Jangan Lupa SOP. Covid-19, Segala Jenis Varian Masih Ada Lagi Tu. Berjaga-Jaga Di Mana Jua Anda Berada.
Huda Hussain
11/09/2021 13:32 MYT
11/09/2021 13:32 MYT
Berkuatkuasa 10 September, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah beralih ke fasa dua dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Serentak itu, bagi individu yang sudah lengkap dua dos vaksin dibenarkan melakukan aktiviti seperti berikut:
* Rentas daerah dibenarkan dan tiada sekatan jalan raya akan dilaksanakan (Selangor, WPKL dan WPP)
* Pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan untuk merentas negeri;
* Ibu bapa dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun;
* Dine-in dibenarkan di premis makanan untuk pelanggan yang lengkap menerima dua dos vaksin;
* Aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama yang melibatkan penginapan di hotel dan rumah inap;
* Aktiviti sukan terbuka dan tertutup dibenarkan beroperasi kecuali gimnasium;
* Fasiliti sukan terbuka dan tertutup dibenarkan beroperasi secara janji temu dan mengikut SOP; dan
* Kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hairdresser dan salon kecantikan dibenarkan.
Tidak dinafikan ramai yang teruja apabila kelonggaran seperti ini diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Lebih-lebih lagi mereka yang selama ini terjejas pendapatan dek PKP, khususnya peniaga kecil, pengusaha premis perniagaan dan ramai lagi. Sekurang-kurangnya ada ruang untuk mereka kembali ‘bernafas’.
Begitu juga kepada ibu bapa yang selama ini ‘berpuasa’ dirumah. Dengan adanya kelonggaran ini dapatlah seisi keluarga keluar sekejap tetapi dalam suasana norma baharu. Pematuhan SOP ketat tetap perlu dijadikan peringatan kepada semua. Kerana realitinya kita masih belum bebas daripada pandemik Covid-19.
Jangan kerana teruja dapat melancong dalam negeri umpamanya, lupa untuk amalkan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, penggunaan hand sanitizer dan kawalan SOP kendiri yang lain ketika di luar. Perlu diingat, hanya yang lengkap dua dos vaksin sahaja dibenarkan melakukan senarai aktiviti diatas.
Dan bagi ibu bapa pula, menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan anak-anak turut sama mematuhi SOP sedia ada. Memandangkan anak-anak masih belum dibenarkan untuk mengambil vaksin, maka sewajarnya kita perhalusi dan melakukan timbang tara sebaik mungkin sebelum mengambil sebarang keputusan.
Sama ada untuk dine-in, staycation, riadah di taman dan sebagainya; beringatlah. Walaupun sudah lengkap dua dos vaksin, ia bukan syarat mutlak kita tidak boleh dijangkiti virus durjana ini. Lebih membimbangkan lagi adalah ia boleh menjangkiti mereka yang tidak boleh mengambil vaksin atas faktor kesihatan juga kanak-kanak yang belum dibenarkan untuk divaksinasi.
Berhati-hati dan berpada-padalah dalam melakukan aktiviti yang kini dibenarkan. Elakkan mengunjungi dan membawa seisi keluarga di tempat yang sesak. Jika masih mahu keluar sekalipun, rancang dengan teliti terlebih dahulu. Hadkan tempoh masa dan tidak perlu lama-lama di luar. Kita jaga kita dan jangan kerana kita leka, lalai dan terlupa tidak mustahil kelonggaran dan kebenaran ini ditarik semula. Berjaga-jaga semua ya!
Kredit Foto: Google