gaya hidup

Kajian Kata Orang Yang Tiada Kawan Cenderung Kemurungan dan Jatuh Sakit – Rindunya Kawan Susah Senang…

gempak
Penulis Jemputan
12/01/2021
03:24 MYT
Sponsor Banner
Kajian Kata Orang Yang Tiada Kawan Cenderung Kemurungan dan Jatuh Sakit – Rindunya Kawan Susah Senang…
Teks: Nor Hatina Shuib
Pernah jadi teman sebantal, kawan baik antara yang pernah mengisi kekosongan hati pada zaman remaja. Berapa ramai kawan baik anda dan berapa lama anda sudah berteman?
Realitinya, setiap daripada kita pastinya mempunyai rakan baik. Ada yang sudah berteman baik dari bangku sekolah dan tidak kurang menjalin persahabatan ketika di menara gading.
Agak tidak normal untuk setiap manusia itu jika tidak mempunyai teman baik sekurang-kurangya seorang. Apa sekalipun, mempunyai teman baik adalah satu anugerah yang memberi seribu satu kemanisan dalam erti persahabatan.
Dialah rakan gaduh, perunding imej ketika mahu keluar bersama ‘pakwe’, penata gaya, pakar motivasi ketika anda ada masalah keluarga, pakar kaunseling ketika anda putus cinta dan ‘bank’ saat anda benar-benar perlukan duit.
Bagi yang meneruskan jalinan persahabatan sehingga belasan atau puluhan tahun. Tahniah untuk anda.
Namun bagi yang terputus di tengah jalan, apa kata meriahkan kembali persahabatan satu ketika dulu yang pernah anda lalui bersama.
Buang yang keruh ambil yang jernih. Setiap kekurangan itu kita perbaiki supaya kedua-dua pihak saling memaafkan.
Erti persahabatan itu adalah apabila si dia dapat membuat anda tersenyum
Selagi Ada Waktu, Raikan Persahabatan Sebelum Terlewat
Walaupun masing-masing sudah ada laluan sendiri, ikatan ukhuwah yang dijalin harus diteruskan tanpa alasan.
Antara ciri sahabat yang baik adalah menemani anda semasa keseorangan, boleh berkongsi minat dan pengalaman bersama, membantu dan dapat memberikan sokongan emosi yang diperlukan dan menjadi pendengar yang baik.
Malah, boleh dikatakan, kita biasanya memilih kawan yang merupakan cerminan kepada diri sendiri dan senang kata ‘satu kepala’.
Ada benarnya tanggapan ini memandangkan saintis juga mendapati aktiviti otak antara dua sahabat baik adalah sama.
Jika melihat rakan dalam kecemasan atau kesusahan, otak sahabat yang satu lagi akan bertindak dalam aktiviti sama dan ia menunjukkan satu hubungan persahabatan yang dalam.
Malah, satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa 20 peratus daripada mereka yang mempunyai lebih ramai rakan dapat hidup lebih lama daripada mereka yang kurang rakan.
Kajian-kajian lain juga menunjukkan bahawa orang yang mempunyai lebih ramai rakan mempunyai risiko penurunan mati akibat serangan jantung dan lebih banyak ramai rakan yang anda ada, semakin rendah kemungkinan anda mendapat selsema.
Makan di kafe mewah patut dijadikan senarai aktiviti wajib tahun ini
Tidak Ramai Kawan, Cenderung Kemurungan
Sebenarnya apabila kita bersahabat dengan seseorang, ada banyak hikmah yang dapat dikutip sepanjang perjalanan memaut tali persahabatan ini.
Ini kerana, tidak semua hal dan perasaan dapat kita kongsi bersama keluarga dan suami. Teman baik antara individu yang biasanya paling awal kita cari jika ada sebarang dan kebimbangan.
Pakar Terapi Psikologi Jerman, Wolfgang Kruger dalam satu kajian dan laporan persahabatan membabitkan seramai 10,000 individu berusia antara 13 hingga 75 tahun dari Australia, Perancis, Jerman, India, Malaysia, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) , ada mengatakan mereka yang tidak mempunyai ramai kawan atau tiada kawan langsung cenderung menderita kegelisahan, kemurungan dan lebih kerap jatuh sakit.

Isi masa saat masih ada kesempatan bersama yang tersayang

“Kajian jangka panjang menunjukkan jangka hayat mereka yang tidak ramai kawan berkurangan sebanyak 20 peratus.
Mereka kurang gembira kerana kegembiraan adalah berdasarkan kekukuhan persahabatan.
“Cuba mencari seramai mungkin rakan bukan jawapan sebenar, malah sukar dilakukan. Kami mendapati antara usia 13 sehingga 19 tahun, memiliki enam atau lebih rakan baik juga boleh menjadikan seseorang berasa terasing sama seperti tiada rakan langsung,” katanya.
Maka jelas sekali nilai persahabatan itu bukan saja menggembirakan tetapi mempunyai begitu besar manfaatnya.
Jom kita kembalikan rasa sayang dan ghairah untuk meneruskan persahabatan dengan penuh keceriaan.
Andai ada yang sudah terputus di tengah jalan, jom semarakkan kembali hubungan. Raikan sahabat anda dengan aktiviti istimewa dan penuh kejutan.
Berbicara soal persahabatan ini, jom kita perbaiki mana yang kurang dan tambah apa yang perlu bagi mengembalikan nostalgia zaman bersahabat satu ketika dulu.

Sesekali keluar kembara bersama rakan baik anda. Pantai adalah pilihan tepat.

Apa idea anda?
  1. Berbual
Berbual dan bergosip satu kemestian setiap kali berhubung. Bak kata pepatah persahabatan , kena up to date apa gosip baru, barulah meriah persahabatan itu.
Bagi yang terlalu rapat, ada saja yang mahu dibicarakan. Tidak cukup dengan bual di telefon, sambung lagi dengan aplikasi mesej di Instagram danWhatsApp.
Memang seronok dan benar- benar mengimbau kenangan kita berada di zaman universiti atau persekolahan satu ketika dulu.
  1. Aktiviti makan-makan
Wah, ini paling seronok. Jika zaman kolej makan pun paling sedap nasi bungkus kantin dan rela berkongsi sebungkus mee segera yang hanya dicurah air panas, ini saatnya kami balas dendam.
Ambil pakej makan tengahari buffet hotelyang murah saja pun, sudah mampu menceriakan hari anda. Motif utama adalah bergosip dan meluah rasa.
Lebih melucukan, masa inilah masing-masing nak berlagakkeluarkan kad debit atau kredit masing-masing.
Berbeza pada zaman belajar dulu, masing-masing cari syiling untuk membayar makanan.Idea ini bagus di buat dua bulan sekali untuk terus merapatkan hubungan. Jadi, jom tinjau-tinjau pakej bufet hotel yang ada.
  1. Makan angin bersama
Mungkin permulaan 2021 ini boleh dijadikan azam awal tahun dalam persahabatan anda. Jadikan, makan angin bersama teman baik sebagai salah satu agenda penting untuk diisi tahun ini.
Walaupun dunia dilanda COVID-19, anda masih berkesempatan untuk check in hotel bersama teman rapat. Banyak aktivitiwalaupun hanya di kamar hotel boleh dilakukan.
Selain sesi meluah perasaan, anda mungkin boleh kongsi panduan-panduan seperti tutorial solekan, gaya dandanan atau berenang di hotel.
Malam pula, jangan lupa ambil pakej Candle Light Dinner. Umpama pasangan sejoli, tidak salah sama-sama meraikan persahabatan anda. Semoga hingga ke Jannah…

Setiap yang bersahabat akan tampil ceria dalam catatan memori

Fakta Menarik Tentang Persahabatan
Secara purata, seseorang individu itu akan memiliki 396 individu yang boleh digelar rakan. Namun dikatakan hanya 1 dalam 12 atau 33 persahabatan akan kekal lama.
  1. Satu hasil kajian dari Flinders University Australia mengatakan mereka yang berusia 70 tahun ke atas mempunyai rangkaian persahabatan yang luas akan hidup 22 peratus lebih lama berbanding mereka yang tidak mempunyai ramai kawan.
  2. Golongan lelaki berjumpa rakan mereka setiap lima hari manakala wanita bertemu rakan mereka mereka setiap 3.5 hari. Kedua-dua jantina bagaimanapun berjumpa sahabat baik mereka hanya sekali dalam lapan minggu.
  3. Tidak mempunyai rakan rapat atau seseorang yang digelar sahabat boleh menjadi punca kepada masalah ketagihan rokok atau makan berlebihan yang menyebabkan obesiti.
  4. Ada yang mengatakan jika kita sudah berkawan dan sering berhubung dengan seseorang itu selama tujuh tahun, persahabatan itu akan berkekalan untuk seumur hidup.
  5. Apabila menjalin persahabatan, ia membantu mengurangkan masalah tekanan perasaan dan membantu tubuh pulih lebih cepat daripada penyakit atau kesakitan seperti masalah atritis, kanser dan penyakit jantung.
  6. Kajian pakar psikologi Dr Charity Friesen, menunjukkan apabila seseorang mengetahui apa yang tidak disukai sahabat, kita boleh menjadikan persahabatan lebih bertahan lama
  7. Kajian mendapati kaum perempuan yang mempunyai rakan baik pada usia kecil lebih gembira apabila menjadi wanita dewasa.
  8. Pandangan yang berpendapat lelaki dan perempuan tidak mungkin dapat berkawan baik kerana akan jatuh cinta ada benarnya. Satu kajian daripada University of Wisconsin mengatakan lelaki cenderung jatuh cinta terhadap kawan baik perempuan mereka .
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024