Highlights

Hati-Hati Memilih KAWAN – Berkawanlah Yang Mampu Membawamu Ke Jalan Lurus, Bukan Yang Berpura-Pura.

gempak
Afiza Kamarulzaman
03/11/2020
15:18 MYT
Sponsor Banner
Hati-Hati Memilih KAWAN – Berkawanlah Yang Mampu Membawamu Ke Jalan Lurus, Bukan Yang Berpura-Pura.
Berapa ramai antara kita hancur masa depan dan kehidupan dek tersalah memilih kawan? Walau ada yang kata kawan itu individu yang tidak berapa penting dalam kehidupan, nyatanya inilah individu yang akan memberi banyak efek dalam kehidupan kita. Jadi, hari-hatilah memilih kawan.
Ibu bapa yang punya anak remaja juga harus lebih peka dan prihatin dengan siapa kawan anak-anak itu? Dalam usia masih muda, banyak perkara yang ingin mereka nikmati bersama teman-teman ‘sekepala’. Jadi, kawanlah yang menjadi penentu ke arah mana yang akan mereka dibawa kelak.
Kredit Foto: Google
Tidak Salah Untuk ‘Sombong’ Dengan Kawan Tak Berjenis
Ya, demi keselamatan hidupmu, tidak salah untuk bersikap ‘sombong’ atau memilih kawan jika ternyata seseorang kawan itu terlihat akan memandu kamu ke arah yang tidak baik. Ada yang kata, “Saya kawan je tapi tak ikut dia...” Siapalah kita untuk menentukan kekuatan kita sampai ke tahap mana? Iman pun masih setipis kulit bawang.
Jadi, sebelum melangkah lebih jauh, ada baiknya memilih jalan selamat dengan meninggalkan kawan yang mungkin membawa mudarat. Justeru, ada orang yang selalu kata dia tidak punya ramai kawan. Keluarga terdekat sajalah kawan-kawannya. Bukan tidak boleh langsung berkawan, sekali lagi diingatkan, pandai-pandailah ‘menapis’.
Kawan Yang Baik Itu Adalah...
  • Kawan yang sentiasa memberi nasihat dan kata-kata hikmah untuk membentuk keperibadian sahabat yang lebih baik.
  • Menegur dengan kelembutan tanpa membuka aib kawan itu sendiri.
  • Sentiasa mengajak kepada aktiviti dan perkara yang baik dan positif seperti ke kelas agama, berniaga yang halal dan lain-lainnya.
  • Tidak menyakiti hati kawan dengan kata-kata yang pedas dan sindir-menyindir, sama ada secara terus atau di media sosial.
  • Apabila dia berjaya, dia mahu membawa kawannya itu sama-sama menikmati kejayaan yang sama.
  • Berterus-terang jika ada perkara tidak betul yang dilakukan olehmu, tanpa melaporkan kepada orang lain.
  • Menerima kelemahan dan kelebihanmu.
  • Mendoakan tanpa pengetahuanmu.
  • Sentiasa menarikmu daripada melakukan kemungkaran dan sesekali tidak akan bersikap hipokrit di hadapanmu.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live