Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hubungan Intim Semakin Hambar Dan Membosankan? Pulihkannya Sebelum Terlambat! Boleh Ikhtiar Cara Ini.

Huda Hussain
25/06/2020 13:15 MYT
Dari segi psikoterapi, hubungan intim antara suami isteri berupaya menentukan sama ada pasangan tersebut benar-benar mengecap bahagia atau sebaliknya. Dan bagi mereka yang sudah lama mendirikan rumahtangga, pasti ada masanya mula berasa bosan ataupun bersikap malas untuk melakukan hubungan intim. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan banyak masalah yang berlaku dalam hubungan suami isteri antaranya berpunca daripada isu di atas katil yang tidak diselesaikan dengan baik.

Justeru, kembalikan mood segar dan bertenaga dalam hubungan intim kalian antaranya dengan melakukan ransangan dan teknik cumbuan.Cumbu rayu sebelum bersetubuh adalah suatu usaha membangkitkan nafsu berahi wanita agar bersiap sedia untuk mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh. Kenikmatan itu dapat dicapai oleh suami isteri apabila nafsu berahi keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan langkah seterusnya. Hendaklah diingat bahawa seksual wanita adalah sangat dalam dan lebih luas daripada lelaki. Dapat dikatakan seluruh tubuh wanita merupakan sasaran seksual iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.


Kredit Foto: Google

Kenali Daerah Rangsangan

Jadi daerah-daerah erogen (bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada rangsangan) wanita sangat luas tersebar di seluruh tubuh, bibir, tengkuk, daun telinga, buah dada, leher dan masih banyak lagi yang luar biasa perasanya, semua mudah dirangsang. Oleh kerana letaknya yang tersebar dan kompleks, maka nafsu berahi wanita lambat timbul sehingga ia perlu dibangunkan lebih dahulu sebelum senggama (bersetubuh).

Berbeza dengan lelaki, maka daerah erogennya terbatas pada beberapa tempat tertentu sahaja. Oleh sebab itu seseorang lelaki lebih mudah naik nafsu berahinya terutama melalui pandangan matanya. Keberahiannya cepat sekali terangsang apabila matanya melihat kecantikan bahagian-bahagian wanita yang biasanya tertutup. Rangsangan inilah yang menyebabkan penisnya (alat kelamin lelaki) menjadi tegang.

Oleh kerana terdapatnya perbezaan tabiat seksual antara lelaki lelaki dan wanita, maka seorang suami sebelum bersetubuh hendaklah bercumbu rayu. Pertama lakukanlah rayuan dengan kata-kata manis dan mesra, memuji kecantikannya, kemulusan tubuhnya, kata-kata yang menawan hati dan yang sebagainya. Kesemua ini bertujuan untuk mengusik rohaninya agar ghairah untuk melakukan persetubuhan. Setelah rohaninya tergugah kemudian eloklah disusuli dengan usikan fizikal jasmani seperti bercium-ciuman, beraba-rabaan terhadap bahagian-bahagian tubuhnya, serta menggosok-gosok badannya.


Kredit Foto: Google


Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan mengenai aspek “cumbu-rayu” ini, sebagaimana tersirat dalam sabdanya yang berikut:
“Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti laku binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan. Dikatakan:`Apakah perantaraan itu, wahai Rasulullah?’ Maka Baginda bersabda: (iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan.” (Hadis riwayat Ad Dailami)

Lebih tegas lagi Rasulullah s.a.w. melarang umatnya melakukan persetubuhan tanpa didahului dengan permainan asmara. Sebagaimana tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah. Erti hadisnya adalah “Rasulullah melarang persetubuhan sebelum (dilakukan) cumbu-rayu”.
Seorang suami haruslah mengetahui bahagian-bahagian tubuh wanita yang erogen, iaitu yang berikut:

1. Daerah kening
2. Bahagian pelupuk mata
3. Hidung
4. Pipi dan sekitarnya
5. Bahagian tengkuk
6. Bahagian leher
7. Daun dan belakang telinga
8. Payudara terutamanya puting
9. Bibir dan lidah
10. Bahagian dalam mulut
11. Peha dan sekitarnya
12. Ketiak
13. Bahagian perut terutama sekitar pusat
14. Bahagian kemaluan dan bahagian dalam faraj
15. Bahagian tumit


Kredit Foto: Google

Bahagian-bahagian ini merupakan daerah-daerah erotis yang harus dijadikan perhatian semasa merangsang, sama ada dibelai, dicium atau digosok-gosokkan secara lembut dan mesra. Di sinilah sangat diperlukan kepekaan seorang suami untuk membangkitkan rasa erotis dari isteri sehingga stimulus yang diingini.

Benarlah kata Marie Stopes bahawa untuk membangkitkan nafsu berahi wanita dengan sempurna maka lelaki harus membangunkan seluruh badan dan nyawanya. Dan ini memang penting sekali kerana membangkitkan nafsu berahi wanita sampai ke peringkat yang tinggi sebelum disetubuhi adalah keperluan setiap wanita.

Begitulah pentingnya cumbuan serta rayuan setiap kali sebelum bersetubuh. Hendaklah ingat dalam merayu, perlu meghindari perilaku yang berlebih-lebihan dan tidak senonoh. Di zaman sekarang banyak berlaku cara-cara stimulasi yang melampaui batas hasil pengaruh budaya orang barat. Hal ini keterlaluan kerana ia sama seperti perilaku binatang yang tak patut diikuti oleh setiap insan yang bermoral.


Kredit Foto: Google

Daripada Perspektif Islam

Tambahan pula menjilat alat kelamin sedang dalam keadaan telanjang bulat ketika bersetubuh merupakan perilaku yang kurang sopan dan Rasulullah s.a.w. tidak menganjurkannnya sebagaimana sabdanya: “Apabila seseorang menggauli isterinya maka hendaklah ia berselimut dan janganlah ia bertelanjang sebagainya telanjangnya dua ekor unta”.

Mengapa Rasulullah s.a.w. menganjurkan sedemikian? Oleh kerana hal sebegini merupakan hak kewajipan suami isteri yang telah diikat dengan tali perkahwinan. Ia bertindak untuk membezakan di antara manusia dan binatang. Ia patut dilakukan di tempat tertutup dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa kecuali diri kita sendiri.

Hendaklah diingat bahawa setiap manusia selalu diiringi oleh malaikat. Tidak pernah malaikat yang ditugaskan meniringi kita berpisah sedetik pun. Maka sewaktu kita bersetubuh dalam keadaan telanjang, tidakkah malaikat merasa malu? Kita sepatutnya menghormati mereka juga.Oleh itu kita patut menutup badan sewaktu berkeadaan telanjang di antara suami-isteri.

Sabda Rasulullah s.a.w “Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya bersama kalian adalah para malaikat yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali ketika di dalam bilik air dan sewaktu lelaki menggauli isterinya. Oleh itu malulah kalian pada mereka (malaikat) dan dan hormatilah mereka”. (Hadis riwayat Tirmizi).
#Suami Isteri #Hubungan Intim
;