Oleh: Norhaizan Ahmad

Kredit foto: Honda Malaysia

AWAS! Teknik pencucian yang salah boleh mengakibatkan masalah-masalah yang tidak diingini, antaranya cat kereta yang dicacatkan oleh kesan calar-balar yang anda lakukan tanpa sengaja. Lebih teruk, anda melakukannya setiap minggu tanpa anda sedari! Jadi ayuh, ambil tahu apa yang wajar dan apa yang mesti anda jauhi.

Tips 1 - Mencuci Kereta

InTrenders disaran menggunakan car wash shampoo jika mahu mencuci kereta. Dan elakkan basuh kereta dengan sabun basuh baju ya. Kemudian bilas bersih dan jangan biarkan kesan sabuh tertinggal.

Cuci kereta anda dengan segera jika terkena tar jalan, minyak, getah pokok dan najis burung. Untuk aktiviti rutin setiap minggu, basuh kereta menggunakan produk wash and wax.

Cucilah kereta dari bahagian atas bumbung membawa ke bawah. Pastikan kain yang digunakan untuk mencuci bahagian atas dan bawah kereta diasingkan. Dikhuatiri jika anda menggosok di bahagian bawah kemudian ke atas, membawa segala butiran halus pasir sekali gus membuat badan kereta bahagian atas bercalar lebih teruk.

Elakkan mencuci kereta di bawah terik matahari sebab kesan sabun akan cepat kering dan meninggalkan kesan pada kereta yang kelihatan bercapuk.

Tips 2 - ‘Polish & Wax’ Kereta

Polish dilakukan dengan tujuan untuk menghilangkan calar-calar halus dan membuang cat yang telah ‘mati’ pada kereta, sebelum dilapisi dengan wax. Wax pula memberi perlindungan pada cat kereta daripada calar-calar halus, hujan dan titisan embun.

Calar-calar yang sampai ke metal (badan kereta) memang tidak boleh dihilangkan. Wax bertujuan menjadikan cat itu kalis air. Wax ada dua jenis iaitu syntetic polymer dan carnauba wax.

Tips 3 - Cara Mengilatkan Kereta

Ada beberapa langkah yang perlu anda lakukan jika mahu mengilatkan kereta. Ia bergantung pada keadaan cat kereta. Berikut kami kongsikan beberapa kaedah berguna yang anda boleh cuba selepas ini:

• Jika cat sudah teruk, perlu lakukan rubbing compound terlebih dahulu untuk tanggalkan kesan-kesan tar, najis burung dan sebagainya. Selepas melakukan rubbing compound barulah polish selapis untuk menghilangkan kesan-kesan cat yang telah teroksida. Selepas polish, barulah wax kereta anda.

• Sekali-sekala gunakan shine polish untuk mengilatkan kereta anda. Untuk jangka waktu tiga hingga empat bulan, apabila cat kereta ada kotoran degil untuk ditanggalkan ataupun ada banyak kesan calar, maka kereta perlu di’polish’. Polish pada masa ini perlu gunakan dua jenis polish. Pertama, jenis yang kasar untuk menanggalkan kotoran degil, cat mati serta menghilangkan calar-calar halus. Selepas itu, sapukan shine polish. Polish jenis ini halus dan untuk mengilatkan kereta sahaja.

• Gunakan tiga helai kain ketika membuat polish dan wax; satu untuk lap, satu untuk lap calar buat kali kedua (sental perlahan kain kerana pada waktu ini kita hanya perlu bersihkan polish atau wax) dan satu lagi untuk lap kali terakhir. Apabila polish kereta, jangan biarkan polish terlalu lama pada permukaan cat, sebab ini akan membuatkan polish kering dan terlalu keras sehingga apabila di’wax’, masih terdapat polish mark pada permukaan cat.


• Jika anda baru membeli kereta atau menggunakan kereta yang baru dicat, maka anda dinasihatkan menggunakan wax soft (biasanya cair). Hanya gunakan wax sebulan sekali kerana sifat wax mengikis lapisan antigores (acrylic), dan kalau terlalu sering melakukan wax maka lapisan antigoresnya cepat terhakis sekali gus menanggalkan lapisan cat kereta.