Read
Jangan Lepas Ni Membawang “Tipah Tertipu!” — Kami Dah Beritahu, Ini Benda WAJIB BELI Sebelum 1 September
Teks: Norhaizan Ahmad
Sumber foto: Shutterstock Image
KALIAN tahu bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini adalah pada kadar enam peratus dikurangkan sehingga kadar sifar (0%) pada 1 Jun lalu. Cukai tersebut mungkin akan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dijangka akan berkuatkuasa pada 1 September nanti.
Justeru, InTrenders wajib beli LIMA ‘ITEM’ dengan segera sebelum 1 September 2018 atau dengan kata lain sebelum ia naik harga. Nak tahu apa dia? Jom baca.
Sumber foto: Shutterstock Image
‘ITEM’ 1 WAJIB BELI…
Beli Rumah/Hartanah
Anda teringin memiliki rumah sendiri? Jika ya, inilah masa paling sesuai untuk anda membelinya. Kerana harga jualan hartanah kediaman baru akan diturunkan berikutan kos pembinaan yang lebih rendah. Tambahan pula caj untuk perkhidmatan peguam dalam urusan jual beli juga turun enam peratus. Jom, kita tinjau rumah contoh dan pusat jualan syarikat perumahan yang berdekatan sekarang!
‘ITEM’ 2 WAJIB BELI…
Beli Kereta
Dah lama mengintai kereta jenama Honda? Buat anda yang mahu ‘merasa’ memandu kereta jenama ini misalannya bolehlah mencuba nasib dengan mengunjung pusat jualan kereta berdekatan. Almaklumlah banyak syarikat kenderaan misalnya Honda dan Proton menyemak semula harga kereta yang dijual disebabkan tiada lagi caj GST. Justeru, anda boleh jimat hampir ribuan ringgit berbanding sebelum ini apabila membeli kereta sebelum 1 September ini.
‘ITEM’ 3 WAJIB BELI…
Beli Telefon Pintar / Gajet Baru
Berita gembira buat semua terutama anak-anak muda, betul tak? Sebab harga telefon pintar/gajet lebih murah tanpa caj enam peratus. Masa inilah anda boleh intai iPhone yang mungkin sebelum ini di luar kemampuan anda.
‘ITEM’ 4 WAJIB NIKMATI…
Menjamu Selera di Restoran Mewah
Waktu terbaik untuk anda makan-makan di restoran idaman. Sekali-sekala bawalah ahli keluarga dan belanja teman-teman di restoran mewah. Disebabkan tiada GST dan SST, maka anda hanya bayar harga makanan sahaja. Menarik, kan?
‘ITEM’ 5 WAJIB NIKMATI…
Menonton Filem Baru di Pawagam
Harga tiket wayang sekarang lebih murah tanpa caj GST. Bawalah anak-anak ke pawagam untuk menonton filem kegemaran mereka dalam tempoh dua bulan ini, sebab mulai 1 September mungkin harga tiket sudah naik!
Must-Watch Video