Dia antara barisan artis senior yang masih kukuh berdiri. Tatkala mendengar lontaran padu vokalnya mengalunkan lagu, harus diakui tiada lagi penyanyi lain sepertinya.

Walaupun kini kita dipesatkan dengan kemunculan ramai penyanyi baru, terbukti Ziana Zain atau lebih mesra disapa Kak Gee berada dalam kelasnya tersendiri Masih aktif memenuhi undangan nyanyian dan konsert di sana-sini, ada kebimbangan dikongsikan dek isu pendatang baru dalam industri nyanyian atau lebih tular dikenali dengan istilah BBNU (Budak-Budak Baru Nak Up)
Kredit Foto: IG Ziana Zain
  1. Apakah Anda Benar-benar Berbakat Dan Punya Potensi Untuk Pergi Lebih Jauh?
Bakat anda umpama permata. Jika ia digilap pasti akan menyerlah. Dan untuk dilihat menyerlah bukanlah mudah. Pelbagai cabang dna liku yang harus ditempuh. Jika anda punya pakej atau x factor misalnya; itu dianggap bonus dan anda bertuah kerna punya aset yang mungkin tiada pada penyanyi lain. Itu semua rezeki dan pemberian Allah.


Kredit Foto: IG Ziana Zain
  1. Anda Harus Bekerja Keras!
Untuk membina asas atau pegangan juga prinsip anda sebagai artis. Bagaimana untuk membina asas itu? Ia bertitik-tolak daripada bagaimana pembawakan diri anda sebagai pendatang baru dalam industri. Baik daripada segi keperibadian, rahsia diri anda. Janganlah semua perihal diri mahu dicanang satu dunia.

Jika semuanya sudah diberitahu, masyarakat tidak akan lihat eksklusiviti yang ada pada diri anda. Once in a while, yes you can post. Tetapi, kadang-kala jika terlalu banyak mendedahkan apa yang dilakukan, kuranglah manisnya dik! Barangkali ada yang suka dan ada juga yang tidak suka.

Jika ada ‘lubang-lubang’ yang ‘lompong’, perkara inilah yang akan menjadi bahan untuk diperdebatkan di media sosial yang akhirnya akan melunturkan semangat dan mood kita. Maka, berpada-padalah. Inilah yang paling Kak Ziana jaga. Kak Ziana hanya akan update perkara-perkara berkaitan dengan kerja dan sekali-sekala Kak Ziana akan post jika ada sambutan hari jadi anak, hari raya dan seumpamanya.


Kredit Foto: IG Ziana Zain


3. Menyanyi untuk apa?
Kenal pasti matlamat dan objektif anda menceburi dunia seni. Adakah anda mahu mengejar populariti? Apakah ini akan dijadikan sebagai periuk nasi anda? Atau kerana anda memang minat untuk menyanyi? Pastikan anda jelas dengan semua hal ini kerana penyanyi masa kini terlalu banyak dan saingan juga tidak kurang hebatnya.
Kredit Foto: IG Ziana Zain
  1. Hormati Mereka Yang Lebih Senior!
Ya, anda boleh berseloroh dan bergurau tetapi dengan siapa anda bercakap itu perlu diberi perhatian. Itulah yang kadang-kala menjadi kesilapan bagi pendatang baru. Mereka tidak sedar dan mungkin mereka terlepas pandang.

Respect kepada mereka yang lebih senior daripada anda. Misalnya, jika terserempak atau terjumpa; tidak mahu bersalaman sekalipun tidak mengapa. Tetapi menyapa dan bertanya khabar mungkin perlu didahulukan. “Hi, how are you?”. Kalau anda hormat dengan orang lain, orang juga akan menghormati anda, atau mungkin lebih daripada itu.

Kredit Foto: IG Ziana Zain
  1. Jangan Kutuk Atau Kecam Orang Lain
Kita bukannya bagus sepanjang masa! Kita manusia biasa dan serba-serbi tidak sempurna. Kak Ziana selalu lihat dan berkata pada diri sendiri. “Orang selalu puja…Kak Ziana itu, Kak Ziana ini…” tetapi jauh di lubuk sanubari; Kak Ziana selalu ingatkan diri sendiri, “Semua ini rezeki daripada Allah, syukur alhamdulillah.

Tetapi ingat, setiap hari ada penyanyi yang lebih bagus.” Dan dalam masa sama, Kak Ziana sering berpijak di bumi nyata, sering bersyukur dan berterima kasih. Seboleh mungkin saya mahu gembira dan puaskan hati orang. Kak Ziana pastikan ada sifat gerun dalam hati.

Dan Kak Ziana selalu berdoa, “Ya Allah, ini yang Allah bagi aku pinjam untuk dunia sahaja Ya Allah. Ya Allah, janganlah ada rasa riak dan ujub,”. Benar kita manusia ada kalanya suka dipuji dan dipuja. Tetapi, jangan sesekali terleka atau hanyut dibuai itu semua.

Semoga perkongsian penyanyi senior ini dijadikan sandaran dan peringatan buat mereka yang beru berjinak-jinak dalam industri nyanyian.