,
Highlights

Ingat 6 Pesanan Orang Tua Dahulu Kalau Nak Hidup Bahagia Dan Kekalkan Kasih Sayang Suami Isteri.

Huda Hussain
10/07/2020
15:10 MYT
Melayari kehidupan dan bahtera rumahtangga bukanlah semudah yang disangka. Ada masa gembira, ada ketikanya bermasam muka hingga tak bertegur sapa dan begitulah pasang surutnya. Tetapi pilihan terletak di tangan kita. Bagaimana kita mengemudi atau mencari jalan keluar daripada sesuatu masalah, terpulang kepada kebijaksanaan kita dan pasangan. Dan mengekalkan kasih sayang sesama suami isteri memerlukan kerjasama dan usaha kedua-duanya. Yalah, kalau tepuk sebelah tangan masakan berbunyi? Berikut disenaraikan petua dan pesanan orang lama bagaimana mengeratkan hubungan kasih sayang sesama suami isteri.
Pesan 1: Cerialah Selalu Lupakan seketika masalah dipejabat atau gangguan lain. Selalulah bergurau, berinteraksi dengan pasangan. Kenapa? Kalau kita selalu bergurau secara tidak langsung hidup kita bertambah ceria, penuh dengan pelbagai warna. Dengan bergurau, hati yang gundah gulana akan menjadi tenang dan lapang. Tidaklah serius memanjang.
Kredit Foto: Google
Pesan 2: Mandi Bersama Ops, ada yang tersipu malukah ketika tiba dalam huraian ini? Janganlah begitu. Apa nak dimalukan? Kaliankan sudah menjalin ikatan halal disisi agama. Makanya banyak lubuk pahala boleh dicipta bersama. Mengapa digalakkan suami isteri mandi bersama? Kerana waktu mandi bersama adalah momen untuk kita saling bersihkan diri. Dan tahukah anda dengan mandi bersama dapat mengeratkan kasih sayang kerana sama-sama membersihkan badan. Akhiri mandi dengan mengambil wudhu dan apabila masuk waktu solat, teruslah berjemaah suami isteri. Mandi bersama juga adalah salah satu sunnah Rasulullah S.A.W dalam memelihara kerukunan rumahtangga.
Pesan 3: Baca Doa Ini Saat memeluk suami atau isteri, digalakkan membaca bersama doa ini “Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman pada Allah.” Mengapa? Hal ini kerana kita sepatutnya meletakkan kebergantungan kepada Allah SWT. Mohonlah pada-Nya agar dikekalkan kasih sayang sesama suami isteri. Allah jua yang memiliki sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim, lantaran itu sentiasalah berdoa supaya kasih sayang berkekalan kasih dan sayang kita terhadap pasangan hingga hujung nyawa.
Kredit Foto: Google
Pesan 4: Selalulah Peluk Pasangan Janganlah berkira siapa yang sepatutnya mulakan dahulu. Tetapi kalau mood isteri swing, berilah masa supaya isteri cool down. Andai kena pada masa dan tempatnya, ambil peluang untuk memeluk isteri secara spontan. Pasti hati isteri berbunga sekali gus membuatkan isteri berasa lebih dihargai apabila dipeluk suami. Apabila isteri berasa diri mereka dihargai secara semula jadinya kasih sayang akan bercambah dari hati yang ikhlas. Mulalah si isteri akan melakukan semuanya dengan berlapang dada, disulami reda suami. Barulah hubungan kekal mewangi sampai bila-bila.
Pesan 5: Tidur Berbantalkan Lengan Suami Tangan suami lenguh saat isteri lelapkan mata? Bolehlah alih perlahan-lahan. Kalau dibiar hingga ke pagi, bimbang lain pula sakitnya nanti, hehehe. Apa kelebihan tidur atas lengan suami? Kalau mahu suami kasihkan isteri dan dalam masa sama isteri juga menghormati suami, bolehlah cub acara ini. Kenapa? Kata orang tua, pelukkan suami ada magis tersendiri yang mampu menerbitkan rasa kasih dan sayang. Manakala apabila kedudukan isteri dibawah bahu suami pula menterjemahkan simbolik kepada rasa hormat kepada suami.
Kredit Foto: Google
Pesan 6: Cium Tangan Suami Sementelah sudah sah disisi agama, maka rebutlah peluang untuk gandakan pahala. Bagaimana? Apabila isteri mencium tangan suami akan gugurlah dosa-dosa kecil isteri. Restu suami bukan sahaja penting dan berharga tetapi memacu kerukunan hubungan dalam rumahtangga. Selain mendapat pahala, ia juga jadi antara bekalan agar sering merindui suami terutamanya saat keluar bekerja dan tidak berjumpa dalam tempoh yang lama. Seperkara lagi, apabila isteri mencium tangan suami seraya suami pula akan mengucup dahi isteri bisa menyejukkan hati sesama sendiri. Kalau selepas akad nikah boleh buat, takkanlah pula selepas kahwin tak mahu teruskan ritual ini? Rugi tau!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tapis Pamer Kebahagiaan Di Sosial Media, Musim Artis Bercerai Buat Hati Syamel Gusar - "Kita Dah Didedahkan Dengan..."

gempak
20/10/2024
03:55 MYT
Pelantun lagu Hidup Dalam Mati itu berkata dia dan isterinya yang juga penyanyi Ernie Zakri juga pernah berdepan cabaran dalam perkahwinan sama seperti pasangan suami isteri lain.
Viral

“Sengaja Atau Tidak Sengaja, Suami Wajib Bayar Hutang Nafkah Tertunggak” - Ustaz Azhar Idrus

gempak
10/10/2024
07:25 MYT
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan hukum suami berhutang nafkah dengan isteri.
Hiburan

Elak Pengambilan Gula Berlebihan Antara Tips Rosyam Nor Kekal Sihat - “Apabila Metabolisme Badan Mula Berkurang, Saya Terpaksa…”

gempak
09/10/2024
12:55 MYT
Masih dilihat cergas dan sihat pada usia 57 tahun, pelakon Datuk Rosyam Nor berkongsi tips penjagaan kesihatan.
Viral

Usahawan Nur Amira Titip Pesanan Untuk Lelaki Berstatus Suami - “Hat Perempuan Pula Tak Payah Galak Dengan Laki Orang…”

gempak
03/10/2024
02:55 MYT
Perkongsian pempengaruh dan usahawan Nur Amira di platfrom Thread mengenai status suami dan isteri menarik perhatian netizen.
Berita

Kelab Malam Tawar Kalung GRO Cecah RM100,000 Diserbu!

gempak
29/09/2024
14:50 MYT
Sebuah kelab malam mewah menawarkan kalung tip mencecah RM100,000 kepada gadis pelayan pelanggan (GRO) menerusi penemuan Ops Gegar di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, semalam.
Unitar