Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jangan Jadikan Alasan Anak Kecil Punca Rumah BERSEPAH – Didik Anak Berkemas dan Kebersihan Seawal Usia

Afiza Kamarulzaman
03/11/2021 01:40 MYT
Ramai ibu bapa mempunyai prinsip biarlah rumah berselerak, janji anak-anak bebas bereksperimentasi dan mengembara dalam keseronokan alam kanak-kanak mereka. Benarkah dengan membiarkan anak-anak membuat sepah mengembangkan proses pembelajarannya?


Dan, kemudian para ibu mengalami depresi dan tekanan kerana berdepan dengan tunggakan kerja dan situasi rumah yang huru-hara – adakah itu suasana sihat untuk seisi keluarga? Tidak bolehkah kita memiliki keduanya? – Anak-anak yang bebas bermain dan dalam masa yang sama rumah teratur?


Sebenarnya, membiarkan anak-anak membuat sepah di rumah tanpa mengemasnya semula bukanlah cara terbaik membentuk perkembangan anak-anak. Ia satu proses pembinaan diri yang tidak lengkap. Ya, anak-anak seharusnya diberi peluang untuk mengembara, berseronok tetapi pada masa yang sama jangan abaikan elemen bertanggungjawab dalam diri mereka.


Dalam Islam pun, sangat menekankan aspek kekemasan dan kebersihan. Perkara ini seharusnya dididik seawal usia agar mereka boleh menjadikannya rutin gaya hidup dan bukan sekadar buat untuk elak dimarah.


Memberi mereka tanggungjawab untuk kemas semula selepas bermain adalah langkah baik menerapkan nilai kepimpinan diri, kematangan, kebertanggungjawaban dan berdikari. Inilah aspek yang semakin terhakis dalam diri anak-anak zaman sekarang, apabila semuanya bergantung kepada ibu bapa.



Kebanyakan Ibu Malas Nak ‘Bising’


Ini antara alasan utama para ibu apabila ditanya kenapa tidak suruh anak-anak itu mengemas semula barang yang mereka sepahkan selepas bermain? Ada ibu yang memberi alasan, ‘malas nak bising-bising’, ‘biarlah’ dan ‘letih nak suruh’.

Lihat di sini, kemalasan itu sebenarnya bermula daripada ibu sendiri apabila bersikap endah tak endah apabila anak tidak mahu mendengar arahan. Apabila sekali dua disuruh tidak mahu, para ibu terus mengabaikannya. Inilah senjata anak-anak untuk membantah. Mereka tahu ibu pasti mengalah dengan kedegilannya.


Untuk ‘membentuk’ atau mengubah sikap negatif anak-anak memang memerlukan sedikit pengorbanan dan banyak kerajinan. Namun, percayalah ia boleh dilakukan jika dipraktikkan dengan sabar dan konsisten. Ibu perlu bertegas demi kebaikan seisi rumah. Ana-anak boleh dimanjakan tetapi jangan ‘dimalaskan’.






Ikhtiar Rajinkan Anak Jadi Pengemas dan Pembersih













#Anak Kecil #Rumah Bersepah #pengemas
;