Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ibu Yang Berpantang Sendiri, Ibu HEBAT! “Buat Persiapan Awal dan Cuba ENJOY Je,” – Ini Petua Kak Laila.

Afiza Kamarulzaman
12/01/2021 13:01 MYT


Dalam zaman moden ini, kebanyakan ibu-ibu muda selepas melahirkan anak memillih atau terpaksa berpantang tanpa dibantu oleh sesiapa. Sama ada ibu sendiri, ibu mertua atau bidan. Banyak faktor yang menyebabkan mereka memilih untuk berpantang sendiri seperti faktor jarak lokasi, kengkangan masa, tidak mahu menyusahkan dan keselesaan peribadi.


Ada juga yang sudah kematian ibu atau ibu mentua, maka tiada pilihan lain selain menjalani tempoh berpantang bersama suami sahaja. Sebenarnya, ia bukanlah masalah besar yang harus dirunsingkan jika para ibu bijak mengatur masa, membuat persediaan awal dan bersikap positif dan sentiasa kuatkan hati sepanjang tempoh itu.


Laila Rahim atau mesra dipanggil Kak Laila ialah seorang Pengurus Ibu Berpantang dan Tukang Urut Profesional di Pekan Pahang. Beliau berpengalaman luas menjaga dan memberikan servis berpantang kepada ibu selepas melahirkan anak. Pelbagai situasi ibu berpantang pernah diselia beliau.


“Memang ada ibu yang tidak kuat berdepan masalah meroyan kerana tidak menjaga kesihatan dengan betul. Begitu juga tekanan mental kepada ibu yang seperti tidak disokong suami atau tidak biasa menguruskan anak kecil yang mengubah rutin harian ibu. Ada ibu yang terlalu penat sehingga bentan dan sebagainya,” Kongsi Kak Laila.




Kredit Foto: Laila Rahim


Tips dan Nasihat Berpantang Sendiri


Menurut Kak Laila, berpantang tidak semestinya kena ditemani orang seperti ibu dan sebagainya jika ibu benar-benar sudah bersedia fizikal dan mental. Ada juga ibu yang mengalami depresi ketika berpantang walaupun ditemani ibu sendiri kerana berjauhan dengan suami dan anak-anak.


“Ada juga ibu yang mengadu sangat tertekan berpantang dengan mak mentua kerana tidak selesa dan terpaksa mengikut peraturan ketat di rumah ibu mentua. Suami pula jenis tidak ambil tahu, maka makan hatilah si ibu sepanjang 44 hari itu. Akhirnya ibu mengalami kemurungan dan bayinya terabai,” Ujar Kak Laila.


Tempoh berpantang sepatutnya menjadi pengalaman terindah buat ibu selepas berjuang melahirkan anaknya. Jadi, jangan ambil mudah perasaan dan permintaan isteri. Tanyakan kepada isteri, di manakah dia selesa untuk berpantang? Jika dia mahu berpantang sendiri, suami harus hormati dan bantu apa yang patut. Jika ada duit lebih, upahlah bidan untuk membantu menjaganya.




Kredit Foto: Laila Rahim



Jika Mahu Berpantang Sendiri, Pastikan...


Kredit Foto: Laila Rahim




Amalan Berpantang Tradisi Saranan Kak Laila
  1. Mandi serum dengan daun herba
  1. Berurut
  1. Bertungku
  1. Berbarut
  1. Param pilis dan tapel
  1. Pilis
  1. Sauna~
  1. Tangas


Kredit Foto: Laila Rahim



Tentang Kak Laila
Laila Rahim sudah berkecipung dalam bidang berkaitan sejak 10 tahun lalu. Mewarisi bakat mengurut daripada Datuk dan Neneknya, namun beliau menambah ilmu dan pengetahun dengan belajar. Antara kelas dan akademi yang pernah dihadirinya ialah di ECER (kerjasama UMP Pahang, KEMAS, Fecra Training, MARA, Mama Care Pahang dan kelas-kelas personal lainnya. Laila kini menjadi tenaga pengajar sambilan di bawah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Pahang, selain mencurah ilmu bersama KEMAS, Pekan dan menjadi fasilatator untuk institusi Mama Care Pahang. Pencapaian tertingginya dalam bidang ini ialah SKM 3 Urutan Terapi dan SKM 3 SPA Terapi.

Kredit Foto: Laila Rahim
#Berpantang #Petua #Bidan
;