“Kak Erma Terus Kosongkan Rumah. Masakkan, Mandikan Mak. Sangat Luar Biasa, Bangga Ada Kakak Macam Ni,” Betty Rahmad.
Huda Hussain
04/09/2021 15:46 MYT
04/09/2021 15:46 MYT
Emak, panggilan keramat yang tinggi darjatnya. Selagi hayatnya masih ada pasti sehabis baik kita berikan. Apatah lagi menjaga waktu sakit, semestinya perkara lain sanggup kita ketepikan. Bermacam perkara bermain dikepala, perasaan bercampur baur, risau memikirkan segala kemungkinan. Itulah yang dirasai selebriti Betty Rahmad kala ibu tercinta Asmah Mohd Ali disahkan positif Covid-19. Tak keruan memikirkan pelbagai perkara. Malah tambah dukacita apabila pembantunya juga turut disahkan positif. Allahu, berganda ujian buat keluarganya.
16 Ogos 2021 Yang Takkan Dilupakan
Berkongsi perkhabaran itu yang sebelum ini dirahsiakan sehingga ibu dan pembantunya sembuh sepenuhnya, Betty memuat naik kronologi di akaun instagramnya sebagai coretan dan kenangan di hari muka. Dan takdir Allah semua itu berlaku usai dia memilih untuk berhijab beberapa minggu lalu. Sungguh, benarlah Allah hadirkan ujian bagi menduga sejauh mana keteguhan iman hamba-Nya. Berdasarkan muat naik video pertama di Instagram Betty:
Dan apabila takdir Allah, buah hati pengarang jantung Ardiwira demam panas bagaikan menambah sesak didada memikirkan 1001 kemungkinan yang cukup membimbangkan. Dan mujurlah putera tunggalnya itu dilaporkan doktor cuma demam biasa akibat jangkitan pada tonsil.
Erma Fatima Sarung PPE Dalam Rumah Demi Jaga Ibu
Dalam muat naik video kedua pula memaparkan momen kakak sulungnya, Erma Fatima yang sanggup berkorban menggalas tanggungjawab menjaga ibu tercinta usai disahkan positif Covid-19. Mulianya hati anak sulung ini hinggakan sanggup berkorban hampir seminggu berdua dengan ibunya. Bahkan tahap kesihatan dan perkembangan keadaan dipantau rapi olehnya.
Syukur keadaan bertambah baik apabila ibu dan pembantunya kembali sembuh, Betty tanpa henti meluahkan kesyukuran atas ingatan dan kiriman doa yang dititipkan. Niatnya agar perkongsian ini dapat memberi manfaat dan titipan semangat buat semua yang diuji dek penularan virus ini.

Kredit Foto: Betty Rahmad