Jenama fesyen tempatan turut terkesan dengan pandemik Covid-19. Lantaran tempoh PKP dan PKPB yang sudah berlarutan memasuki lebih dua bulan, semua pemain industri perlu mengadaptasi dalam normal baharu. Lebih-lebih lagi ketika musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari lagi. Maka dengan itu, media sosial dan laman e-dagang jadi tumpuan dan pilihan pembeli untuk mendapatkan baju raya yang diingini.

Tidak terkecuali dengan tempias yang melanda, label fesyen tempatan yang kian mendapat tempat dihati penggemar fesyen, Hanya terus proaktif mendepani cabaran baharu ini.


Kredit Foto: Hanya


Sekilas Mengenai Serein Raya 2020

Serein merujuk kepada hujan yang turun dari langit tanpa awan. Hujan ini disifatkan berlaku dalam bentuk yang halus, gerimis dan biasanya selepas senja. Nama itu berasal dari serein Perancis, yang bermaksud tenang atau jelas. Ketenangan dan penuh harapan ini melambangkan inspirasi di sebalik Hanya Serein Raya 2020, terutama sekali mengenai apa yang telah kita hadapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Untuk koleksi kali ini, Hanya bereksperimentasi dengan sentuhan lembut renda selain subtle embellishments. Bagi rekaan bahagian bawah pula, Serein tampil dengan potongan biased cut dan ikatan pada kain sarung. Ia sekali gus memperlihatkan gaya lebih effortless selain ilusi skirt dengan sentuhan draping menonjolkan lekuk pada tubuh.

Kredit Foto: Hanya

Menampilkan seleksi warna yang in dan trendy seperti soft nudes, emerald dan jingga; buat masa ini anda boleh kunjungi Robinson, Four Seasons Kuala Lumpur untuk miliki sepasang atau mungkin dua untuk disarung pada pagi raya nanti. Semua koleksi dijual tidak melebihi RM399, si fesyenista pasti tak mahu kalah gaya dalam persalinan baju raya Serein 2020 daripada Hanya. Ingin tahu apa lagi gaya dan bagaimana mahu stailkan baju raya daripada koleksi ini? Terus ke @shophanya untuk gaya lebih versatil.