,
gaya hidup

“Kak Erma Terus Kosongkan Rumah. Masakkan, Mandikan Mak. Sangat Luar Biasa, Bangga Ada Kakak Macam Ni,” Betty Rahmad.

Huda Hussain
04/09/2021
15:46 MYT
Emak, panggilan keramat yang tinggi darjatnya. Selagi hayatnya masih ada pasti sehabis baik kita berikan. Apatah lagi menjaga waktu sakit, semestinya perkara lain sanggup kita ketepikan. Bermacam perkara bermain dikepala, perasaan bercampur baur, risau memikirkan segala kemungkinan. Itulah yang dirasai selebriti Betty Rahmad kala ibu tercinta Asmah Mohd Ali disahkan positif Covid-19. Tak keruan memikirkan pelbagai perkara. Malah tambah dukacita apabila pembantunya juga turut disahkan positif. Allahu, berganda ujian buat keluarganya.
16 Ogos 2021 Yang Takkan Dilupakan Berkongsi perkhabaran itu yang sebelum ini dirahsiakan sehingga ibu dan pembantunya sembuh sepenuhnya, Betty memuat naik kronologi di akaun instagramnya sebagai coretan dan kenangan di hari muka. Dan takdir Allah semua itu berlaku usai dia memilih untuk berhijab beberapa minggu lalu. Sungguh, benarlah Allah hadirkan ujian bagi menduga sejauh mana keteguhan iman hamba-Nya. Berdasarkan muat naik video pertama di Instagram Betty:
Kredit Foto: Betty Rahmad
Dan apabila takdir Allah, buah hati pengarang jantung Ardiwira demam panas bagaikan menambah sesak didada memikirkan 1001 kemungkinan yang cukup membimbangkan. Dan mujurlah putera tunggalnya itu dilaporkan doktor cuma demam biasa akibat jangkitan pada tonsil.
Kredit Foto: Betty Rahmad
Erma Fatima Sarung PPE Dalam Rumah Demi Jaga Ibu Dalam muat naik video kedua pula memaparkan momen kakak sulungnya, Erma Fatima yang sanggup berkorban menggalas tanggungjawab menjaga ibu tercinta usai disahkan positif Covid-19. Mulianya hati anak sulung ini hinggakan sanggup berkorban hampir seminggu berdua dengan ibunya. Bahkan tahap kesihatan dan perkembangan keadaan dipantau rapi olehnya.
Kredit Foto: Betty Rahmad
Syukur keadaan bertambah baik apabila ibu dan pembantunya kembali sembuh, Betty tanpa henti meluahkan kesyukuran atas ingatan dan kiriman doa yang dititipkan. Niatnya agar perkongsian ini dapat memberi manfaat dan titipan semangat buat semua yang diuji dek penularan virus ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Momen Anak Angkat Istimewa Hulur Air Buat Erma Fatima Sentuh Hati Ramai, Umie Aida; "Ada Sesuatu Yang Terbuku Di Hati Citra"

gempak
01/11/2024
15:55 MYT
Pelakon Umie Aida berkongsi video podcast bersama anak saudaranya, Citra, yang merupakan anak kepada kakaknya, Erma Fatima.
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Hiburan

“Selalunya Salahkan Lelaki, Zaman Sekarang Tak Pelik Kalau Isteri Pun Banyak Dah Curang” - Erma Fatima ‘Back Up’ Baim Wong

gempak
11/10/2024
12:55 MYT
Pengarah, Erma Fatima memberikan kata-kata semangat buat pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong yang kini berdepan dengan konflik rumah tangga.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Unitar