Hati-hati ke Bazar Ramadan Kalau Kilat & Petir! — Buat 10 Benda Ini Supaya TIDAK dipanah Petir
Public Anonymous User
01/06/2018 22:00 MYT
01/06/2018 22:00 MYT
Oleh: Norhaizan Ahmad
NAMPAKNYA sudah beberapa hari dalam bulan Ramadan ini menyaksikan hujan lebat dan ribut petir melanda. Paling berisiko adalah orang ramai yang berdedai-dedai berjalan di kawasan terbuka kerana mengejarkan bazar Ramadan.
Awas! Bukan kita tidak pernah mendengar banyak kes orang meninggal dunia kerana disambar petir. Berhati-hatilah kerana kilat walaupun nun jauh di langit, ia boleh membunuh dalam sekelip mata.
Memahami Aktiviti Kilat
Info 1: Buat pengetahuan InTrenders, pancaran kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.
Info 2: Anda digalakkan mengambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku iaitu dengan mengetahui jarak kilat dari anda. Jarak kilat dikira menggunakan Teknik ‘Flash to Bang’ atau ‘Kilat ke Guruh’.
Cara pengiraan:
- Jarak antara panahan kilat dan guruh selama 5 saat – bererti kilat berada sekitar 1.6 kilometer dari kedudukan anda.
- Jarak antara panahan kilat dan guruh selama 10 saat – bererti kilat berada sekitar 3.2 kilometer dari kedudukan anda.
- Jarak antara panahan kilat dan guruh selama 20 saat – bererti kilat berada sekitar 6.4 kilometer dari kedudukan anda.
- Jarak antara panahan kilat dan guruh selama 30 saat – bererti kilat berada sekitar 9.6 kilometer dari kedudukan anda.
Sekiranya InTrenders Berada di Luar Rumah, Apa yang Patut Anda Buat?
TIPS 1
Apabila melihat awan mulai gelap, hentikan semua aktiviti luar dan segera cari tempat perlindungan seperti di bangunan yang besar dan kukuh. Ingat! Kilat tidak semestinya diiringi hujan, malah boleh memanah anda walaupun jaraknya lebih 10 kilometer. Jadi, janganlah terhegeh-hegeh mencari tempat perlindungan meskipun hari belum hujan.
TIPS 2
Jika tiada tempat berlindung berdekatan anda, elakkan daripada berada di tempat tinggi seperti di atas bukit. Sebaliknya cuba cari perlindungan di tempat yang rendah seperti bersembunyi di dalam longkang yang kering.
Tips 3
Elakkan menggunakan payung ketika adanya panahan kilat kerana kaki payung selalunya diperbuat daripada logam.
TIPS 4
Sekiranya hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika anda terkena panahan kilat.
TIPS 5
Segera duduk dalam keadaan mencangkung dengan kedua-dua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan apabila kilat memancar di ruang angkasa.
TIPS 6
Elakkan daripada menyentuh objek besi seperti pagar dan tiang.
TIPS 7
Jika boleh elakkan daripada berlindung di bawah pokok, khemah atau gerai makanan di tepi jalan.
Jika InTrenders Berada di Dalam Rumah, Apa Perlu Anda Buat?
TIPS 8
Elakkan daripada menyentuh peralatan elektrik dan tanggalkan plug dari soket jika perlu.
TIPS 9
Elakkan daripada menggunakan telefon rumah atau pejabat. Gunakan telefon bimbit jika perlu sahaja.
TIPS 10
Jauhi balkoni, pintu, tingkap, dinding atau tiang yang menghadap luar rumah.
TIPS 11
Elakkan daripada berada di dalam bilik air atau berhampiran dengan paip air yang dibuat daripada besi.
TIPS 12
Pastikan anda berada di dalam rumah/tempat perlindungan untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit selepas guruh yang terakhir kedengaran. Anda perlu ingat bahawa kilat masih lagi menyambar walaupun hujan telah berhenti.