Oleh: Afiza Kamarulzaman

Kredit foto: Afiza Kamarulzaman

“NAK, Mak Teringin Nak Pakai Telekung Siti Khadijah...” Inilah yang akan kita baca atau selayang pandang setiap kali lalu di beberapa jalan utama yang terpampang papan iklan Telekung Siti Khadijah (SK). Iklan yang nampak bersahaja tetapi berjaya menyentuh hati sanubari ramai orang walau tanpa dipaparkan gambar telekung mahupun model. Terkesan, sehingga buat kebanyakan kita terus terbayangkan Emak di kampung yang pasti ada inginnya, namun jarang kita ambil tahu.

Telekung? Apa ada pada sehelai telekung? Kalau dulu, telekung itu kita beli hanya mengikut kualiti material kainnya semata-mata. Jarang sekali kita membelek apakah label di sebalik telekung itu? Tidak pernah kita terkejar-kejarkan jenama telekung. Ia bukanlah seperti tas tangan atau sepatu yang akan kita tilik label di sebalik penghasilannya.

Namun, 10 tahun lalu, berlaku satu transformasi baru dalam penciptaan telekung di negara kita apabila jenama SK hadir mengumumkan jenamanya yang khusus kepada pembuatan telekung.

Lebih membuat ramai bulat mata adalah apabila mengetahui harganya yang mencecah ratusan ringgit, maka ramai yang mula membebel melemparkan firasat negatif bahawasanya, ‘si pengasas menjual agama’, ‘si pengasas cekik darah’ dan banyak lagi rumusan dangkal yang dibuat tanpa mengambil kira kos telekung itu dan menyelidiki diri sendiri pula, mengapa untuk perkara lain kita sanggup berhabis tetapi bukan untuk sepasang telekung yang dibawa untuk menemui si pencipta-Nya?

A post shared by Telekung Siti Khadijah (@telekung.sitikhadijah) on

Adat manusia, bising dan kecamannya tidak lama. Lama-lama senyap sendiri. Tidak lama orang kita sok sek sok sek menghentam tentang harga mahal telekung SK itu, akhirnya dengan perjuangan team SK dalam mendidik pelanggannya tentang nilai sepasang telekung, semakin ramai orang kita mula menerima baik kehadiran SK di pasaran.

Wujudnya butik SK di Bangi juga antara bukti bagaimana SK berjaya mencuri hati orang kita dan saya sendiri saat pertama kali melintasi butik ini terus terdetik di dalam hati, “Hebatnya! Jual telekung pun boleh punya butik sendiri.”

Dan, di sebalik kejayaannya hari ini, ada kisah tersembunyi yang dipikul oleh pengasasnya, Puan Padzilah Enda dan suami dalam membina empayar tersohornya ini. Kita bukan mahu menjual jenamanya tetapi kita mahu tahu bagaimana orang Melayu biasa-biasa sepertinya mampu menjadi luar biasa. Kisah ini, penulis sampaikan agar mampu menjadi inspirasi buat peniaga yang mahu menyahut seruan Islam yang menggalakkan umat-Nya berniaga di samping membuka peluang rezeki kepada orang lain. Bukankah sebaik-baik manusia itu adalah manusia yang mampu memberi manfaat kepada orang lain?

A post shared by Telekung Siti Khadijah (@telekung.sitikhadijah) on

Tidak ramai yang tahu asal-usul puan, kalau boleh puan cerita sedikit latar belakang puan?

Asalnya, saya hanyalah seorang suri rumah yang bergantung hidup dengan suami yang ketika itu bekerja sebagai jurutera. Selepas tamat sekolah menengah, saya terus berkahwin atas permintaan keluarga.

Sebagai anak yang berasal daripada keluarga yang susah, saya kepingin untuk hidup senang. Jadi, bagi saya berkahwin dengan lelaki yang bekerja stabil adalah jawapannya sementelah saya belajar tidak tinggi mana, kononnya mahu menumpang senang suamilah.

Seperti pasangan lain, kami melalui kehidupan seadanya. Cukup makan dan pakai, bahagia dikurniakan enam orang cahaya mata lelaki.

A post shared by Telekung Siti Khadijah (@telekung.sitikhadijah) on

Jika sudah selesa dengan kehidupan bersama suami dan anak-anak waktu itu, mengapa pula mahu terjun ke dunia perniagaan?

Orang kata, langit itu tidak selalunya cerah. Selepas melalui fasa kehidupan yang selesa dan aman bahagia, kami mula diuji apabila suami mula mengambil keputusan untuk bersara awal. Rancangan suami selepas itu, mahu mengemudi perniagaan sendiri.

Manusia sifatnya lemah, keupayaan kita hanyalah merancang sedangkan ketentuan daripada yang di atas sana. Daripada satu ke satu perniagaan suami menemui kegagalan sehingga terpaksa menanggung hutang keliling pinggang. Daripada kehidupan yang selesa, saya mulai rasa tidak biasa. Ekonomi keluarga mulai bergoncang. Saya terfikir untuk membantu suami mengikut kemampuan saya. Saya mula berniaga kecil-kecilan seperti menjual produk kosmetik dan menyertai MLM.

Terlintas juga di hati untuk menjual tudung, namun seorang sahabat menasihati saya agar menjual benda lain kerana waktu itu perniagaan tudung sedang membiak dengan derasnya. Puas saya berfikir apakah yang boleh saya jual dengan jayanya?

Sahabat itu mencadangkan mengapa tidak saya menjual telekung kerana dia tahu yang saya boleh menjahit telekung sendiri. Benar. Boleh dikatakan semua telekung saya, saya jahit sendiri lantaran sukar untuk saya mendapatkan telekung yang terletak elok pada bahagian muka di pasaran.

Setelah menimbang-tara pelbagai aspek, saya mengambil langkah pertama ini. Maka, tercetuslah idea telekung SK. Nama Siti Khadijah ini terilham daripada nama isteri pertama Rasulullah, Saidatina Siti Khadijah yang dikenali sebagai seorang wanita berakhlak mulia dan usahawan berjaya.

A post shared by Telekung Siti Khadijah (@telekung.sitikhadijah) on

Bagaimana permulaan proses telekung SK ini direka dan direalisasikan?

Saya masih ingat waktu mula-mula menghasilkan telekung ini, saya bersama seorang pembantu memotong dan menjahit sendiri telekung ini di rumah. Disebabkan ruang yang terhad dan peralatan yang asas sahaja, saya terbongkok-bongkok tertonggeng-tonggeng menghasilkannya sehinggakan pembantu saya menyarankan saya menghantar sahaja kain untuk dipotong kepada orang lain.

Kasihan agaknya dia melihat saya. Saya juga tidak akan lupa, stok pertama telekung yang berjaya kami hasilkan waktu itu adalah sebanyak 200 pasang. Lantaran tidak punya pekerja, suami dengan rela hati turut membantu proses penghasilan telekung sehinggakan lama-lama dia mampu menjahit sendiri.

Maka cerita perjalanan bisnes kami pun bermula. Namun, permulaan kisah kami tidak bahagia apabila kami mulai resah mahu memasarkan 200 pasang telekung ini. Produk sudah ada, tetapi pelanggan tidak muncul. Untuk menjual sepasang telekung SK waktu itu bukanlah mudah. Dengan harga RM235 sepasang, telekung kami dianggap tidak munasabah!

Ramai mempertikaikan kewarasan kami meletakkan harga semahal itu. Tidak mahu hanya menunggu pelanggan datang membeli terus kepada kami, saya dan suami menjengah beberapa agensi umrah dengan harapan mereka membeli SK untuk dijadikan hadiah kepada pelanggan umrah mereka. Dukacitanya, semua agensi memberikan alasan yang sama (yang sudah kami duga) – terlalu mahal untuk diberikan kepada pelanggan!

Kredit foto: Afiza Kamarulzaman

Jadi, bagaimana puan dan suami berdepan dengan cabaran stok telekung ada, tapi tidak laku ketika itu?

Setelah berasa lelah keluar masuk ke pejabat travel agency, pada satu hari Jumaat itu, saya keluar dari pejabat itu dengan perasaan yang sangat hiba apabila telekung saya sekali lagi ditolak, saya pandang ke langit yang cerah, saya kata di dalam hati, “Rezeki aku bukan daripada travel agency, tetapi rezeki aku daripada Allah s.w.t.”

Memang saya masih ingat momen itu kerana ia begitu menyentuh hati saya, kerana mulai hari itulah saya mula sedar bahawa saya seharusnya meletakkan keyakinan yang tinggi kepada yang di atas sana, bukan bergantung kepada manusia.

Jika kita yakin dengan Allah, kita yakin bahawa rezeki kita itu hanya daripada Dia, maka pasti ada jalan membuka pintu rezeki kita. Kebetulan, saya bertemu seorang teman yang bekerja sebagai wartawan di sebuah majlis.

Dialah yang mula menulis kisah telekung saya ini. Hebatnya penangan media cetak waktu itu, selepas tersiar artikel berkenaan, kami mula dihujani panggilan telefon bertalu-talu sehinggakan hendak ke tandas pun bergilir menjawab panggilan pelanggan dengan suami.

Alhamdulillah, stok telekung mula bergerak. Ada yang datang terus membeli dari pejabat suami. Itulah, kalau sudah namanya rezeki dan takdir kita sudah disusun cantik oleh-Nya, Allah gerakkan pula hati seorang teman ini memberikan telekung SK kepada Nur Farahin Jamsari iaitu pengacara di TV3 untuk mencubanya, terus dia berkata, “Eh, sedaplah telekung ni. Nak panggil masuk rancangan Wanita Hari Ini lah.”

Selepas saya muncul di rancangan tersebut, nama SK terus 'meletup' dan mula dikenali. Semakin banyak order masuk sehinggakan saya terpaksa mengambil pre-order kerana tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan. Syukur dengan aturan rezeki yang telah Allah rencanakan untuk SK.

A post shared by Telekung Siti Khadijah (@telekung.sitikhadijah) on

Walaupun telah berjaya memikat hati ramai pelanggan, namun biasalah, manusiakan, pasti ada yang masih bersikap negatif. Bagaimana mendepani segelintir orang yang menganggap membeli telekung itu tidak perlu yang mahal-mahal, membazir?

Betul. Pada awal pengenalan jenama kami ini, itulah respon yang kami terima. Ramai tidak boleh terima harga yang kami letak, sedangkan mereka tidak tahu kos pembuatan sepasang telekung SK yang agak tinggi.

Kami bukan mengimportnya, tetapi menjahitnya sendiri dengan pembelian kain yang berkualiti yang menjadikan kosnya lebih tinggi. Seperkara yang kami mahu orang tahu, kami boleh faham golongan yang bersungut kerana tidak mampu tetapi bagaimana dengan yang mampu tetapi tetap merungut?

Kadang-kadang saya pelik, kenapa seseorang yang memang mampu dengan gembira berhabis untuk membeli kasut, baju berjalan, tas tangan pada harga ribuan ringgit, sedangkan apabila mahu membeli sepasang pakaian mengadap pencipta, mereka mula berkira-kira? Kenapa perlu dianaktirikan sepasang telekung?

Dalam hidup kita ini, semua benda kita nak upgrade, tetapi kenapa telekung masih yang lama? SK juga mahu mendidik orang ramai tentang pemakaian telekung ini sebenarnya bukanlah satu uniform yang mesti dibawa keluar.

Kalau kita tengok masyarakat di Timur Tengah, mereka boleh sahaja bersolat tanpa telekung. Berbeza dengan budaya di sini disebabkan kita mempunyai masalah pemakaian harian yang tidak sempurna penutupan auratnya. Kerana itu, orang kita sentiasa membawa telekung ke mana-mana.

Jadi, untuk penggunaan harian yang lebih lima kali kita gunakan di rumah, janganlah dipakai yang ala kadar sahaja, ada yang kadang-kadang sampai kepam dan lebam, diperonyok sahaja telekung selepas digunakan.

Ini pakaian mengadap Allah. Tetapi itulah masalahnya orang kita, apabila telekung itu sekadar untuk digunakan di rumah, maka ramai yang ambil mudah kerana bagi mereka bukan ada orang nak tengok, sedangkan dia tidak tahu ada yang lebih penting akan melihatnya.

A post shared by Telekung Siti Khadijah (@telekung.sitikhadijah) on

Bagaimana percaturan SK dalam menyusun strategi perniagaan sehingga mampu mengembangkan jenama ini mengikut aliran semasa?

Kami bermula tanpa pinjaman bank. Kami mencuba-cuba dahulu. Setelah tahu rentaknya, barulah kami berani untuk mengembangkan jenama ini dengan membuka kedai ke dua di Shah Alam, kemudiannya di Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Kilang operasi pun berjalan baik di Bangi. Bagi saya, dalam sesebuah perniagaan yang baik itu perlu dikendalikan oleh mereka yang berkepakaran. Alhamdulillah, untuk berada di landasan yang betul dan tidak tertinggal ke belakang, saya dibantu oleh anak-anak yang kebetulan punya kepakaran masing-masing.

Anak yang sulung jurutera telah membantu dari awal operasi SK. Kemudian, pada 2014, anak ke dua pula yang berkelulusan Marketing Advertising terbuka hati untuk turut sama dalam perjuangan ibunya.

Tidak lama selepas itu, anak ke tiga kami, yang pernah bekerja di Google, Jepun dan berkelulusan Kejuruteraan Komputer turut menyuarakan hasrat untuk bekerja dengan SK. Inilah takdir yang telah disusun cantik oleh Allah buat kami.

Menerusi kumpulan sokongan yang mantap inilah yang mengembangkan lagi jenama SK seiring peredaran zaman. Walaupun, SK digembeleng oleh anak-anak saya, namun kami masih mengalu-alukan tenaga pakar orang luar juga. Saya tidak mahu ada stigma menganggap SK ini adalah perniagaan keluarga. Ia terbuka kepada sesiapa saja yang mahu bersama kami.

Bagaimana puan mendepani sepak terajang dalam dunia perniagaan?

Itu perkara biasa. Saya sudah lalui kesusahan paling getir ketika suami jatuh dahulu. Pada waktu itu, segala-galanya telah saya lalui dan kerana itu saya boleh berdiri hari ini dengan lebih teguh kerana telah lebih dulu merasai keperitan hidup.

Jadi, kalau setakat cubit-cubit itu, Insyallah saya mampu lalui dengan tenang.

Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya

Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya

Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”

Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”

“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur

Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur

Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?

Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?

‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?

Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?

Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai

DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai

DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?

Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?

Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria

“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria

Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza

“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza

Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG

Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG

Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.