Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ibu Bapa Buntu, Anak Tak Mahir Tulis Karangan Bahasa Inggeris UPSR — Ini RAHSIA Cemerlang, Minta Anak Amalkan

Public Anonymous User
04/12/2018 13:05 MYT

Oleh: Rosie Haslinda Nasir

DUA tahun dulu, saya menerima saranan kekanda saya supaya cuba sedaya-upaya menghantar anakanda saya, Rania Adlina — belajar di Pusat Tuisyen Idea Unggul (PTIU). Saya tinggal jauh dari Kajang. Jadi dua tahun kami berulang-alik setiap pagi Ahad. Ada masa saya rasa mengalah juga dan berfikir, mengapa saya perlu hantar jauh-jauh? Sedangkan pusat tuisyen ada merata-rata di sekeliling rumah kami (Bandar Nusaputra, dekat Putra Perdana). Tetapi dua anak saudara saya yang terlebih dahulu berguru di PTIU, berkongsi maklum balas positif. Seorang pernah menyertai kelas UPSR, seorang lagi pernah memasuki kelas intensif persediaan SPM untuk murid Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

A post shared by ?RANIA ADLINA (@rania.mermaidiagirl) on

A post shared by ?RANIA ADLINA (@rania.mermaidiagirl) on

A post shared by ?RANIA ADLINA (@rania.mermaidiagirl) on

Jadi ya, dua tahun kami berulang-alik. Dua tahun itu juga Allah SWT izinkan, ada ganjarannya.

A post shared by ?RANIA ADLINA (@rania.mermaidiagirl) on

Terima kasih tidak terhingga kepada cikgu-cikgu PTIU yang terlibat dalam proses pembelajaran anak saya — Cikgu Mohd Danial (Bahasa Inggeris), Cikgu Walida (Matematik), Cikgu Izzati (Sains) dan Cikgu Saidatul (Bahasa Malaysia). Cikgu-cikgu ini semuanya sangat baik, positif, ada rentak dan teknik tersendiri apabila mengajar, ada pendekatan peribadi yang terancang, bahkan fokus kepada anak didik.

A post shared by ?RANIA ADLINA (@rania.mermaidiagirl) on

Setiap kali mengambil anak dari kelas Ahad, saya bertanya kepada anak, "Bagaimana dengan kelas Yaya? Biasa-biasa, bagus... atau luar biasa?"

Rania pasti menjawab, “It was GRRRREEEAAATTTT, mama!”

Apabila dengar dia menjawab begitu, saya gembira. Rasa penat macam terbayar. Saya tahu saya tidak salah pilih. Ya, syukur Allah SWT membuka jalan untuk saya kenal dan tahu PTIU.

Barisan tenaga pengajar PTIU.

Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu PTIU terdahulu untuk kelas 2017, juga kepada Cikgu Fauzi, penyusun strategi yang merencana agenda besar anak-anak PTIU. Rania diizinkan Allah SWT memperoleh 6A dalam Percubaan UPSR pertama dan Percubaan UPSR kedua, dan keputusan sama untuk peperiksaan sebenar UPSR. Satu lagi perkara yang membuat saya terharu, Rania tamat sekolah sebagai pelajar nombor satu keseluruhan untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2018 Sekolah Kebangsaan Cyberjaya.



UPSR Itu Jihad Kecil Anak-anak

Saya mendapat maklum balas, selain Kertas Sains dan Matematik, Kertas Penulisan Bahasa Inggeris juga menjadi antara asbab mengapa ramai anak-anak cemerlang di sekolah Rania harus reda dengan keputusan 5A atau 4A. Untuk anak-anak, janganlah bersedih. Anak-anak sudah berusaha kuat dan mencuba yang terbaik. Kalau Allah SWT kata rezeki kita sekian-sekian, kalau Allah SWT kata rezeki kita pada jeda waktu yang lain, maka kita terimalah ia dengan besar hati dan lapang dada.

Saya dan suami berpesan perkara yang sama kepada Rania: "Kalau Yaya tak dapat 6A, janganlah bersedih. Janganlah kecewa atau patah hati. Mama dan Abah sudah bersyukur dengan keputusan Percubaan UPSR Yaya. Mama dan Abah tak mahu apa-apa lagi..."

Rania diam. Saya rasa dia hadam pesanan saya itu.

Bagaimana Menanam Minat Anak Suka Menulis Karangan Bahasa Inggeris?

Saya ingin berkongsi proses latih-tubi menulis karangan untuk Kertas Penulisan Bahasa Inggeris Bahagian B dan Bahagian C yang Rania selalu buat selama ini. Ya, harapkan saya mengajarnya, pastilah menjadi cerpen Bahasa Malaysia, haha...

Apa yang akan saya lampirkan di sini adalah 25 contoh karangan pendek (Kertas Penulisan Bahasa Inggeris Bahagian B dan Bahagian C) yang Rania hasilkan secara latih tubi, hasil bimbingan dan tunjuk ajar tutor meranngkap mentornya, Teacher Nalini — yang sudah mengajar Rania subjek Matematik dan Bahasa Inggeris sejak Rania darjah dua lagi. Ya, kalau ada anak-anak yang lemah asas menulis karangan Bahasa Inggeris, mahu segera membina asas lalu menggilap kemahiran menulis karangan, saya sarankan, carilah Teacher Nalini. Terima kasih banyak, Nalini.


Teacher Nalini bersama anaknya.

Selain Teacher Nalini, Rania bertuah menerima asuhan dan bimbingan Bahasa Inggeris daripada Cikgu Hidayuwati Ahmad (semasa Darjah 5) dan yang terkini, Cikgu Nur Suraya yang sangat-sangat teliti, cermat, sabar, prihatin dan selalu sudi menyemak karangan Rania melalui WhatsApp (semasa Darjah 6). Selain tiga cikgu ini, hadir juga Sir Mohd Danial, pendidik muda yang dinamik dari PTIU, yang mengajar Rania subjek Bahasa Inggeris setiap Ahad.

Inilah Wajah Sebahagian Wira dan Wirawati Sekolah Kebangsaan Cyberjaya yang Telah Menggilap Potensi Anak-anak UPSR 2018


CIKGU SURAYA

Bersama Cikgu Suraya, guru Bahasa Inggeris Tahun 6 yang manis dan lemah-lembut. Perfectionist, rinci, teliti dan mementingkan ketepatan. Beliau banyak membantu memperkemas dan memantapkan karangan Bahasa Inggeris tulisan Rania dan kawan-kawan seangkatannya. Terima kasih Cikgu Suraya.


CIKGU KASEHMELATI

Bersama Cikgu Kasehmelati, seorang lagi wirawati, tulang belakang penting dalam kejayaan anak-anak UPSR 2018 SK Cyberjaya untuk subjek Bahasa Malaysia. Rania sendiri berguru banyak perkara daripada Cikgu Kasehmelati, terutamanya tentang teknik-teknik dan selok-belok menulis karangan Bahasa Malaysia dengan baik, mengikut skema yang telah ditetapkan. Cikgu Kasehmelati merupakan guru darjah 6 Cemerlang yang pengasih, prihatin dan senantiasa melayan anak-anak didiknya dengan hemah dan hemat. Terima kasih Cikgu Kaseh.

CIKGU HERMAN

Cikgu Herman (tiga dari kiri), guru Sains Rania yang banyak pengalaman. Individu penting yang telah membentuk minat mendalam Rania terhadap subjek Sains. Juga antara tunjang utama yang telah bersama-sama membentuk dan menggilap potensi anak-anak UPSR 2018 SK Cyberjaya. Sejak awal tahun lagi, Cikgu Herman selalu responsif, memberi maklum balas, nasihat serta panduan dengan pantas setiap kali saya menghubunginya untuk bertanyakan hal-hal berkaitan subjek Sains serta perkembangan Rania. Terima kasih Cikgu Herman.


CIKGU ZAINI

Cikgu Zaini (kiri), guru subjek Matematik Rania yang periang, kreatif, agresif dan punya pendekatan tersendiri dalam memastikan anak-anak didiknya menguasai subjek Matematik. Cikgu Noorazimah (kanan sekali), guru subjek Sains merangkap Guru Penyelaras Tahun 6 yang bertanggungjawab memastikan kelancaran semua program berkaitan pelajar UPSR 2018 SK Cyberjaya. Terima kasih Cikgu Zaini dan Cikgu Noorazimah.

25 Contoh Sebenar Karangan Bahasa Inggeris UPSR yang Boleh Anak Anda Rujuk Sebagai Panduan

Tema: Tentang rompakan di sebuah rumah

Tema: Tentang pertandingan seni lukis dan semangat kerjasama

Tema: Tentang OKU (Orang Kelainan Upaya) dan keazaman untuk berjaya dalam kehidupan

Tema: Tentang aktiviti riadah sebuah keluarga bahagia

Tema: Tentang keracunan makanan


Tema: Tentang persaraan guru dan majlis perpisahan

Tema: Tentang kes ragut dan sikap masyarakat prihatin



Tema: Tentang hobi dan persediaan untuk menyertai pertandingan

Tema: Tentang kes penculikan kanak-kanak dan langkah-langkah mengatasinya

Tema: Tentang lawatan ke Zoo Negara dan menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan



Tema: Tentang program lawatan bersama kawan-kawan sekolah dan menghargai keindahan alam semula jadi


Tema: Tentang rompakan/kejadian pecah rumah dan laporan polis



Tema: Tentang pengurusan wang secara bijak

Tema: Tentang persediaan menyertai pertandingan bercerita

Tema: Menyampaikan mesej kepada kawan

Tema: Tentang budak nakal yang mencuri dan pengajarannya


Tema: Tentang perkhemahan kumpulan pengakap


Tema: Menyelamatkan kucing/haiwan peliharaan dan sikap masyarakat prihatin


Tema: Mesej untuk memberi pandu arah ke sebuah lokasi yang ingin ditujui



Tema: Tentang kemalangan jalan raya


Tema: Tentang kasih sayang, menyelamatkan haiwan dan sikap prihatin dalam kalangan masyarakat


Tema: Tentang kemalangan jalan raya


Tema: Tentang peristiwa ditimpa hujan


Tema: Tentang budak degil yang enggan mendengar nasihat dan pengajarannya


Tema: Mesej kepada kawan baik tentang iklan minuman

Semoga perkongsian ini berguna untuk sahabat-sahabat Facebook saya yang bakal menghantar anak-anak ke dewan peperiksaan UPSR tahun 2019 nanti. Mohon maaf menulis panjang. Tetapi ini perkongsian ikhlas saya. Saya percaya ibu bapa lain juga ada cerita jatuh-bangun tersendiri. Selamat menuntut ilmu. Selamat berkongsi ilmu.

DALAM KENANGAN...

BELASUNGKAWA

Anak-anak didik taman ilmu ini telah kehilangan Ayahanda Allahyarham Guru Besar Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, Cikgu Mohd Zahari bin Mohd Noor yang kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 19 September 2018 — beberapa hari sebelum berlangsungnya peperiksaan UPSR 2018. Tiada harta dunia yang dapat membayar jasa dan amal bakti cikgu kepada anak-anak kami. Kami akan sentiasa merinduimu.

Al-Fatihah.

;