gaya hidup

Jika Orang Didalam Rumah Itu Sering Marah, Hatinya Tak Bahagia… Mana Ada Makhluk Mahu Bertandang, Termasuklah Rezeki.

gempak
Huda Hussain
23/10/2021
02:00 MYT
Sponsor Banner
Jika Orang Didalam Rumah Itu Sering Marah, Hatinya Tak Bahagia… Mana Ada Makhluk Mahu Bertandang, Termasuklah Rezeki.
Ada logiknya apa yang dikongsikan Ustaz Iqmal menerusi satu muat naik ini. Cukup mudah difahami kerana realitinya itulah yang dijalani setiap hari bagi pasangan suami isteri. Ada sesetengah perkara yang kita ambil mudah, pandang ringan dan hanya fikir alah perkara kecil aje. Tak penting mana pun. Tetapi sebenarnya jika dipraktikkan, diperbaiki dan diberi tumpuan pasti perubahan akan dapat dirasai. Kalau sebelum ini banyak mengeluh, merungut itu tak kena; ini tak cukup lalu bagaimana mahu beroleh rezeki yang berkat dalam rumahtangga? Dan mana mungkin mahu Bahagia suami isteri andai semua itu tidak dipeduli?
Rumahtangga Kita 1. Jika isteri dah siapkan minuman, makanan, dah dihidangkan atas meja; lepastu isteri panggil kita makan, kita pula sibuk dengan telefon, sibuk hal lain lagi, lalu biarkan makanan sejuk, maka lambatlah rezeki masuk.
Kredit Foto: Google
2. Jika pulang ke rumah, sampai-sampai anak terus menerpa dekat dekat kita, sambil bising-bising nak itu nak ini. Penat macam mana sekali pun, duduklah sekejap dan bercakap dengan mereka. Peluk cium anak, itu cara kita menghargai mereka 'pembawa rezeki'. Jangan marah-marah, jangan cepat naik angin.
3. Bila bangun pagi, kejutkan juga pasangan untuk bangun sekali. Jangan dibiarkan saja pasangan tidur dan terus hanyut meninggalkan solat subuh. Ini juga salah satu rezeki susah nak dekat dengan kita. Bila rezeki sempit, hubungan rumahtangga pun makin dingin. Itu yang nak bergaduh je laki bini berantakan.
4. Usahakan untuk beri wang belanja kepada isteri walau gaji kita kecil. Kalau tak mampu bagi RM100, berilah RM50 atau RM10. Rajin-rajin tengok dompet isteri, jangan terkejut kalau nampak duit syiling je yang ada. Zaman ini memang era orang perempuan gajinya lebih besar, namun usaha memberi nafkah itu adalah pintu kepada banyaknya lorong rezeki.
Kredit Foto: Google
5. Banyak-banyak bergurau mesra dari marah-marah. Tengok balik dalam rumahtangga semua kita. Macam mana bonding kita dengan isteri. Selama ni kalau cara kita banyak sakitkan hati dia, berubahlah. Isteri tak pernah lupa untuk berdoa buat suaminya. Itulah antara salah satu asbab rezeki kita berpanjangan. Doa isteri mustajab buat suami.
Namun jika orang di dalam rumah itu sering marah, sering tak suka itu ini, sering hatinya tak bahagia, mana ada makhluk mahu bertandang, termasuklah rezeki. Jangan lupa untuk bahagiakan orang yang kita sayang. Kredit: Ustaz Iqmal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live