Read

‘Hot’ Atau Tidak? Dyson Cyclone V10™ - Cara Baru Bersihkan Rumah

gempak
Public Anonymous User
16/01/2019
06:51 MYT
Sponsor Banner
‘Hot’ Atau Tidak? Dyson Cyclone V10™ - Cara Baru Bersihkan Rumah
Oleh: Norhaizan Ahmad

Kredit foto: Dyson

Dyson Cyclone™ V10 adalah pembersih hampagas yang serba canggih dengan rupa ikonik dan tanpa wayar, namun adakah ia cukup berkuasa untuk mengenyahkan segala habuk dan kotoran? Timbalan Editor InTrend mencuba ‘kehebatan’ pembersih hampagas ini, jom kita lihat hasilnya!

Kredit foto: Set Dyson Cyclone™ V10 dilengkapi dengan muncung penyambung (combination nozzle), crevice tool, direct-drive cleaner head, docking station, berus debu (dusting brush), alat mini bermotor (mini motorized tool), kepala pembersih roller (soft roller cleaner head).

Apa yang anda PALING BENCI apabila kena vakum lantai rumah?
1. Bunyi bising. Mengganggu ketenteraman.
2. Perlu mengelakkan kord kuasa (wayar yang bersambung ke plug).
3. Vakum tidak dapat capai ke sudut yang sempit.
4. Perlu mengherat mesin yang besar dan berat ke seluruh ruang di rumah anda.
5. Mendapati tangan anda kotor ketika membersihkan bekas debu pada vakum.
6. Mendapati lantai masih berdebu meskipun baru sahaja divakum.
Beberapa foto menunjukkan keadaan rumah saya…
Sebagai wanita bekerjaya saya sememangnya tidak gemar apabila perlu vakum rumah setiap hari ataupun sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Kenapa perlu vakum rumah sekerap itu?
Disebabkan kualiti udara yang semakin merosot maka lebih banyak habuk dan kotoran yang terhasil sekali gus menjadikan perabot dan lantai rumah cepat kelihatan kotor.
Bila nak vakum rumah pula, saya perlukan masa yang cukup untuk melakukannya barulah tugas dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sebaik tiba di rumah usai tugas di pejabat, hari dah gelap jadi agak tergesa-gesa jika saya mahu vakum lantai dan sebagainya.
Yang kedua, apabila badan letih selepas waktu bekerja, saya tidak larat untuk memegang ‘mesin yang besar dan berat’ semata-mata mahu membersihkan habuk dan kotoran.
Namun tugas membersihkan rumah perlu dilakukan saban hari. Kerana hamparan permaidani di rumah saya paling banyak memerangkap habuk dan kotoran. Begitu juga dengan deretan buku-buku yang disusun di rak turut menjadi tempat habuk bertenggek.
Terdapat butir-butir nasi dan sisa makanan bersaiz kecil yang terselit di celah kerusi makan. Sofa juga antara yang banyak memerangkap kotoran selain kipas siling.
Kenapa saya jatuh cinta dengan Dyson Cyclone™ V10?
Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang menggunakan Dyson Cyclone™ V10 kerana pembersih hampagas tanpa wayar ini kelihatan bergaya apabila digunakan. Rekaannya yang ringkas bagaikan lengan robot dilengkapi dengan teras turbin futuristik – Cyclone V10.
Setiap kali mahu vakum rumah, saya tidak perlu trauma berurusan dengan wayar yang berselirat atau perlu mencari sumber kuasa semasa membersihkan dari satu bilik ke bilik yang lain. Mudah bukan?
Berat Dyson Cyclone™ V10 hanya 2.68 kilogram maka tidak terasa penat walaupun memegangnya selama 10 hingga 20 minit. Kalau nak vakum rumah selepas pulang kerja juga tiada masalah. Memang ringan!
Justeru, ia sesuai digunakan untuk semua peringkat umur – emak ayah yang dah masuk kategori warga emas ataupun anak kecil saya juga boleh melakukan tugas membersihkan rumah dengan mudah.
Paling menarik kerana ia turut dilengkapi dengan bekas pengumpul habuk lut sinar, maka anda boleh melihat kotoran dan debu yang disedut oleh pembersih hampagas ini.
Jika anda kecewa dengan kuasa sedutan pembersih hampagas tanpa wayar yang terdahulu, Dyson Cyclone™ V10 adalah pilihan paling tepat yang patut dicuba. Malah, Dyson yakin bahawa vakum tanpa wayar ini menawarkan kecekapan yang sama (jika tidak lebih baik) berbanding dengan vakum jenama lain yang ada di pasaran.
Justeru, Dyson menghentikan sepenuhnya pengeluaran vakum bersaiz penuh kerana yakin mesin yang baik bermula dengan motor yang cekap. Dyson Cyclone™ V10 mempunyai motor seramik yang lebih kecil dan ringan iaitu 20 peratus lebih berkuasa berbanding model terdahulu (V8), tetapi beratnya separuh daripada motor digital V8.
Ia berputar sehingga 125,000 rpm atau lebih daripada 2,000 revolutions per saat! Itulah yang menyebabkan kekuasaan sedutan yang luar biasa.
Ia bukan sahaja membersihkan permukaan lantai, malah membantu membersihkan udara! Alergen dan bakteria akan kekal berada pada mesin ini. Terima kasih kepada penapis pra dan pasca motor kerana dikatakan mampu memerangkap sehingga 99.97 peratus debu mikroskopik.
Penapis mampu memerangkap habuk mikroskopik sekecil 0.3 mikron, jadi anda boleh yakin bahawa anda tidak akan menyedut zarah halus ketika membersihkan rumah.

Dengan harga RM2,999 seunit, Dyson Cyclone™ V10 adalah pelaburan yang sangat berbaloi! Ketika membuka kotak pembersih hampagas ini, saya teruja melihat pelbagai cleaner heads dan berus yang membuktikan jenama ini benar-benar komited dan memahami kehendak surirumah mahupun wanita bekerjaya mengenai banyaknya ruang di rumah atau pejabat yang perlu dibersihkan dengan menggunakan vakum yang mudah dikendalikan (bebas wayar), serta menyediakan muncung sedutan yang kecil untuk sampai ke sudut yang sempit.
Pesanan penting! Anda perlu mengecaj Dyson Cyclone™ V10 selama tiga hingga empat jam sebelum menggunakannya untuk kali pertama. Sebaik sahaja selesai, bateri memberikan sehingga 60 minit masa (pada tetapan kuasa rendah) untuk ‘bekerja’.
Terdapat TIGA tetapan kuasa – tetapan rendah menawarkan kuasa yang mencukupi untuk menyedut habuk dan rambut di lantai dengan mudah. Pilih tetapan kuasa lebih tinggi apabila masuk ke sudut-sudut yang mendalam ruang yang sukar dijangkau.
Saya turut kagum dengan jumlah kotoran yang berjaya disedut oleh Cyclone™ V10! Ia begitu memuaskan sekali gus menjadikan tugas membersih rumah bertambah mudah. Saya berikan 9.5 daripada 10 kepada Dyson Cyclone™ V10 kerana ia betul-betul penyedut hampagas yang sempurna setakat ini!
Yes, Dyson Cyclone™ V10 memang awesome and hot!

Kredit foto: Dyson

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024