Personaliti

“Jika Anda Yakin, Keyakinan Akan Terserlah Melalui Penampilan. Ekspresikan Diri Anda Yang Sebenar.” – Yaya Zahir

gempak
Huda Hussain
27/05/2021
07:13 MYT
Sponsor Banner
“Jika Anda Yakin, Keyakinan Akan Terserlah Melalui Penampilan. Ekspresikan Diri Anda Yang Sebenar.” – Yaya Zahir
Fesyen dan stail tidak asing dengan dirinya. Seringkali dilihat menggayakan helaian oversize, tetapi bagi penulis apa jua yang disarungkan Yaya Zahir tetap kelihatan trendy dan on point. Umpamanya she nailed it in her own way. Lihat sahaja media sosialnya, pasti ramai anak muda yang turut sama terinspirasi tidak kurang juga menceduk gayanya sebagai pencetus ilham. Bagaimana dia bijak mix and match, bahkan pemilihan warna helaian untuk melengkapi sesuatu look membuatkan namanya antara yang sering diburu jenama fesyen baik lokal mahupun antarabangsa. Telah sekian banyak kempen fesyen yang terdiri daripada pelbagai jenama pernah menyunting empunya nama. Dan antara yang terbaru adalah kempen Summer Stories H&M.
Kredit Foto: H&M Malaysia
Menggandingkan Yaya Zahir bersama dua selebriti lain, kempen terbaru jenama ini punya mesej tersendiri yang ingin diketengahkan buat penggemarnya. Wanita berkuasa memperkasakan wanita. Serlahkan diri anda yang sebenar dan berbanggalah dengan diri anda seperti Azira, Bella dan Yaya. Harungi apa jua yang menanti (Yaya Zahir). Berani bersuara dan suarakan kebebasan (Azira). Temui kekuatan dalam kepelbagaian (Bella). Dan InTrend berkesempatan menemubual Yaya Zahir mengenai koleksi ini.
Bagaimana H&M melamar Yaya untuk bersama-sama rakan selebriti bagi koleksi ini? Sebenarnya sudah beberapa tahun Yaya berkerjasama dengan H&M Malaysia, mungkin ini sudah tahun ke empat atau lima kami mempunyai hubungan kerja yang akrab. Jadi, apabila jenama ini memberi peluang untuk menjadi KOL bagi koleksi ini, Yaya pun dengan sekelip mata setuju.
Kredit Foto: H&M Malaysia
Apa yang membuatkan Yaya berasa dekat dan teruja untuk jayakan kempen dan kolaborasi ini? Yaya sendiri memang minat dengan jenama ini. Dan apabila dipilih untuk menjadi KOL memang sangat teruja. Lebih-lebih lagi digandingkan dengan rakan-rakan lain, Azira dan Bella.
Pandangan Yaya, bagaimana dengan sehelai pakaian atau lengkapnya sesuatu ‘look’ itu boleh terjemahkan maksud ‘empowerment’ bagi seorang wanita? To me whatever you choose to wear is a representation of you, yourself. And if you feel confident, the confidence will shine through the look!
Kredit Foto: H&M Malaysia
Kebanyakan pilihan warna dalam koleksi ini dilihat selamat. Apa yang perlu ditambah untuk ‘enhance the whole look’ bagi Yaya supaya penampilan lebih ‘stand out’? Yaya rasa boleh sahaja kita padankan dengan ‘bold colors’. ‘Hot pink, orange or any bold colors to make the whole look pop’!
Saranan Yaya supaya wanita diluar sana jangan takut untuk bereksperimen, cuba stail baru dengan koleksi ini? ‘To have fun! Enjoy the process to style yourself and express yourself. No limits and self love’!
Kredit Foto: H&M Malaysia
‘Must haves item’ Yaya dalam koleksi ini? ‘The blue dress I’m wearing! As well as the leopard print set'.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live