Kalau Pendapatan Suami Tak Mampu Untuk Sara Keluarga, Nak Isteri Tolong ‘Topup’; Jaga 7 Perkara Ini. – UAI
Huda Hussain
12/11/2021 05:21 MYT
12/11/2021 05:21 MYT
Melayari kehidupan berumah tangga pasti ada pasang surutnya. Tidak kiralah berapa tahun sekalipun usia sesebuah perkahwinan itu, ujian akan datang bersilih ganti. Dan mendepani setiap ujian itu, kefahaman mengenai tanggungjawab dan peranan masing-masing harus dijadikan pegangan.
Perlu tahu yang mana tanggungjawab suami, apa tanggungjawab isteri dan sebagainya. Dan berbicara mengenai tanggungjawab, pastinya soal nafkah adalah perkara penting dalam menentukan kelangsungan hidup berumahtangga.
Suka untuk penulis cerap kembali salah satu daripada ratusan kuliah yang pernah dikongsikan oleh pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengenai soal pengurusan nafkah suami. Katanya, kalau pendapatan suami tak mampu untuk sara keluarga dan mahu isteri tolong ‘topup’ kan mana yang terkurang, maka jaga tujuh perkara ni:
1. Jangan Terus Suruh Isteri Bayar Apa Yang Kita Tak Mampu Bayar
Duduk berbincang, senaraikan komitmen bulanan. Jujur dengan pendapatan, berapa yang kita dapat tanpa ada ‘extra income’, berapa yang kita dapat dengan ‘extra income’, kalau ada bonus dan sebagainya. Kemudian tunjuk berapa baki setelah pendapatan tersebut ditolak dengan komitmen serta ansuran bulanan. Kalau negatif, negatif lah. Kita nak isteri tengok unjuran kewangan keluarga kita jika hanya kita seorang saja yang ‘cover’ bayar semua walaupun isteri ada pendapatan.
2. Minta Izin dan Reda Isteri Kalau Nak Dia Bantu
Bila kita ada ‘plan’ kewangan sendiri, biasakan rangka bajet dan biar isteri maklum mengenainya. Penting supaya dia tahu perancangan itu. Insya-Allah, pasti dia akan bantu. Cuma sebagai suami perlu mainkan peranan. Tiada salahnya kalau minta izin dan reda isteri untuk dia bagi bantuan tersebut. Ingat pesan UAI, “Dia kena reda dan rela hati untuk bantu. Jangan paksa, jangan suruh. minta elok-elok.”
3. Bantuan Isteri Tak Boleh Lebih 50%
Bila isteri nak bantu, maka jangan minta isteri bantu lebih dari 50% yang mana isteri pula kena keluarkan duit lebih dari suami. Manakala suami pula yang kurang keluarkan duit. Maka itu bukanlah namanya suami menggunakan bantuan isteri, tapi hakikatnya suami yang mengalihkan atau memindahkan bebanan hingga tak semena-mena menjadi tanggungan kepada isteri. Perlu diingat, bantuan isteri hanya untuk ‘topup’ mana yang tak cukup. Bukannya ambil alih atau tanggung semua.
4. Jangan Tambah Komitmen Tanpa Pengetahuan Isteri
Kalau rasa lapang bila dibantu, kalau rasa ada duit lebih bila dibantu, maka jangan sewenang-wenangnya menambah komitmen dan ansuran bulanan tanpa pengetahuan isteri. Jangan ‘upgrade lifestyle’, jangan tambah hutang, jangan bangga bermewahan sebab apa? Ingat suami seolah-olah "nothing" tanpa dibantu isteri. Dan kalau isteri tarik balik bantuan, maka kita takkan ada duit lebih atau rasa lapang. Kekalkan atau habiskan komitmen yang ada.
5. Ambil Semula Tanggungan Apabila Mampu
Bila pendapatan kita sebagai suami dah ada lebihan, misalnya ada OT, bonus, ‘extra income’, maka ambil semula apa yang dibayar isteri dan bayar guna pendapatan kita. Jangan biarkan isteri terus bantu di kala kita dah mampu untuk bayar sendiri. Ingat tu!
6. Bersyukur Bila Dibantu, Jangan Buat Perangai
Kesedaran diri itu sangat penting. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Kalau dibantu, buat cara dibantu. Paling penting, tak payah nak buat perangai, buat hal, tak perlu nak main kayu tiga, curang dan sebagainya. Jangan berat tulang, jangan buat perkara yang boleh menyakiti hati pasangan. Isteri dah bantu, kita bantu dia balik dalam cara yang kita boleh. Tak susah manapun sebenarnya, contohnya kurangkan bebanan kerja rumah isteri. Saling melengkali antara satu sama lain.
7. Hargai Bantuan Yang Di Hulurkan Isteri
Ini juga tak kurang pentingnya. Tolong hargai isteri, sesekali bawa dia makan diluar, beri kejutan, kumpul duit dan bawa isteri berjalan, melancong. Tak perlu mahal, mewah tahap kayangan. Cukup ikut kemampuan dan poket kita.
Tambah kasih sayang dan cinta terhadap isteri sebagai salah satu cara kita berterima kasih kepada dia kerana sanggup bantu kita, keluar duit untuk kita asbab kita kurang berupaya dan berkemampuan utk tanggung dan bayar semua.
Perkongsian dari UAI.
Kredit: Dr. Azila Mohd Kasim

Kredit Foto: Google