gaya hidup

Kalau Dah Nampak Tempat Tu Sesak, Tak Perlu Kita Tumpang Berasak – Usah Cari Penyakit Demi CONTENT dan Nafsu

gempak
Afiza Kamarulzaman
19/11/2021
00:30 MYT
Sponsor Banner
Kalau Dah Nampak Tempat Tu Sesak, Tak Perlu Kita Tumpang Berasak – Usah Cari Penyakit Demi CONTENT dan Nafsu
Bukan kerana hujung tahun dah muncul tapi juga kerana ramai antara kita mengambil kesempatan ‘balas dendam’ setelah kelonggaran SOP diberikan kerajaan yang membolehkan rakyat Malaysia sudah boleh ke sana ke sini.
Tidak salah untuk kita pergi bercuti, pulang ke kampung halaman, menziarahi sanak-saudara dan pada masa yang sama kembali merancakkan ekonomi negara. Namun, yang menjadi kebimbangan apabila ada segelintir antara kita mula lalai dan lupa tentang SOP yang sebelum ini menjadi panduan harian.
Kes harian Covid-19 masih dicatatkan dengan empat angka sejak PKP ditamatkan dan rakyat diberi banyak kebebasan. Walaupun angkanya sedikit menurun, namun dengan kehadiran wabak baru kita perlu juga waspada.
Ada yang kata, “apa guna vaksin?” Seperti yang kita sudah maklum, ia hanyalah ikhtiar dan bukanlah pelilndung 100 peratus yang menjamin kita tidak dijangkiti. Dan, ia juga bergantung pada antibodi seseorang itu berupaya melawan virus tersebut.
Begitu juga kebanyakan orang kita yang keluar berjalan dan bercuti pasti membawa sama anak-anak kecil yang belum disuntik. Inilah yang merisaukan kita apabila keselamatan anak-anak masih di tahap mencurigakan apabila dibawa ke tengah khalayak orang ramai.
Jangan Cari Penyakit Kalau Dah Nampak Risikonya
Ada yang berkongsi video dan foto di kebanyakan tempat tumpuan orang ramai, di mana masyarakat kita galak beraktiviti tanpa mengamalkan SOP seperti kebiasaan. Lokasi yang selalu terjadi kesesakan dan tumpuan orang ramai tentulah di kawasan yang ‘viral’.
Di sinilah ada kala manusia mula hilang pertimbangan. Walaupun sudah terang dan jelas tempat itu kelihatan sesak dengan manusia, tetapi ada yang tetap mahu berkerumun sama atas alasan ‘sudah sampai’? Hanya kerana mahu melepaskan rasa teringin dan demi sekeping gambar, kita sanggup menggadaikan keselamatan diri dan keluarga.
Ada yang marah-marah apabila sesuatu tempat yang dilaporkan tidak menjaga penjarakan sosial tidak dikenalkan tindakan, tetapi siapa si pelaku yang memenuhi tempat itu? Kita tidak perlu tunggu pihak berkuasa bertindak, baru mahu berubah.
Kalau kita tahu situasi itu tidak betul dan mengundang bahaya, usah cari penyakit dengan melibatkan diri. Gunakan kewarasan fikiran dan kebijaksanaan untuk menimbang baik buruk sesuatu tindakan agar kita tidak menyesal di kemudian hari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live