gaya hidup

Jumpa Jodoh Tepi Jalan, ‘Bantal Busuk’? Oops. 'Aib' Ifa Raziah Pula Radin 'Bahan' Dalam Media Hiburan Throwback

gempak
Huda Hussain
26/05/2021
06:00 MYT
Sponsor Banner
Jumpa Jodoh Tepi Jalan, ‘Bantal Busuk’? Oops. 'Aib' Ifa Raziah Pula Radin 'Bahan' Dalam Media Hiburan Throwback
Biarpun dihimpit dengan pelbagai kontorversi dan gosip, ia nyata tidak mematahkan semangat Ifa Raziah untuk kekal relevan dalam industri hiburan. Memulakan karier sebagai penyanyi, penglibatan Ifa Raziah dalam industri hiburan dicungkil menerusi sebuah pertandingan. Dari ruang tamu, dapur hinggalah ke laman luar, pelbagai petikan artikel jadi bahan Radin dipamerkan untuk tontonan umum. Juga dari zaman bujang, berkahwin hingga saat melahirkan anak semuanya diabadikan dalam Media Hiburan Throwback. Nak tahu apa lagi yang dikorek Radin? Jangan lupa saksikan episod malam ini.
‘Ifa Raziah Bermula Dengan Asia Bagus, Kena Rotan Kerana Menyanyi’ Tidak ramai yang tahu bahawa diva yang sinonim dengan genre nyanyian dangdut ini pernah cuba menyertai pertandingan nyanyian Asia Bagus. “Mana kau dapat ni? Aku pun tak ada ni” tutur Ifa Raziah singkat tatkala Radin mengeluarkan keratan artikel yang dibingkaikan dari beg ‘ajaibnya’. “Waktu ini kalau tak silap masih sekolah lagi. Tahun 1992 dan saya antara yang mewakili Malaysia ke Singapura untuk pertandingan Asia Bagus musim pertama. Waktu itu saya juara dan mereka akan pilih setiap juara bulanan untuk bertanding ke peringkat akhir di Jepun. Saya juara bulan Mei dan masa nak ke Jepun bulan Disember, saya SPM. Arwah mak saya tak bagi, jadi menangislah melalak-lalak. Memang frust, kira macam lebih kecewa dari putus cinta lagi,” terangnya mengimbas saat mula berjinak-jinak dengan bidang nyanyian.
‘Ifa Raziah – Siapa Kata Saya Bersekedudukan’ Petikan artikel yang diterbitkan pada 1997 ini juga tidak kurang hangat dan panas kontroversinya. “Kurus betul dulu ya” ulasnya sambil membelek dan melihat artikel ini yang menggandingkannya bersama penyanyi Iman yang pernah popuar sekitar 90-an dahulu. “Biasalah kita artis muda, ada saja gosip panas macam ni. Waktu ni dah jadi artis, kiranya 1997 tu memang tengah popular lah kata orang. Tengah panas lagi,” ceritanya sambil mengenang semula perjalanan mula menyanyi dan bergelar artis pada 1996.
Ifa Raziah – Nafi Kahwin Dan Mengandung, ‘Saya Baru Bertunang’ Saat Radin membaca tajuk artikel ini yang dikeluarkan pada tahun 2000, jelas terpapar di wajah Ifa seolah berfikir dan tertanya-tanya. “Dengan siapalah aku bertunang tu. Aku ni tunang banyak kali semuanya tak jadi,” ngomelnya sambil Radin pula ketawa melihat reaksi spontan Ifa. Dan tatkala artikel beralih tangan, “Uish, ini muka tak mekap! Jarang Ifa Raziah tak mekap macam ni” katanya lagi.
‘Tunda Tarikh Kahwin Dua Kali, Ifa Raziah Fobia…’ Apabila ditanya Radin apakah perkara yang membuatkan Ifa Raziah fobia, jenuh juga dia mencari jawapan apa yang menjadi ketakutannya. “Fobia dengan buaya?” soal Raden lalu dijawab dengan jenaka “Buaya darat, tembaga, naga. Harap-harap jumpa dengan malaikat lah kan,” ulas Ifa lagi. Lantas usai Radin memberi gambaran foto Ifa Raziah pada artike itu, “Yang ni akak pakai dress warna biru, rambut macam blonde sikit, memang runcing. Shading parang” terang Radin lagi. Lalu melihatkan artikel ni separa menjerit suara Ifa “Ini dah macam Inul” tuturnya singkat.
Sambil mengimbas pernah bercinta dengan seorang artis namun dek kerana tiada jodoh, jelas Ifa “Frust tak dapat. Kononnya hanya maut yang pisahkan kami. Tapi malaikat maut yang datang awal-awal pisahkan,” dan disambut dengan hilai tawa keduanya.
Sambil melihat foto pada artikel itu, “Eh ni laki aku ke?” seakan tidak percaya melihatnya. Lalu Radin bertanya bagaimana detik mula pertemuan Ifa dan suami. “Akak jumpa abang kat mana?” soal Radin penuh minat. “Tepi jalan” balas Ifa pula. Seakan meragui apakah Ifa sekadar bergurau ia membawa kepada cerita seterusnya. “Waktu tu kebetulan kereta rosak. Nak cari teksi. Zaman tu (tahun 2004) mana ada e hailing, ketam move semua mana ada waktu tu. Nak jadi cerita waktu Mohd Yani uturn kereta, kawan saya tahan kereta dia macam ada emergency aku ni pengsan. Akak pun keluarlah. Dah tunggu lama teksi tak datang. Boleh tumpang?” Ceritanya bersungguh dengan penuh lagak gaya dan jenaka. Tetapi itulah detik mula perkenalannya dengan suami hingga berakhir dengan ikatan perkahwinan dan kekal hingga hari ini. “Sejarah tercipta di tepi jalan” ujar Ifa lagi.
Menyorot kembali pembabitan Ifa Raziah sebagai penyanyi pada mulanya, setelah sekian lama berada dalam industri dia juga pernah muncul dalam beberapa siri drama. Dan terbukti darah seni yang ada tidak tertumpu hanya pada nyanyian. Lakonan dan pengacaraan juga ditakluknya malah masih kekal relevan hingga hari ini. Menyifatkan Media Hiburan antara medium yang banyak membantu melonjakkan nama hingga dikenali, akui Ifa Raziah Majalah hiburan ini cukup berjasa sepanjang pembabitannya sebagai anak seni. Walaupun dihimpit dengan pelbagai kontroversi dan gosip panas semua itu dilalui dengan tenang dan profesionalism tersendiri. Moga Ifa Raziah terus menghiasi industri dan menghiburkan kita dengan bakatnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live