Bukan senang tau nak dapatkan khidmat nasihat dan rujukan daripada doktor perubatan secara ‘percuma’. Kalau tak percaya, pergilah mana-mana klinik atau hospital, setiap konsultasi atau rundingan pasti dikenaka caj. Setuju? Jadi, kalau di rancangan Tanya Doktor, kamu boleh dapat secara percuma, kenapa disia-siakan?


Rancangan berdurasi 60 minit ini menampilkan Lisa Suri Hani dan Dr. Shazril sebagai host tetapnya. Menemui penonton pada setiap hari Rabu, jam 9 malam, siaran Astro Prima, rancangan ini harus diberi pujian kerana mengenengahkan satu ‘platfrom rakyat’ secara terus untuk merujuk perihal kesihatan yang seharusnya menjadi keutamaan dalam kehidupan setiap orang.




Topik Majmuk, Ulasan Pakar


Ia bukan hanya sembang kosong yang hambar. Namun, setiap minggu, Tanya Doktor menampilkan pelbagai isu daripada tiga tema berbeza iaitu penyakit kronik dan kritikal, kesihatan mental dan isu kesihatan dan kecantikan. Setiap tema akan diulas secara terperinci dengan membawakan doktor pakar lain sebagai jemputan.


Antara doktor yang bersama dalam rancangan ini ialah Dato Dr. Musa Mohd Nordin, Dr. Rozanizam, Dr. Ahmad Rostam Mohd Zin, Dr. Amer Siddiq, Dr. Liyana Dhamirah dan ramai lagi. Antara isu menarik yang mesti kamu tonton ialah berkenaan Kanser Prostat, rawatan dialisis, masalah tulang, anxiety, OCD, tentang suplemen, gigi, kulit dan banyak lagi.





Tanya Doktor Dari Rumah


Betapa sayangnya Tanya Doktor kepada anda, nah walaupun dalam keadaan pandemik yang membataskan anda keluar rumah, Tanya Doktor memberi peluang anda melontarkan sebarang persoalan berkaitan isu itu menerusi media sosial. Soalan akan dibaca oleh host dan dijawab oleh pakar jemputan.


Jadi, pastikan anda tidak melepaskan peluang berharga ini untuk duduk dan tonton rancangan Tanya Doktor setiap Rabu jam 9 malam di Astro Prima. Ingat ya, kesihatan adalah kunci utama kehidupan. Maka, peliharalah ia sebelum penyakit datang menegur. Dan, dekati pakar bertauliah untuk setiap kemusykilan yang timbul. Jangan pandai-pandai sendiri, ya!