Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jangan Tegur, Komen & MARAH Isteri Depan Anak-Anak. Besar Impaknya, Hilang ‘Bisa’ Si Ibu.

Huda Hussain
04/12/2021 15:28 MYT
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Betapa didikan awal yang diasuh sejak kecil lagi menjadikan siapa anda pada masa kini. Bagaimana cara percakapannya dengan orang yang lebih tua, bagaimana perilakunya di hadapan orang ramai, bagaimana adabnya; pendek kata serba-serbi mencakupi segalanya. Dan semua itu bermula dari rumah, daripada air tangan ibu dan ayah.

Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak
Apabila terbaca dan dalam masa sama belajar mengenai prinsip ni, barulah lebih jelas dan faham kenapa kita sebagai ibu bapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan kepada mereka.

Kalau kita (suami) komen, tegur dan marah isteri depan anak-anak, secara automatiknya anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!


Kredit Foto: Google


Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Dan perkara itu akan terus terakam dalam memori si anak. Firasatnya, ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambil tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan kesannya tak hormat ibunya. Dia tak hormat ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak hormat isteri kita.

Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

‘Promote’lah Isteri Depan Anak-anak
Kita sepatutnya kena selalu ‘promote’ (‘edify’) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita hormat isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan hormatnya pada ibunya.


Kredit Foto: Google


Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka hormat! Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (‘empower’) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita yang akhirnya memudahkan kita.

Jadi, kalau anak-anak tak dengar cakap (ibu atau bapa), cuba semak balik macam mana kita melayan isteri, suami depan anak-anak! Kerana walaupun anak-anak tak cukup bagus untuk dengar apa yang kita cakap, tapi mereka tak pernah gagal untuk tiru apa yang kita buat.
Sama-sama kita fikirkan.
#Anak #Keibubapaan #Ilmu Rumahtangga
;