Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“I Berlakon Dengan Sathiya, Ebby Yus. Takkan Dia Nak Jealous? Dia Memang Suruh Buat Lawak Aje,” Shiera

Huda Hussain
02/06/2021 06:24 MYT
Semasa Radin tunjukkan semula playback telefilem Mat Despatch Raya Sakan (2015) maka bermulalah siri mengimbas kembali detik penceburan pasangan suami isteri ini dalam dunia lakonan. “Saya mula berlakon ekstra Selubong,” ujar Shiera memulakan cerita. Dan apabila ditanya Radin bila Ijoy mula berlakon, sepantas kilat Shiera bangun dari duduknya lalu mengambil bingkai foto yang memaparkan Ijoy berjubah putih, berserban sambil berlatar belakangkan Kaabah, “Kalau akak cerita saya memang kena fikir dua tiga kali bang,” ulas Radin yang pada mulanya meragui kebenaran cerita Shiera. Tokok adik kepada Sharifah Haslinda ini, Ijoy ketika mulanya pernah membintangi filem antarabangsa yang menampilkan barisan pelakon dari Arab Saudi dan Jepun. Fuh, international!



'Shira Nak Kerja Sampai Mati'
Artikel pertama yang “Orang dulu, berlakon jadi artis lepas tu terus hilang. Dulu berlakon dapat pula dengan orang berpangkat besar, tinggi. Jadi selesa. Dan sekarang ni ramai orang istiqamah. Haa… betullah tu. Sampai sekarang aku kerja lagi. Masih disini,” ngomel Shira saat Radin bertanya apakah dia masih mengingati petikan artikel ini yang menampilkannya dengan penyanyi Jeslina Hashim terbitan 2002.

'Shahira & Ijoy Rancang Ke Austalia'
“Waktu ni memang akak abang macam k pop lah” ulas Radin memberi bayangan artikel seterusnya. “Mak aii,” tutur Ijoy singkat semasa bingkai artikel ini beralih tangan. “Eh kenapa kita tak ambil spek kita dua-dua ekor dah tak nampak ni. Kau tak nak mengaku eh, kau nak baca biasa,” leter Shiera pada suaminya diselangi dengan ketawa semuanya.

Dan apabila ditanya Radin bila detik perkenalan mereka sama ada bermula selepas drama bersiri Mat Despatch atau bagaimana, mulanya Shiera membuka mulut mahu berkongsi cerita. “Baru lepas, sebab masing-masing ada hal masing-masing. Kau cerita lah asyik aku je,” tutur Shiera spontan sambil menolak lengan suaminya disisi. “Bahagian sejarah bagi dia. Kita dah delete dah” jawab Ijoy selamba.



Sambil mengimbas permulaan drama bersiri Mat Despatch yang ditayangkan pada 1995 ketika itu cuba mengundang Shiera untuk turut serta. Tetapi dek kesibukan dan pertindihan jadual kerjanya, Shiera tidak dapat menyertai barisan pelakon asal drama ini. Sebaliknya suaminya, Ijoy, Rusdi Ramli, Melissa Saila, Sherry Merlis. Hanya pada 1998, Shiera mula berlakon dalam drama bersiri popular ini.

“Siapa suka siapa pada mulanya ni?” usik Radin mahu menyelami kisah percintaan mereka. Sambil menunjukkan jari ke arah Ijoy, Shiera berkata “Dia-dia. Tapi masa tu kita ada boyfriend. Crush tapi tak bermakna kita dah suka lepas tu,” ulas Shiera. “Aku pulak mula-mula crash bukan crush lagi dah,” jawab Ijoy dan bergegak gempitalah semua tertawa.

‘Shahira Tetap Setia Dengan Ijoy’
“Insya Allah setialah macam mana pun,” jawab Shiera ringkas semasa melihat paparan artikel yang merakamkan fotonya berbaju nikah. Mendirikan rumahtangga pada 2003, Radin cuba mencungkil rahsia pasangan ini kekal bertahan hingga hari ini. “Mestilah ada cabaran, dugaan. Macam mana handle benda tu?” soal Radin penuh minat. “I shooting berlakon dengan Sathiya, Ebby Yus. Dia nak jealous apa? Dia memang suruh masuk buat lawak aje. Kalau berlakon dengan Remy Ishak ke dia tanyalah berapa lama ni?” jelas Shiera lagi. “Kalau abang shooting dengan heroin-heorin cantik, yang hot. Macam mana akak handle?” tanya Radin lagi. “Kita jangan ambil tahu. Yang dia buat tu, biar dia yang menjawab.” Jelasnya singkat.



‘Tidak Boleh Cuti Panjang’
“Saya kalau lepas beranak Radin tak habis dalam 44 hari pun. Hari ke 26 dah kerja. Kita kan tak ada gaji. Kalau ada kerja, rasa sihat aje pergilah. Mak mentua tanya dia pergi mana? Tapi menyorok-nyoroklah. Bila dah siap kerja balik buang makeup pakai bengkung. Nasib baik tak basah, yalah susu tu kan? Tapi cepat-cepat kita buat kerja sebab nak balik anak nak menyusu. Waktu tu bukan shooting tapi emcee. Yang last pun beranak umur 41-42 dia hantar pergi kerja naik motor.” Hurai Shiera panjang lebar.

Begitulah resam hidup. Yang kelihatan pada pandangan mata kita tampak lucu, senang dan menghiburkan. Tetapi sebagai artis dan manusia biasa, Shiera dan Ijoy juga tidak pernah terlepas daripada melalui detik sukar, struggle dan survival untuk meneruskan hidup.

“Walaupun susah, kami anggap senang sebab ada orang lain yang lebih susah. Tapi kalau naik motor ke, hujan ke kita orang gelak-gelak aje. Janji jangan ada malapetaka lah lalu. Kita bersyukur aje,” terang Shiera bersungguh.

Dan apabila ditanya Radin kalau bergaduh siapa yang akan beralah meminta maaf. “Dia mana pernah minta maaf. Raya ajelah,” jawab Ijoy selamba. “I susah nak dramalah. Kalau baik tu kira minta maaflah,” dan Radin hanya mampu tertawa saja. Mungkin resipi sederhana dan penuh dengan ceria juga gelak tawa yang mengikat perhubungan mereka suami isteri kekal bahagia hingga hari ini. Saksikan malam ini jam 9 malam untuk saksikan lebih banyak momen gelak tawa bersama Shiera dan Ijoy dalam Media Hiburan Throwback di Astro Prima.





#Astro Prima #Sharifah Shahirah #Ijoy #Media Hiburan Throwback
;