Personaliti

Ini Sebab Kenapa Perempuan Suka SELFIE Dalam Kereta? Masa Tu Lah Muka Dah Bersiap, Kan? Lighting Pun On Point!

gempak
Afiza Kamarulzaman
11/03/2021
09:16 MYT
Sponsor Banner
Ini Sebab Kenapa Perempuan Suka SELFIE Dalam Kereta? Masa Tu Lah Muka Dah Bersiap, Kan? Lighting Pun On Point!
Kebanyakan perempuan (dan mungkin segelintir lelaki) suka mengambil gambar sendiri atau dipanggil ‘selfie’. Sama ada untuk dimuatnaik di laman media sosial, atau sekadar simpanan peribadi, tak kisahlah. Janji ia memuaskan hati kita yang melihat.
Antara banyak-banyak, tempat mengambil selfie, lokasi manakah yang selalu menjadi pilihan? Yang penulis selalu tengok, kebanyakan perempuan suka selfie di dalam kereta. Kenalah agaknya ya?
5 Sebab Perempuan Suka Selfie Dalam Kereta?
  1. Lighting luar yang on point. Natural light orang kata terutamanya kalau dapat waktu sun shine memancar tepat ke atas muka, fuhh! Nur Illahi namanya.
  1. Masa keluar rumah itulah, baru kita betul-betul bersiap. Baju, tudung matching, muka pun siap ditampal mekap. Kalau di rumah, harap filter sajalah...
  1. Background yang selamat. Nampak kerusi saja okeylah, kan!
  1. Mengisi masa terluang, sambil tunggu suami atau lampu merah atau tunggu orang collect COD, apa lagi nak dibuat, kita selfie.
  1. Waktu begini juga boleh dikatakan ‘me time’ untuk para ibu. Nah, tiada gangguan anak-anak yang merengek atau tarik tudung, barulah boleh selfie dengan pelbagai aksi.
Kredit Foto: Google
Tips ‘Selfie’ Yang Menjadi
  • Pastikan angle atau sudut wajah yang tepat. Jangan main tangkap saja. Tegakkan leher dan chin up sedikit untuk elak dagu berlapik atau muka terlalu lebar. Kalau wajah tembam, ambillah dari sisi tepi sahaja. Elakkan kamera terlalu tinggi menyebabkan muka nampak pelik.
  • Pencahayaan sangat penting. Carilah port yang mencurahkan cahaya yang cukup untuk menyerlahkan lagi tangkapan selfie itu.
  • Renungan mata. Pandangan mata yang redup sayup pasti menggoda mata yang melihat. Lirikan mata ke kiri atau kanan juga memberi impak pada hasilan gambar nanti. kalau mahu merenung terus, tenunglah dengan mata mendalam.
  • Jangan sesekali benarkan bayang-bayang singgah pada tangkapanmu. Ia akan membuatkan wajah kamu nampak lebam dan menakutkan.
  • Flash? Errr... cuba elakkan kerana kebanyakan hasil gambar akan mengecewakan.
  • Senyum dengan santai dan kasual sahaja. Jangan dibuat-buat atau memaksa.
  • Yakinlah ketika melakukannya. Ala, nak malu apa? Bukan ada sesiapa pun hanya kamu dan telefonmu sahaja. Lakukannya dengan tenang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live