Read

“Kalau Diundang Saya Pasti Datang,” - Zizan Razak Doakan Mira Filzah dan Bakal Suami Bahagia Till Jannah.

gempak
Afiza Kamarulzaman
21/08/2020
02:30 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Diundang Saya Pasti Datang,” - Zizan Razak Doakan Mira Filzah dan Bakal Suami Bahagia Till Jannah.
Mengimbau detik pertemuan antara Zizan dan Mira, menurut Zizan mereka berjumpa dalam satu acara secara kebetulan sahaja. Ramai yang salah sangka akan keakraban mereka sedangkan akui Zizan, dia menganggap Mira seperti adik sendiri. “Orang luar yang membuat persepsi sendiri bahawa kami ada hubungan istimewa, sedangkan saya tahu Mira pun dah berpunya,” Jelas Zizan.
Ketika ditanya adakah Zizan sudi hadir ke majlis nikah Mira nanti! Jawab Zizan antara serius atau melawak, “Eh, kalau jemput mestilah saya datang. Tak salah memeriahkan majlis orang.”
Kredit: Astro Warna
Doa dan Harapan Zizan Buat Mira
Seperti selalunya, Zizan yang memang suka berjenaka dengan mimik muka sedih mengungkapkan, “Buat bakal Puan Mira Filzah, saya doakan awak dan bakal suami berbahagia dan hidup harmoni sehingga ke jannah. Dikurniakan anak-anak yang baik dan berkekalan selamanya.”
Di akhir ucapan, Zizan yang kini sudah berusia 36 tahun mengharapkan juga semua orang mendoakan untuknya. Siapa tidak mahu mengakhiri zaman bujang, namun calon yang dicari bukanlah hanya perlu memenuhi citatasa dirinya sahaja. Paling penting mampu membahagiakan ibunya juga.
Kami di InTrend mendoakan agar Zizan bertemu jodoh yang diinginkannya dan dipermudahkan urusan. Amin.
Kredit: Astro Warna
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live