MAAF cakap budak sekarang memang kurang etikanya apabila bab diminta berurusan hal-hal formal. Langsung tidak profesional dan seperti tidak bersekolah apabila menulis sesuatu atau membuka mulut untuk perkara-perkara formal.

Menerusi akaun Facebook pengusaha salun terkenal, Chez Hamdan yang sudah 10 tahun menjadi bos untuk salunnya sendiri, sudah lali dengan perangai generasi muda sekarang yang datang memohon kerja dan setelah bekerja pun ada yang buat perangai ‘tahi’.


Kredit foto: @chezhamdan




Memohon Menerusi WhatsApp

Ini sudah menjadi budaya budak sekarang, apa pun urusan dan pertanyaan dilakukan menerusi WhatsApp. Namun, bagi mempercepatkan proses dan mahu bersikap lebih berlapang dada, Chez melayan sahaja permohonan kerja budak tersebut menerusi kiriman WhatsApp.



Kredit foto: @chezhamdan




“Layankan sajalah, walaupun salam perkenalan pun tiada. Minta kerja macam nak minta hutang. Saya mudahkanlah urusan mereka. Jadi, jawablah juga menerusi WhatsApp,” kata Chez yang sudah menemuduga begitu banyak pekerja yang menagihkan pekerjaan.




Kredit foto: @chezhamdan




Tambah Chez, sebelum kiriman WhatsApp itu, kakak budak itu ada menelefonnya dengan gaya seperti memaksa supaya mengambil adiknya bekerja. Yang bestnya, dia call waktu malam! Begitulah..

Kalau kita dulu mahu memohon pekerjaan, kita akan hubungi terus ke nombor pejabat atau premis berkenaan atau terus hadirkan diri bertanyakan maklumat lanjut. Budak sekarang, suka jalan pintas, dilanggar sahaja apa juga etika.




Kredit foto: @chezhamdan





Wakilkan Kakak Pula Tu

Menariknya pula, tuan punya badan yang mahu bekerja langsung tidak berbunyi. Hanya kakaknya sahaja yang mewakili adiknya.

Apabila diminta tuan punya badan menghubungi Chez sendiri, kakaknya suruh Chez pula yang hubungi adiknya. What!!!

Sudahlah begitu, bertanyakan itu dan ini bertalu-talu tentang perkara asas. Common sense! Cara berpakaian? Tak akanlah nak datang temu duga kerja pakai t-shirt dan short pula?

Walaupun kerja yang dimahukan mungkin cuma tukang cuci rambut, apa salahnya untuk hadir saja dengan kemeja dan seluar panjang.





Kredit foto: @chezhamdan



Setelah bertanya itu dan ini satu persatu, dan menunda tarikh dan masa untuk temuduga mengikut kemahuan adiknya itu, yang menambah sakitkan hati apabila akhirnya kakak dia membatalkan temu janji yang dibuat dengan alasan tak sempat.

Tambah kakaknya lagi, “Kalau adiknya nak kerja, adiknya akan datang.” Eh, wow! Siapa nakkan siapa ni?



Kredit foto: @chezhamdan



Chez Tepuk Dahi

Kata Chez, sepatutnya sebagai seseorang yang mahu memohon kerja harus menunjukkan kegigihan dan usaha. Tidak boleh sambil-lewa dan menganggap peluang itu akan datang dua kali.

Chez sendiri tidak faham dengan ‘attitude’ budak zaman sekarang. Sangat menjengkelkan dan pada tahap ‘jahanam’.



\
Kredit foto: @chezhamdan



Bagaimana negara mahu maju jika industri kita dipenuhi dengan generasi seperti ini? Berubahlah, kalau bukan untuk negara pun, bermulalah untuk diri sendiri. Pada permulaan kerja, jangan demand yang bukan-bukan.

Tetapkan dalam minda, yang paling penting untuk menimba pengalaman. Pengalaman itu tidak mampu dijual beli.

“Saya pernah punya pekerja dari bangsa orang asli. Walaupun awalnya, dia agak pemalu dan rendah diri, tapi dia sangat rajin dan berdisiplin. Lima tahun dia bekerja dengan saya dan sekarang sudah memiliki salun sendiri.

Lihat, bagaimana kesungguhan mampu mengubah kehidupan seseorang. Dia berasal dari keluarga yang susah dan dia tahu hanya dengan kerja keras dia mampu ubah kesusahannya menjadi kejayaan.”



Kredit foto: @chezhamdan