Kebanyakan perempuan (dan mungkin segelintir lelaki) suka mengambil gambar sendiri atau dipanggil ‘selfie’. Sama ada untuk dimuatnaik di laman media sosial, atau sekadar simpanan peribadi, tak kisahlah. Janji ia memuaskan hati kita yang melihat.


Antara banyak-banyak, tempat mengambil selfie, lokasi manakah yang selalu menjadi pilihan? Yang penulis selalu tengok, kebanyakan perempuan suka selfie di dalam kereta. Kenalah agaknya ya?


5 Sebab Perempuan Suka Selfie Dalam Kereta?
  1. Lighting luar yang on point. Natural light orang kata terutamanya kalau dapat waktu sun shine memancar tepat ke atas muka, fuhh! Nur Illahi namanya.
  1. Masa keluar rumah itulah, baru kita betul-betul bersiap. Baju, tudung matching, muka pun siap ditampal mekap. Kalau di rumah, harap filter sajalah...
  1. Background yang selamat. Nampak kerusi saja okeylah, kan!
  1. Mengisi masa terluang, sambil tunggu suami atau lampu merah atau tunggu orang collect COD, apa lagi nak dibuat, kita selfie.
  1. Waktu begini juga boleh dikatakan ‘me time’ untuk para ibu. Nah, tiada gangguan anak-anak yang merengek atau tarik tudung, barulah boleh selfie dengan pelbagai aksi.


Kredit Foto: Google



Tips ‘Selfie’ Yang Menjadi