Highlights

JUJURLAH! – Apabila Dibenarkan Rentas Negeri, Sepatutnya Hadkan Pergerakan, Teruskan Duduk Rumah.

gempak
Afiza Kamarulzaman
22/05/2020
09:52 MYT
Sponsor Banner
JUJURLAH! – Apabila Dibenarkan Rentas Negeri, Sepatutnya Hadkan Pergerakan, Teruskan Duduk Rumah.
Ketika PKPB diumukan, kerajaan cuba untuk melonggarkan arahan kawalan pergerakan bagi membolehkan rakyat Malaysia meneruskan aktiviti harian sedikit demi sedikit. Tetapi, ini tidak bermakna, kita seharusnya menanguk di air keruh. Kesempatan dan peluang yang diberi tidak semestinya harus diguna pakai. Jika tidak berkeperluan, sebaiknya teruskan saja duduk di rumah dan hadkan pergerakan demi keselamatan diri dan orang lain.
Boleh Merentas Negeri Bukan Bermakna Bercuti
Ada sesetengah individu yang dibenarkan untuk merentas negeri atas keperluan penting dan hal-hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan. Justeru, apabila diberi kelonggaran dan keizinan tersebut, seharusnya setiap individu itu mengambil tanggungjawab untuk berlaku jujur dengan tidak melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Merentas negeri bukan tiket untuk kita terbang bebas dan berjalan ke sana ke sini.
Walaupun setelah diberi kebenaran tersebut dan pihak berkuasa tidak memberi sebarang syarat khas kepada mereka yang merentas negeri itu seperti jangan singgah di mana-mana dan sebagainya, namun sebagai rakyat yang bertanggungjawab seharusnya bertindak lebih bijak apabila sudah melepasi kawasan tempat tinggal.
Apatah lagi jika kita dari zon merah dan masuk ke negeri yang sudah diistiharkan zon hijau atau tidak lagi mempunyai kes positif Covid-19, maka langkah penjagaan seharusnya lebih ditingkatkan.
Kredit Foto: Google
Sebaiknya, Sambung Kuarantin Dua Minggu di Tempat Baru
Seperti yang kita sedia maklum, kelaziman kuarantin untuk mereka yang berisiko biasanya selama dua minggu. Walaupun pihak berkuasa tidak menetapkan syarat itu kepada mereka yang merentas negeri, namun mengapa tidak kita mengambil langkah keselamatan ekstra dengan duduk diam di rumah untuk dua minggu pertama sampai ke tempat baru itu. Apatah lagi bagi mereka yang merancang untuk tinggal lama di situ.
Sebaiknya, jangan singgah di mana-mana sepanjang perjalanan dari tempat asal ke tempat baru untuk mengurangkan risiko jika kita didapati pembawa virus Covid-19. Elakkan kerap berhenti di stesyen minyak atau R&R bagi mengurangkan kontak dengan orang ramai. Pasti sukar untuk pihak hospital mencari individu yang punya urusan dengan kita jika tersabit dengan virus ini.
Kredit Foto: Google
Tidak Perlu Berkunjungan
Ini paling penting untuk diingatkan. Apabila sudah tiba di tempat baru, terutamanya kampung halaman, jangan pula dilakukan kunjungan atau ziarah-menziarahi ke rumah-rumah saudara-mara atau bertemu rakan dan taulan. Tidak perlu sebenarnya untuk memaklumkan kepada semua yang kamu sudah balik kampung. Kita tidak mahu adanya perkumpulan keluarga walaupun sekadar ‘singgah sekejap’.
Berlaku jujurlah jika mahu wabak ini lekas beredar dari negara kita. Jadilah warga negara yang bertanggungjawab dan amanah kepada diri sendiri kerana Corona virus semenangnya mengajar kita erti kerjasama dan disiplin jika mahu ia pergi dari muka bumi ini. Ayuh, mainlah peranan kita sebagai rakyat yang budiman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live