gaya hidup

Jaga Adab, Beri Salam & Azan – Amalkan Tips Ini Sebelum Masuk Bilik di Hotel, ‘Homestay’ Kalau Tak Mahu Diganggu.

gempak
Huda Hussain
15/10/2021
05:25 MYT
Sponsor Banner
Jaga Adab, Beri Salam & Azan – Amalkan Tips Ini Sebelum Masuk Bilik di Hotel, ‘Homestay’ Kalau Tak Mahu Diganggu.
Penulis percaya, selain daripada balik ke kampung, ramai yang sudah siap sedia dengan pelbagai agenda dan rencana untuk berpergian bersama keluarga. Maklum sajalah semua dah lama tak pergi bercuti. Merehatkan minda dan tubuh badan, menikmati pemandangan laut yang saujana mata memandang. Inilah waktunya untuk merebut kesempatan selagi masih ada.
Kredit Video: IG Jentik Hati
Tidak kiralah sama ada pergi menginap di hotel atau rumah inap (homestay), dalam Islam dianjurkan adab dan tatacara yang perlu dijadikan sebagai panduan dan rujukan. Seperti yang dikongsikan Ustaz Shafiq Mujahid, “Ada banyak perkara yang perlu kamu titikberatkan bila mana kamu pergi ke tempat hotel atau homestay yang lama terbiar. Sebelum masuk bilik hotel atau homestay:
  1. Beri Salam
Dengan lafaz bismillah, beri salam Assalamualaikum wa ‘ala ‘ibadillah al-Solihin.” sebagai adab dan tertib yang perlu kamu lakukan.
  1. Niat
‘Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya dalam rumah ini ada penghuni selain daripada manusia yakni bangsa jin, keluarlah kamu dahulu. Jika tidak, bacaan azan ini akan menjadi laungan sakit bagimu.
Kredit Foto: Google
  1. Laungkan Azan
Ini perkara penting perlu dibuat. Pergi ke tengah rumah dan ketua keluarga atau sesiapa lelaki laungkan azan terlebih dahulu. Selepas itu, jika ada makhluk tersebut pasti akan keluar.
  1. Pagar Diri
Jika kamu pandai pagar diri yang basic untuk diri kamu sebelum nak duduk ditempat itu atau sebelum tidur, lakukan bacaan ini. Baca ayat kursi, Surah Al Falaq.
Ini sahaja yang dapat menyelamatkan kamu apabila duduk di luar. Takut nanti diganggu, ditindih dan sebagainya. Maklum sajalah tempat-tempat yang dah lama ditinggal. Rumah yang ditinggal, 40 hari lebih ataupun tiga hari sudah ada ‘penghuni’ selalunya yakni bangsa jin.
Selain itu, Ustaz Shafiq turut mengingatkan agar menjaga kebersihan apabila berada di tempat orang. Paling penting, jangan celupar mulut. Katanya lagi ”Jangan pula berkata wahai jin, aku tak takut. Keluarlah kalau nak keluar. Jangan cakap macam tu ya. Kamu memang boleh tanggung, kamu memang tak takut. Tapi ingat, kamu ada anak-anak, isteri, orang tersayang. Orang yang lemah semangat pun ada dengan kamu, keluarga kamu. Mulut kena jaga, adab kena jaga walaupun kamu pergi ke tempat yang kamu kenal. Tapi tetap kena beradab,” ujarnya mengakhiri perkongsian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live