Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hidup Ini Jangan Suka Meminta-Minta, NABI Larang ! Selagi Ada Daya, Usaha dan Berbelanja Seadanya.

Afiza Kamarulzaman
21/10/2020 10:50 MYT


Baru-baru ini tular kisah seorang warganet yang katanya mengidap kanser paru-paru tahap empat menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube untuk meraih sumbangan, derma dan hadiah. Perilaku kotor hamba Allah ini yang sudah bertahun-tahun akhirnya dibongkarkan oleh pengguna Facebook dan doktor yang kurang senang dengan cara beliau mendapatkan bantuan orang ramai.


Beliau tidak hanya menggunakan gambar beliau yang memakai alat bantuan oksigen (diragui), malah turut kerap memuat naik status meraih simpati dengan pelbagai permintaan ‘kayangan’yang turut diselitkan hadis-hadis agama. Yang lebih jelit lagi, setiap muat naik itu akan turut diakhiri dengan nombor akaunnya.


Jika duit sumbangan digunakan memang untuk keperluan perubatan tidak mengapa, sebaliknya laporan yang dibuat oleh jiran-jiran terdekat dan kawan-kawannya mendapati dia, suami dan keluarganya hidup bermewah-mewah dengan hasil sumbangan orang ramai seperti mengubah suai rumah, membeli beberapa kenderaan dan pergi bercuti.


Ini antara sekelumit kisah mereka yang suka mengambil kesempatan atas sikap murah hati orang kita. Di luar sana, ada banyak lagi cerita-cerita manusia yang seperti beliau ini yang kadang-kadang kita rasakan seperti mustahil berlaku. Hakikatnya, benar-benar berlaku dan wujud di sekeliling kita.



Kredit Foto: Google


Belum lagi dirungkai sindiket yang menggunakan kanak-kanak atau orang kurang upaya untuk meminta sedekah. Tidak kurang juga ibu bapa sendiri yang sanggup ‘memperalatkan’ anak-anak yang sedang sakit atau cacat dengan mengheret mereka ke jalanan semata-mata mahu menagih simpati dan derma.


Ada yang kata, “Tak apalah, berikan saja. Itu antara dia dengan Tuhan.” Betul. Namun, dek ‘ketidak-apaan’ itulah yang membanyakkan lagi golongan seperti ini untuk meraih wang sebegitu mudah lalu memperalatkan mereka yang tidak berupaya. Dan kerana mereka juga, menyekat rezeki orang lain yang lebih layak untuk menerima sumbangan itu.


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Seseorang yang sentiasa meminta-minta kepada orang lain sehingga ia akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan tidak ada sepotong daging pun di wajahnya“. (Shohih. HR. Bukhari no. 1474, dan Muslim no. 1040 ).



Kredit Foto: Google


Mengemis/Sumbangan Yang Dibolehkan:


Kredit Foto: Google


#Bantuan #Meminta-minta #Mengemis
;