampai masanya si anak perempuan disunting orang yang akan mengambilnya untuk dibawa keluar dari rumah itu. Walaupun bukan hilang terus, namun pasti berbeza selepas anaknya itu bakal bergelar isteri orang.
Kredit Foto: Google
Suami Pikullah Amanah Sebaik Mungkin
Air mata si ibu yang mengalir di hari pernikahan anak perempuannya bukanlah tangisan sedih tetapi terlalu gembira. Tidak terungkap dengan kata-kata, hanya air mata pengganti luahan hati. Melihat anak yang dulunya sebesar tapak tangan kini berdiri cantik sempurna di sisi sang suami yang bakal mengambil alih tugas menjagamu.
Untuk lelaki yang sudah bergelar suami, ingatlah baik-baik detik itu. Saat kamu mengambil si isteri daripada ibu bapanya, saat kamu membawanya pergi dari rumah tempatnya dibesarkan, ketika kamu berjanji untuk menjaga amanah orang tua itu, maka janganlah kamu sia-siakan anak perempuan mereka yang kini bergelar isterimu.
Amanah itu sangatlah besar. Jika sudah ibu bapanya berjaya membesarkannya dengan begitu baik dan sempurna, maka janganlah kamu khianati pengorbanan itu. Jangan disakiti buah hati mereka. Jangan dikasari jantung hati mereka. Jangan sesekali kamu sia-siakan puteri yang menjadi kebanggan mereka selama ini.
Kredit Foto: Google
Anak Perempuan Jangan Lupakan Ibu Ya
Dan, buat si anak gadis yang disayangi ibu, ingat selalu wajahmu itu pada ketika kamu dinikahkan. Betapa dia berkorban perasaan demi melihat kebahagiaan anaknya. Hati ibu sebenarnya gembira dalam gusar. Gusar memikirkan adakah anaknya akan kekal bahagia bersama pasangannya nanti?
Adakah ibu mentua mampu menyayangi anaknya sama seperti dia menyangi kamu? Hati ibu juga tertanya-tanya mampukah kamu memikul tanggungjawab sebagai isteri? Oh, begitu banyak yang difikirkan si ibu saat melepaskan tanganmu untuk diserahkan kepada lelaki lain dan keluarga yang baru.
Ya, benar apabila isteri sudah memiliki suami, fokus dan matlamat utama hidup pastinya harus kepada suami. Namun, jangan pula melupakan si ibu ya. Sebolehnya, berilah ibu rasa seperti anak perempuannya sama seperti dulu juga walau sudah menjadi milik orang. Jangan berubah terus sehingga buat hati ibu tercuit.
Apa pun, sama-samalah berdoa agar pernambahan ahli keluarga mengharmoikan lagi hubungan yang terjalin. Buat ibu rasa seperti memiliki penambahan anak lagi dan bukan kehilangan. Pandai-pandailah seimbangkan kasih-sayang dan perhatian untuk semua pihak. Ya, tidak mudah tetapi ia sangat indah jika berjaya diamalkan.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live